April 11, 2015

Kalau Dah Merajuk

Assalamualaikum.



Pernah merajuk? Atau pernah melihat ahli keluarga, orang tersayang atau teman merajuk?
Penyakit merajuk ni boleh terjadi pada siapa-siapa saja. Baik yang tua atau yang muda. Yang besar atau kecil. Yang lelaki atau perempuan.

Kenapa orang merajuk?
Biasanya orang merajuk kerana hatinya marah. Antara sebab utama, tidak diberikan perhatian atau mungkin juga kerana berkecil hati terhadap sesuatu.....Dengan harapan, bila dah merajuk, 'orang yang berkenaan' akan faham bahawa dia sedang marah dan segeralah datang memujuk.
Tapi, itu hanya akan terjadi kalau 'orang yang berkenaan' tu faham. Kalau 'orang yang berkenaan' tidak faham, atau buat buat-buat tak faham.....eeeerrrmmmm sendiri mau ingat lah. Silalah pujuk diri sendiri, ok...huhu

Apa nak buat kalau ada teman/kawan/member yang merajuk?

  • Biarkan seketika. Tunggulah hatinya sejuk dulu. Kalau orang sedang marah, memang selalunya hilang pertimbangan. Takut lebih buruk pula keadaannya nanti. Tapi, janganlah lama sangat. Silap-silap anda pula terus diabaikan.
  • Bersangka baik. Fikirlah secara positif. Mungkin rajuk kawan anda itu bersebab. Jangan terus ingat dia mengada-ngada pulak. Mungkin dia kurang perhatian, mahukan pendapatnya di terima atau sekali sekala mahu anda memujuknya....Silalah jalankan peranan anda sebagai kawan/teman ya...
  • Jaga bahasa dan tatasulisa. Gunakanlah bahasa yang baik dan 'sejuk' didengar ketika memujuk. Kalau dia memang kawan/teman baik anda, mungkin juga ada panggilan atau gelaran manja sesama anda...Pujuklah dia dengan nama manja tersebut...huhu....Gunakan jika perlu
  • Ketepikan ego anda. Mungkin memang kawan anda yang berbuat silap. Tapi, tidak salah juga anda yang datang memujuk demi membaiki keadaan dan menjaga persahabatan. Ego? Semua orang ada. Namun, tidak salah juga kalau sekali sekala anda membuang ego tersebut. Malah, mungkin anda lebih dihormati dan disayangi oleh kawan/teman kerana berjaya membuang ego tersebut serta menjadi pemujuk yang baik.
  • Curah perasaan. Berterus terang dan melepaskan apa yang terpendam. Itu juga perlu untuk sebuah persahabatan yang jujur. Berkongsi apa-apa perasaan yang tidak puas hati mungkin boleh menjadi ubat penawar untuk kita terus memperbaiki diri. Bukankah kita dan kawan/teman saling memerlukan dan melengkapi untuk kehidupan seharian? Baik di dunia pekerjaan atau di mana-mana sahaja, kita memang memerlukan kawan/teman yang baik berada disekeliling kita. Kalau tidak, tak kanlah dia boleh jadi kawan atau teman kita kan...
Ok. Itu sahaja tip-tips untuk memujuk orang yang sedang merajuk. Selamat mencuba

Sekian. Wassalam.




Image : Google

25 comments:

  1. saling memahami tu penting..merajuk kdg xminta dipujuk tapi ekspresi rasa hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saling memahami dan bertolak ansur....begitulah sepatutnya
      Walau tak semua merajuk harus dipujuk...tapi, kalau ada yang pujuk..ok jugak tu... :D
      Thanks Kak Paridah

      Delete
  2. Mungkin dalam bahasa yang mudah dipahami kira kira Merajuk itu sama dengan Ngambek kali ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar...merajuk itu lebih kurang maksudnya seperti ngambek...
      Terima kasih kunjungannya Mr Asep :)

      Delete
  3. berikan masa dan ruang utk dia menyejukkan hati . klu hatinya tak tersentuh , pasti tak merajuk ... ada juga merajuk sbb dah biasa di manja aka dipenuhi segala kemahuannya . sekadar mahu dipujuk ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejukkan hati dulu...kalau tgh marah..macam2 boleh jadi. Takut lebih memburukkan keadaan.

      Delete
  4. Klu merajuk kenalah pujuk.. pujuk jngn tak pujuk.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yeah..pujuk..jangan tak pujuk.. :D

      Delete
  5. Yes, I'm so much used to it..
    Thanks for the tips kak Fidah.
    Tapi dah malas nak pujuk2 orang..
    Biarlah orang pujuk kita pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekali...biarlah orang pujuk kita pulak kan...kan...hehe
      Thanks Gee...:)

      Delete
  6. Salam pkenalan...singgah sini n terus folow...

    Org rumah sy dulu kuat mrajuk..skang dh kurang sbb dia tau sy xpandai mmujuk...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin lama menjalani alam rumah tangga..skill pun mesti makin improve..
      thanks Sham..salam kenal juga :)

      Delete
  7. kalau anak saya dah merajuk lari ke ibunya ya tinggal dibujuk dengan bakso beres deh amasalahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..pasti bakso nya enak ya...
      Terima kasih Mr Abdullah :)

      Delete
  8. kalau mraju kena pujuk..
    tapi kadang2 klau dipujuk lagi menjadi2 ?
    ermm.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada keadaan tu Sob...hahaha :D
      Lama Sobri tak bersiaran...ke akak yang tak up date..huhu

      Delete
    2. ha..ha..ha.. tahu x pe kak.. mugkin x kena pada waktu dan situasinya..
      bkn akak yg x up date..saya yg lama x bersiaran he..he. :P
      hai kak :P

      Delete
    3. Selamat kembali bersiaran :)

      Delete
  9. Nampaknya boleh cuba tips ni kalau ada yg merajuk ni. Okje kalau merajuk ngan cik abang sanggup tak cakap sehari semalam ......geram punya pasal hihi...Tunggu dia pujuk, nampaknya hari pun mlm baliklah ....huhu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu..kita pun jarang dipujuk. Selalunya baik sendiri :(

      Delete
  10. Sy kalu merajuk sy trs ckp: "sy tgk majuk ni... cpt pujuk" ada kala berkesan ada kala x... ;)

    ReplyDelete
  11. Setuju dengan paridah...kadang tu tak perlu pujuk pun...ekspresi muka menujukkan yang kita terasa hati...perlu masa untuk kembali reda...

    ReplyDelete
  12. Kadang benda-benda yg remeh temeh pun bole buat kita merajuk juga.. sebab ia terus berulang dan berulang.. bosan jadinye.. huhuhuu

    ReplyDelete
  13. orang lelaki kalau merajuk kena biarkan dia reda. orang perempuan pula kalau merajuk kena pujuk terus. kalau dibiarkan makin menjadi-jadi merajuknya hehehe pendapat saya la hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. :)
      Terima kasih kunjungannya

      Delete