<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: GST : Adakah Kita Sudah Bersedia?

Mac 14, 2015

GST : Adakah Kita Sudah Bersedia?

Assalamualaikum.


Seperti yang kita sedia maklum, Goods and Services Tax (GST) atau cukai barangan dan perkhidmatan akan berkuatkuasa bermula 1 April 2015. Memandangkan ianya adalah sesuatu yang baru dilaksanakan, elok juga kalau kita bersiap sedia.

Apakah yang dimaksudkan dengan GST?


GST adalah cukai yang dikenakan pada setiap peringkat sama ada pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna. GST juga merupakan satu sistem cukai tambah nilai atau value added tax (VAT). Ini bermakna cukai akan bertambah pada setiap urusniaga. GST dikenakan pada setiap urus niaga kecuali jika urus niaga itu diberi pengecualian. Walaupun GST akan dikenakan pada setiap urusniaga, namun pada akhirnya pengguna akan membayar sekali sahaja kerana GST mempunyai mekanisme kredit cukai input atau input tax credit di mana cukai yang dibayar oleh sesebuah firma dalam proses pembuatan dan pengagihan boleh dituntut semula. Cuma pengguna akhir sahaja yang tidak dapat meminta balik cukai yang dibayar oleh mereka.


Pengguna
  • Perubahan pada belanjawan keluarga. Bersiap sedia dengan segala kemungkian tentang kenaikan harga barang. Lebih teruk, jika ada para peniaga yang mengambil kesempatan untuk suka suki menaikkan harga.
  • Jadilah pengguna bijak. Perlu juga rajin buat survey, di mana kedai yang menjual barangan murah lebih murah. Contohnya barangan basah seperti ikan, ayam dan juga sayuran. Walaupun kebanyakan barangan makanan tidak dikenakan GST, pengetahuan tentang kedai mana yang menjual lebih murah, mungkin dapat membantu niat murni kita untuk berjimat cermat. Eerrmm...saja nak bagi tau, kalau ikut senarai, tempe dan tauhu kena cukai, hokkeh!.
  • Pendidikan berterusan. Harus mengambil tahu tentang hal-hal yang berlaku disekitar dan menambah pengetahuan tentang pertambahan dan pengurangan harga supaya kita tidak mudah ditipu dan diambil kesempatan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, harus juga memberi pendedahan kepada anak-anak kita tentang cukai ini supaya mereka lebih peka dengan perubahan perbelanjaan keluarga. Contohnya jika belikan mereka ais krim, anda makan 6% daripada ais krim tersebut dan tinggalkan bakinya pada anak anda. Bukanlah cuba untuk berlaku zalim, tapi inilah realiti kehidupan....huk..huk..
  • Ketahui hak anda sebagai pengguna. Senarai barang-barang yang dikenakan cukai 6% GST dan tidak dikenakan cukai telah pun disediakan. Sebagai pengguna bijak, kita harus peka terhadap senarai barangan ini. Senarai terperinci boleh didapati di laman web rasmi GST.

Peniaga:
Serba sedikit tentang apa yang perlu diketahui dan disediakan oleh pihak peniaga.
  • Mendaftar untuk GST. Syarikat yang jumlah jualannya melebihi RM500,000 harus mendaftar sebagai syarikat layak GST. Walau bagaimana pun, syarikat yang jumlah jualan tahunannya kurang dari RM500,000 digalakkan juga untuk mendaftar (secara suka rela)
  • Format invoice. Demi menjamin ketelusan sepanjang masa, ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi contohnya perkataan invois cukai seperti yang ditetapkan, nombor rujukan pendaftaran GST, harga barangan atau perkhidmatan, serta jumlah cukai yang dikenakan.
  • Pelaburan Infrastruktur. Ini termasuk juga perbelanjaan untuk program perakunan atau accounting program/software yang 'GST friendly'....huhu. Pastinya pengiraan cukai ini agak sukar jika dilakukan secara manual. 
  • Pengetahuan tentang GST. Selain daripada mengetahui tentang barangan yang dikenakan GST, pihak peniaga juga perlu tahu segala peraturan yang telah ditetapkan termasuk jangkamasa penghantaran dan pembayaran GST kepada pihak berwajib.

Sekian saja perkongsian untuk kali ini. Pendapat peribadi saya, perlaksanaan GST memang akan dapat menambah pendapatan negara. Namun, perlaksanaanya haruslah telus, tidak membebankan dan hasilnya benar-benar digunakan untuk pembangunan negara dan kepentingan rakyat jelata.


Wassalam.

Sumber: Google
Gambar: whatapps

Label:

24 Ulasan:

Di 3/15/2015 12:45:00 PG, Blogger Aldino Sya berkata...

jadi mesti siap-siap ya Kak.. tax .1 april nanti..
.

 
Di 3/15/2015 12:47:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Mr Aldino..harus bersiap sedia.
Thanks :)

p/s : kenapa kotak komentar di sana selalu di tutup?..huhu

 
Di 3/15/2015 09:24:00 PG, Blogger santika fadilah berkata...

baca dan simak dahulu tentang GST ya kak fidah.. semoga tambah faham mengenai cukai ini, terima kasih kak moga bermanfaat

 
Di 3/15/2015 11:57:00 PG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Harus sudah bersedia
Mau bayar cukai belanja
Atau tahu itu adalah cuma-cuma
Untuk kita pandai berniaga

 
Di 3/15/2015 03:28:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

kena standby ni kak...takut ada yang mengambil kesempatan atas nama GST. dan yang penting, moga negara kita bebas dari ketirisan belanjawan.saya tak kisah bayar cukai, asalkan duit cukai saya tu dapat pulangan balik pada rakyat negara ni..huhuhu

 
Di 3/15/2015 11:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga2 bermanafaat
terima kasih Santika atas kunjungannya :)

 
Di 3/15/2015 11:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Harus bersiap sedia
Manalah tahu barang naik harga
Semuanya mesti dikira
Terlebih belanja, susah akibatnya..

Terima kasih Mba Ayu :)

 
Di 3/15/2015 11:47:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Rata2 orang tak kan bising sangat kalau perlaksanaannya telus dan hasil cukai benar2 digunakan untuk kepentingan rakyat....
Thanks Sal :)

 
Di 3/16/2015 01:34:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Pengalaman saya ttg GST ni adalah di singapore. Dulu saya suka beli barang2 di singapore termasuk yg berjenama bukan kerana banyak duit tetapi disebabkan harga yg agak murah berbanding di KL. Sekolah pun boleh pakai kasut converse sbb di singapore sgt murah. Tetapi selepas perlaksanaan GST semua harga boleh dikatakan mahal. Selepas itu ramai orang singapore bertukar pula berbelanja di JB atau malaysia amnya. Harap dgn GST ni harga dpt turun spt kata pak menteri...

 
Di 3/16/2015 04:46:00 PG, Blogger Bunda_nora berkata...

Bagi mereka yang benar2 memahami apa itu GST pasti sudah bersedia...cuma yang tak memahaminya selalu menjadi tanda tanya dan mushkil...

 
Di 3/16/2015 09:06:00 PG, Blogger Unknown berkata...

sdg berkira2 nak beli fone sblm kena gst ...

 
Di 3/16/2015 10:44:00 PG, Blogger dear anies berkata...

rs nyer kuasa membeli akan menurun walaupun ada tawaran / diskaun...

 
Di 3/16/2015 02:53:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Teringat masa kecik2 dulu..memang orang Johor khasnya suka bershopping kat Singapura..kerana harganya murah dan nilai tukaran matawang (currency exchange) masa lalu... tidak seperti sekarang.
Harap harga barang2 dapat dikawal..Takut juga berlaku double whammy effects..maksudnya dah la harga barang mahal, dikenakan pulak cukai ke atas barang yang sedia mahal...huk..huk

 
Di 3/16/2015 03:05:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau dilihat secara positif, GST sepatutnya lebih telus and rendah (i.e 6%), berbanding dengan Sales and Service Tax sekarang (lebih kurang 10% + 6%). Dan sudah banyak juga negara2 yang melaksanakan cukai ini. Cuma sebagai pengguna, kita harus lebih peka dan tahu hak kita sebagai pengguna. Terima Kasih kunjungan dan komennya Bunda :)

 
Di 3/16/2015 03:07:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Beli..jangan tak beli..rugi horrr
Boleh tahan juga kot..harganya nanti kalau dah tambah GST...
Thanks CM

 
Di 3/16/2015 03:09:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Sedikit sebanyak..akan ada kesannya pada kuasa membeli kita....
Thanks Anies :)

 
Di 3/17/2015 03:51:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

ubt pun ada GST tau...huhu,
pembekal charge kita 6%...

 
Di 3/19/2015 05:07:00 PTG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Nampak samar2 je lepas GST ni Fidah.. yang terangnya nampak "Harga naik".. huhuuu

 
Di 3/19/2015 05:08:00 PTG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Thanks atas perkongsian ni Fidah.. :D

 
Di 4/26/2015 07:41:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah terasa kenaikannya

 
Di 4/26/2015 07:41:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Welkom :)

 
Di 4/26/2015 07:42:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kan....huhu
mahal la ubat ubatan lepas ni..
Tanam akar kayu ler nampaknya :D :D

 
Di 10/07/2015 08:34:00 PG, Blogger Time Traveller berkata...

Dah masuk bulan 10.. kene buat entry baru.. kesan dan luahan pengguna dan pembeli huhuu

 
Di 11/01/2015 06:39:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Manarik juga cadangan ni..thanks :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama