February 03, 2015

Kopi dan Peribadi

Assalamualaikum

Anda penggemar kopi?
Kalau anda pengemar kopi, samalah seperti saya.

Kalau minum kopi di rumah, cara penyediaannya mudah saja, sama ada kopi dicampur gula atau kopi dicampur susu dan dituang air panas atau air sejuk. Sangat mudah untuk disediakan mengikut selera masing-masing. Tapi kalau pergi ke kedai-kedai kopi (jenama mahal), ada banyak pulak jenis dan nama. Contohnya espresso, latte, mocha, cappuccino dan sebagainya.



Percayakah anda, jenis kopi yang anda minum juga melambangkan peribadi anda. Mari kita lihat..BETUL atau SALAH?...

  • Espresso. Merupakan kopi yang sangat pekat dan mengekalkan keaslian kopi. Ia menggunakan kopi yang banyak dan air yang sedikit sahaja. Lebih kurang macam pati kopi juga. Tiada gula, tiada susu. Sekali pekena secawan, kepala boleh berputar-putar dan boleh tahan mengantuk kaw-kaw punya.  Jika anda penggemar kopi ini, ada digolongkan sebagai seorang yang suka berkawan dan pandai menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
  • Latte. Kopi ini dibuat dengan campuran espresso dan susu (hot milk). Biasanya disediakan dengan 50% kopi dan 50% susu (bergantung pada pembuat). Kira lebih kurang macam kopi susu. Ada juga yang meletakkan foamed milk dengan jumlah yang sangat sedikit sebagai bahan presentation sahaja...(supaya nampak macam ada buih-buih sedikit di permukaan). Jika anda penggemar kopi jenis ini, anda memang seorang yang gemar berfikir secara mendalam. Anda biasanya akan mengambil keputusan yang lebih selamat tanpa mengambil risiko besar.
  • Cappuccino. Kopi jenis ini disediakan dengan campuran espresso, hot milk dan foamed milk. Nisbahnya lebih kurang 1:1:1. Ada yang mengatakan bahawa cappuccino adalah kopi yang istimewa kerana ada effect buih-buih dipermukaan cawan. (Berbanding dengan latte, penggunaan foamed milk untuk cappuccino lebih banyak, jadi buih dpermukaannya lebih banyak). Penggemar kopi ini disifatkan sebagai seorang yang baik hati dan mudah bersimpati dengan orang lain
  • Mocha. Berbanding dengan espresso, latte dan cappuccino, mocha disediakan dengan mencampurkan espresso, susu dan sedikit coklat. Sikit-sikit macam Neslo (Nescafe + Milo). Jika anda penggemar kopi ini, anda adalah seorang yang kreatif. Anda bukanlah penggemar kopi tegar, tapi dengan sedikit penambahbaikan, anda boleh menikmati kopi. 
  • Americano. Hanya perlu campurkan kopi dan air. Tapi kuantitinya air lebih banyak daripada penyediaan espresso. Lebih kurang macam kopi O. Boleh juga tambah gula kalau terlalu pahit. Penggemar kopi jenis ini digolongkan sebagai seorang yang tenang dan sukakan benda-benda simple.
Kalau di rumah, saya memilih kopi O (americano / kopi hitam). Kalau minum di luar juga saya akan memilih kopi yang sama. Cuma kadang-kadang kalau ke  restoran yang 'up' siket, saya akan memilih honey mocha

Anda pula bagaimana?

Sekian. Wassalam.


40 comments:

  1. oh..itu rupanya perbezaan, pastu taulah kalau nak order..hehe.saya suka Mocha.tapi rasanya saya takdelah kreatif sangat...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pun akak order main hentam kormo aje..
      Janji bunyi dia sedap atau itu aje kot yang reti nak sebut..hahaha :D

      Delete
  2. wahh ternyata mbak fidah juga suka kopi yak :v sama donk kaya saya saya juga suka kopi terutama kopi susu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang suka kopi..Setiap pagi mesti mengopi dulu..
      Thanks Mas Ainul :)

      Delete
    2. kabarnya kopi baik utuk memperkuat jantung, tapi kebanyakan bisa meningkatkan asam labung juga ya mbak? cara mengatasinya gimana ya biar asam lambung semakin tinggi?

      Delete
  3. oooo mcm tu.. baru tahu perbezaan kopi mcm tu..thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Acik..sudi singgah sini.
      Salam Kenal :)

      Delete
  4. jadi ingat kat malay dulu kak
    biasanya pesen kopi O kat kedai mamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantas sj kalao koment di sin..i mas yanto faseh logat melayu..

      Delete
    2. @Aldino : Kan cewek Mas Yan dulu orang malay nama Suhaila...mesti faseh..:D

      @yanto cungkup : Bestkan...Mamak!! kopi O ais satu!

      Delete
  5. Wahh... semua kopi2 tu adalah kegemaran saya. Semua saya suka... macam mana ek... Boleh jadi kecelaruan personaliti saya ni huhu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambahan lagi.. saya bukan shj penggemar kopi.. tapi dah dikira 'hantu kopi' dah ni.. adehh...

      Delete
    2. Jangan split personality sudah..hahaha
      Uuiitt!! Sanggup tu telan espresso..kompem susah tido

      Delete
    3. Tengok siket macam mana rupa hantu kopi....heh..heh..:D

      Delete
    4. Hantu kopi dtg singgah lagi.. :D

      Delete
  6. hahaha...nda suka kopi sy Kak..!,
    tapi,..kalo ada yaa disikaat./...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak minum kopi?..Habis tu minumnya apa..
      Ya udah...pergi belajar sama Mas Yanto, macam mana minum kopi...:D

      Delete
    2. apa ya..? sdh tak TAHU Kak...hehehe,

      Kalau Mas Yanto.. sambil tutup mata juga bisa buat kopinya Kak.. huhuiii..!

      Delete
  7. saya penggemar teh hijau ... klu pi rumah org , barulah minum kopi . tak kan nak mintak teh pulak kan . kenalah minum apa yg ada depan mata ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teh hijau best jugak CM...kadang2 tu saya minum jugak..
      Thanks :)

      Delete
  8. saya suka kopi 3 in 1...macam mana tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tak sure la HB yang mana...Agak2 latte kot..

      Delete
    2. ala..belasah je la..janji terasa nikmat kopi

      Delete
  9. dulu saya suka kopi, tapi saat ini saya sudah beralih ke teh manis mbak, sebab hampir saja saya kecanduan kopi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya tu kalau sampai kecanduan kopi :D

      Delete
  10. OKje baru rasa espresso semalam FS..... cuit cik abe punya sikit. Mak ai pahit sungguh. OKje suka yg jarang, yg tak pekat sangat. Kalau tak mmg boleh peninglah kepala ni. Paling suka buat sendirilah sebab boleh letak banyak kopi mana yg kita nak, manis ke kurang ke.....Tetiba nak minum kopi susu pulak haih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak aii...saya x berani cuba espresso, takut tak boleh tido malam.
      Setuju..buat sendiri lagi senang..nak pekat, cair, manis, pahit...semua boleh adjust punya
      Thanks Okje :)

      Delete
  11. Kalau yang suka Kopi Hitam saja, kira-kira pribadinya apaan yah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenang dan simple..
      Se simple kopi nya... :)

      Delete
    2. kalau tak suka minum kopi macam mana pula kak fidah?

      Delete
  12. Saya pilih Cappuchino dan Mocca tapi kalau balik kampung kopi cap bunga ros keluaran
    keluarga bugis dari Benut tu la yang paling sedap dan dicari hehehe....
    Kopi Kapal Api dan yang lain2 kat atas nu tak boleh lawan kopi kampung tu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik kampung kena cari ni Kak Lynn..kopi cap bunga rose

      Kopi kampung memang terbaik Kak Lynn....I Like :) :)

      Delete
  13. wa'alaikum salam wr wb

    kalau saya lebih suka kopi hitam :-)
    apalagi minumnya pagi hari sebelum berangkat kerja.

    ReplyDelete
  14. saya pula tak suka minum kopi.. asalnya kalau minum kepala saya rasa pening..

    ReplyDelete
  15. kak fidah...nak alamat boleh.ada benda nak bagi.nanti email sini ek

    salbiahm85@gmail.com

    thanks kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah...baru terperasan komen ni dik..Sorry arr

      Delete