<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Solusi

April 17, 2015

Solusi

Assalamualaikum


Seorang ayah mewasiatkan 17 esok kambing untuk dibahagikan kepada anak-anaknya. Setelah bapa tersebut meninggal dunia, anak-anak beliau membaca wasiat tersebut.

Berdasarkan wasiat:

  • Anak yang pertama mandapat separuh (1/2) daripada 17 ekor kambing tersebut. 
  • Anak yang ke dua pula mendapat satu per tiga (1/3) daripada 17 ekor kambing 
  • Anak yang ke tiga mendapat satu per sembilan (1/9) daripada 17 ekor kambing. 
Pergaduhan terjadi apabila anak yang pertama cuba mengambil bahagiannya. Bagaimana 17 ekor kambing mahu dibahagi kepada dua bahagian. Pasti ada seekor kambing malang yang menjadi korban kerana dipotong dua... Itu belum lagi kambing yang harus dibahagi 3 atau sembilan...:(:(

Lalu mereka memutuskan untuk berjumpa seorang ahli bijak pandai. 
Setelah mendengar cerita tentang pembahagian harta oleh tiga beradik itu, ahli bijak pandai tersebut memberikan seekor kambingnya kepada mereka. Maka jumlah kambing sekarang menjadi 18 ekor (17 ekor + 1 ekor)

Setelah itu barulah mereka dapat membahagikan kambing-kambing tersebut mengikut wasiat yang telah ditetapkan.
  • Anak yang pertama mendapat 1/2 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/2 = 9 ekor kambing
  • Anak yang ke dua mendapat 1/3 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/3 = 6 ekor kambing.
  • Anak yang ke tiga mendapat 1/9 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/9 = 2 ekor kambing.
Cuba kita kira kembali berapa ekor kambing yang terlibat:
9 + 6 + 2 = 17 ekor. Maka, yang seekor yang terlebih itu dipulangkan kembali kepada ahli bijak pandai yang mereka jumpa tadi. 
Masalah pun dikira selesai.

Pengajaran daripada cerita ini:
  • Tiap-tiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma harus bertenang dan mencari kaedah yang terbaik.
  • Kadang kala, kita perlu mengaplikasi pemikiran luar kotak (think out of the box) untuk mencari solusi terbaik terhadap masalah yang kita hadapi.
  • Merujuk pada orang yang lebih pandai atau mempunyai mentor mungkin juga satu alternatif untuk memberi idea ke atas jalan penyelesaian kepada masalah kita.
  • Bermuafakatlah sekiranya masalah tersebut melibatkan ramai orang. Sepakat membawa berkat.


Sekian. Wassalam.

Sumber: Whatsapp
Pic: Google



Label:

23 Ulasan:

Di 4/17/2015 09:47:00 PG, Blogger paridah berkata...

SALAM JUMAAT...BENAR TU FIDAH MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT..PENYELESAIAN MASALAH KALAU DICARI AKAN DITEMUI...INSYA ALLAH.

 
Di 4/17/2015 09:53:00 PG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Ketamakkan boleh menutup kewarasan akal fikiran.. duit tidak mengenal persaudaraan dan itu amat menakutkan..

 
Di 4/17/2015 12:14:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

Kisah inspiratif di Jumat mulia ini membuat saya merenung ketika hendak beranjak melaksanakan sholat Jumat.
semoga kita selalu berada dalam kasih sayang-Nya...aaaamiiiiin

 
Di 4/17/2015 01:48:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

saya juga sepakat dengan akak

 
Di 4/17/2015 02:41:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

salam jumaat..

 
Di 4/17/2015 02:58:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

bla da tamak hlg kewarasan fikiran...

 
Di 4/17/2015 04:38:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

nasib baik ada yg bijak pandai tu.. kalau tak gaduh sampai ke sudah..

 
Di 4/17/2015 07:06:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Ketamakan dan keegoan adalah punca sesuatu perkara susah nak dpt jln penyelesaian. Penglibatan pihak tengah mmg perlu klu dah mcm tu.. Perkongsian yg bermanfaat utk kita semua renungkan bersama. Salam Jumaat Fidah.. :)

 
Di 4/17/2015 09:20:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

@Kak Paridah : Salam Jumaat Kak Paridah. Betul tu. Sepakat penting dalam segala hal :)

@Cilembu Thea : Saya sepakat juga Mang :)

 
Di 4/17/2015 09:21:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Harta benda kadangkala boleh membuat orang hilang pertimbangan..

 
Di 4/17/2015 09:24:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...
Saya suka ceritanya..seperti menjawab soalan peperiksaan :)

 
Di 4/17/2015 09:25:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Salam Jumaat Lin...thanks :)

 
Di 4/17/2015 09:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lumrah manusia...selalunya begitu.
Harap kita semua terhindar dari perkara2 sedemikian

 
Di 4/17/2015 09:27:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tu lah...kadang kala minta pendapat orang yang berpengalaman juga boleh mendapat ilham untuk selesaikan masalah

 
Di 4/17/2015 09:30:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pentingnya orang tengah...sebab kalau masing2 hati tgh marah, akan hilang kewarasan akal.
Salam Jumaat juga Khir..

 
Di 4/18/2015 09:31:00 PG, Blogger Unknown berkata...

solusinya muafakat ya mbak.dari kisah tersebut solusi itu di + - x : itu ada benernya juga ya :).Kisah yang inspiratif mbak :)

 
Di 4/18/2015 09:45:00 PG, Blogger santika fadilah berkata...

Mencari slusi lebih baik daripada mencari sapa yang salah ya kak..
Terima kasih kak fidah.. sangat bermanfaat..

 
Di 4/18/2015 03:01:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

muafakat tu perlu dalam mencari penyelesaian ...

 
Di 4/19/2015 09:16:00 PTG, Blogger lynmunir berkata...

Muafakat membawa berkat dan kedamaian.
Kisah yg memberikan insipirasi ni. Best.

 
Di 4/21/2015 01:40:00 PTG, Blogger Mangs Abdul berkata...

Hebat yang bikin soalnya ....

 
Di 4/21/2015 02:00:00 PTG, Blogger Bunda_nora berkata...

Permuafatan adalah satu solusi terbaik dalam mencari penyelesaian..

 
Di 4/22/2015 11:39:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

Setuju tu kak Fida.. Kerana pendapat itu saya menemui jalan penyelesaian bagi masalah saya sekarang.. =)

 
Di 4/25/2015 08:57:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

mencari solusi lebih baik dan lebih mufakat ya mbak,dengan begitu semua masalah akan segera terselesaikan tanpa harus bertengkar hebat :D

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama