<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: WW#3 Masalah

April 22, 2015

WW#3 Masalah

Assalamualaikum...


"MY THERAPIST SET HALF A GLASS OF WATER IN FRONT OF ME. HE ASKED IF I WAS AN OPTIMIST OR A PESSIMIST. SO I DRANK THE WATER AND TOLD HIM I WAS A PROBLEM SOLVER"

Walaupun ini adalah ruangan Rabu Tanpa Kata...tapi saya masih juga mahu berkata-kata.

Bila terbaca quotation di atas, pasti akan terfikir, kita berada dikalangan yang mana.
Jom semak.

Golongan optimis akan melihat sesuatu dari sudut positif. Misalnya bila melihat air yang separuh penuh dalam gelas, dia akan berkata "Walaupun hanya separuh, gelas tersebut tetap mengandungi air"

Golongan pessimist pula biasanya melihat sesuatu dari sudut negatif. Contohnya "Hanya separuh air sahaja dalam gelas itu? Kenapa tidak penuh? Apakah niat orang itu memberi kita hanya separuh gelas air? Kedekut kah dia? Atau mahu berjimat cermat semenjak ada GST?"

Bagi golongan 'penyelesai masalah' atau (problem solver) mereka akan melihat dan menganalisa keadaan bagi mencari solusi terbaik. Lebih bagus, jika mendapat cara yang paling simple untuk menyelesaikan masalah, serta dapat menguntungkan semua pihak (win win situation).
Contohnya "Apa yang kompleks sangat nak fikir bila tengok air dalam gelas itu hanya diisi separuh sahaja. Sudah di beri air, minum sahajalah. Dahaga hilang, tuan rumah (jika air itu dihidangkan di rumah jiran tetangga) pun tidak berkecil hati.

Memang dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, apa yang paling penting adalah cara kita melihat dan menyelesaikan masalah tersebut.

Alamak..banyak pula kata-kata di ruang tanpa kata...huhu.


p/s : Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan semoga bermanafaat.

Wassalam

Pic : google

Label: ,

18 Ulasan:

Di 4/22/2015 07:45:00 PG, Blogger paridah berkata...

hmm wordless speechless..

 
Di 4/22/2015 09:06:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

Salam kenal.. follow sni.. jemput jenjalan ke blog sy...
kesimpulannya sy tak nak jadi seorg yg pessimist.. hehe...

 
Di 4/22/2015 09:21:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Namanya juga hidup pasti disitu ada masalah kalau ga ada masalah ga berasa hidup. So, enjoy aja :)

 
Di 4/22/2015 04:45:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Menarik... klu saya pun minum terus sbb haus hehee.. Sebenarnya golongan pessimist ni klu dapat dikuasai minda mereka memahami sesuatu maksud tujuan kita, mereka akan menjadi tapak sokongan yg paling kuat berbanding yg berfikiran positif. - political science
Seorang politician perlu menguasai ilmu psikologi melembutkan pessimist ni menyokong matlamat. Kalau buat tak prihatin ia akan menjadi ancaman paling kuat menggagalkan usaha... maka sikit2 jadilah mcm scenario politik negara kita skrng ni.. wallahualam.. :)

 
Di 4/22/2015 11:33:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

I leave it already kak fida.. hehe..

 
Di 4/23/2015 12:58:00 PG, Blogger Unknown berkata...

cari penyelesaian , jgn cari asbab ... golongan pesemist mmg ada di mana - mana .

 
Di 4/23/2015 08:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Diam tanpa kata...
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 4/23/2015 08:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Salam Kenal.
Terima kasih follw blog saya :)

 
Di 4/23/2015 08:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Lumrah kehidupan...ada suka, ada duka
Thanks Miss Wida :)

 
Di 4/23/2015 08:30:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Having a right mix and composition of people dalam sesebuah pasukan atau parti politik sememangnya perlu. Barulah ada check and balance. Kalau semuanya 'diam tanda setuju'...susah juga ya.
Thanks Khir :)

 
Di 4/23/2015 08:32:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul..carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Tak guna bergaduh kerana 'sebab'.

 
Di 4/23/2015 08:36:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Hope everything is okey...
happy alwayz dear :)

 
Di 4/23/2015 09:56:00 PG, Blogger dear anies berkata...

hidup...kalau x de masalah...tu namannya bkn hidup ;-)

 
Di 4/23/2015 01:57:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Jika selalu optimis
Masalah terpecah manis
Walau harus menangis
Tapi tak sempat pesimis

 
Di 4/23/2015 06:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Masalah problem akan membuat kita lebih matang..hidup lebih hidup

 
Di 4/23/2015 06:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Semoga positive selalu
Thanks Mba Ayu :)

 
Di 4/24/2015 11:58:00 PG, Blogger Sohra Rusdi berkata...

semua yang terjadi pada kita adalah QadraAllah dan Allah selalu memberikan yang terbaik bagi orang beriman mungkin kelihatannya menyedihkan atau musibah bagi kita tapi itu adalah yang terbaik bagi kita, jadi kita harus selalu berbaik sangka kepada Nya ridha dengan segala ketentuan Nya agar Allah ridha kepada kita

 
Di 4/24/2015 07:04:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setiap yang di tentukan Allah adalah yang terbaik..
Kita merancang..Allah maha mengetahui.
Terima kasih komennya & salam Jumaat :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama