March 25, 2015

Johor...Negeri Ku


Berikutan dengan pertabalan Sultan Johor dan Permaisuri Johor, ada begitu banyak artikel-artikel tentang Negeri Johor. Saya juga dengan banggannya ingin memberi tahu yang saya juga adalah orang Johor.
Walaupun sekarang sudah menetap di Selangor, saya tetap Anak Johor :)

Saya ingin berkongsi serba sedikit fakta tentang Negari Johor:

  • Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab "Jauhar" yang bermaksud "Permata Berharga"
  • Johor terbahagi kepada 10 daerah (Johor Bahru, Kulaijaya, Pontian, Kota Tinggi, Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Ledang)
  • Johor di sempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura.
  • Johor negeri pertama yang mempunyai tentera sendiri (dikenali sebagai Askar Timbalan Setia) dan dibiayai oleh Kerajaan Johor sehingga kini.
  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu / United Malay National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor
  • Orang Johor ada dialek tersendiri. Kalau selimut di panggil gebor. Kalau almari dipanggil gerobok. Kalau makanan ringan dipanggil jajan.
  • Orang Johor banyak menggunakan perkataan 'eekkk' di belakang ayat. Contoh ayat : "Awak, kita jalan dulu eekkk".
  • Sesetengah orang Johor membahasakan dirinya 'orang'. Contohnya ayat : "Orang nak pergi makan" walaupun nama sebenarnya adalah Aminah atau sebagainya.
  • Orang Muar (sebuah daerah di Johor) juga ada dialeknya yang tersendiri. Mereka menukarkan huruf terakhir dengan huruf  'O'..tapi, bukan semua perkataan.
  • Huruf 'R' seperti silent untuk orang Johor dibelakang kerana orang Johor tidak akan sebut JOHOR tapi JOHO. Bukan MUAR tapi MUO.
  • Orang Johor juga akan menukarkan perkataan yang akhirnya 'AR" dengan 'O'. Contoh ayat : "Saya TAMPO awak"...(instead of TAMPAR)....huhu
  • Orang Johor sebut menguap sebagai sangap
  • Orang Johor sebut berdating sebagai 'Berendut'. Kalau boyfriend atau girlfriend pun dipanggil 'Endut'. Contoh ayat : "Aku nak jumpa endut aku"
  • Kita memperkenalkan resipi Mee Bandung, walau mee ini tiada kaitan dengan Bandung yang terletak di Indonesia. Selain daripada itu, laksa Johor, Mee Rebus dan Nasi Bariyani Gam adalah makanan yang popular di Johor.
  • Telur pindang adalah makanan orang Johor. Telur ini amat terkenal sewaktu majlis kenduri perkahwinan.
  • Negeri Johor adalah negeri terakhir mendapat Residen.
  • Daerah PONTIAN (sebuah daerah di negeri Johor) letaknya di penghujung PENGHUJUNG BENUA ASIA......Kampung saya tu!!


Sekian. Wassalam.

33 comments:

  1. bangga jap jadi anak jati johor.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun bangga jadi anak Johor..
      Thanks Aida :)

      Delete
  2. ASSALAM...KAK PERNAH DUA KALI KE JOHOR N SGT KAGUM DGN KEPESATAN KEMAJUAN NEGERI TU TERUTAMA DI KWSN PERTEMPATAN FELDA DI BKT TINGGI ..DI MUO SINGGAH BELI DURIAN, DI AIR ITAM BORONG SERAMIK, DI MERSING BELI IKAN KERING, DI SEGAMAT BELI UDANG GALAH...SEPANJANG JLN ADA TEMPAT PERHENTIAN YG MENYENANGKN UTK MNIPISKN RM..HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh borong banyak pasu bunga kat situ Kak Paridah...
      Kalau RM nipis..boleh ambik lagi kat ATM machine...hehe

      Delete
  3. Hehe... Sy khwin org johor... Ye la tu kot... Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan Johor....especially masa raya..
      Thanks Maria :)

      Delete
  4. Bunda belum pernah sampai keJohor...tapi ramai kenalan orang Johor...ada sorang anak angkat Bunda juga orang Johor...

    Bunda suka puisi Usman Awang tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungannya Bunda.
      Singgahlah ke Johor..ada banyak perkara menarik di sana..especially bariyani gam batu pahat..terbaek...

      Delete
  5. Johor tetap di hati.. bangga jadi anak Johor di perantauan. Org Johor org yang tabah dan berwawasan jauh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Betul..Nora bagi 5 Bintang!! ;D

      Delete
  6. saya juga anak jati johor yg merantau ...

    ReplyDelete
  7. Sifat-sifat orang johor santun
    menikam dengan pantun
    Senyumnya bagai embun
    Merendah dan anggun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Jati,
      Bangga sekali
      Moga negeri ini
      Aman harmoni

      Delete
  8. Johor sebuah tempat yang belum saya datangi semoga suatu hari bisa kesana , KL dan lainya sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah datang ke negeri saya. Pasti ada banyak perkara-perkara menarik di sana.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam Kenal :)

      Delete
  9. Mudah mudahan kita bisa bersilaturahmi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah. Moga silaturrahiminya kekal
      Terima kasih atas kunjungan
      Salam kenal :)

      Delete
  10. kalu nk tau 1st time sy dtg johor ms umur sy 17 thn ;-) wpn johor tu cuma sblh negeri sy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang le lagi negari kita...hehe
      Thanks Anies :)

      Delete
  11. rasa bangga jadi anak johor..saya di kota tinggi ^_^

    terima kasih berkongsi

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup Johor
      Luaskan Kuasa Mu
      Terima ksih atas kunjungan :)

      Delete
  12. Tumpang bangga juga duk kat Johor ni .. haha...

    ReplyDelete
  13. Johor masih dalam kenangan Fidah, walaupun dah lama berhijrah ke Selangor.
    Johor masih etap di hati.

    ReplyDelete
  14. Negeri ku jua FS...... Muo daerahku....hihi....Fakta tu mmg sesungguhnya benar.
    Hidup Joho! Hidup Joho !

    ReplyDelete
  15. luar biasa ya kota johor indah dan sejuk, orang orang nya juga berbudi pekerti, andai saja saya bisa hidup disana, pasti akan bahagia ya kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..
      Sila lah berkunjung ke sini
      Terima kasih Mr Aidil atas kunjungan di blog saya :)

      Delete
  16. saya orang Muor..memang perasan slang tukar 'ar' kepada 'o' tu ada kat kitorang je.orang kata sebab orang Muar banyak asal Bugis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup Joho!!...
      Thanks Sal..i love Joho

      Delete
  17. suka dengan sifat yang ada dalam foto. kayaknya memang orang johor termasuk orang yang simple dan gak repot juga ya. yang jelas terbuka untuk persahabtan.

    ReplyDelete