<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tips Bahagia Bersama Pasangan

Mei 14, 2015

Tips Bahagia Bersama Pasangan

Assalamualaikum

Dalam melayari alam rumah tangga atau hidup berpasangan, pasti ada kalanya berlaku salah faham, berkecil hati atau pergaduhan kecil. Bak lirik lagu P.Ramlee..sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Maklumlah, masing-masing punya hati dan punya ego.
Namun jika berlaku sedemikian, pasti salah seorang perlu beralah. Kalau tidak, semakin parah la jawabnya. Apa-apa pun, menjaga hati suami/isteri atau pasangan amatlah penting supaya hidup aman sentosa.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjaga hati pasangan anda:

  • Kenali pasangan anda. Anda pastinya tahu perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai oleh pasangan anda. Cubalah bertoleransi dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak disukainya. Dalam hal ini, perbincangan dan tolak ansur amat perlu.
  • Menjaga hubungan kekeluargaan. Hubungan kekeluargaan sangat penting. Jangan melukakan hati si dia dengan perbuatan atau kata-kata yang menghiris hati tentang keluarganya. Selain daripada itu, menjaga hubungan dengan mertua dan ipar duai juga tidak kurang pentingnya.
  • Sentiasa perihatin terhadap pasangan. Which one is better? Mengucapkan 'take care' atau 'i will take care of you?'. Selain daripada itu, perlu juga perihatin dengan perkara-perkara seperti makan dan minum, perasaan pasangan, sakit pening dan perkara-perkara lain yang penting dalam menjaga sesebuah perhubungan. Pastikan juga pasangan anda tahu yang anda sangat perihatin tentangnya.
  • Jahuhi topik sensitif dan tidak menyenangkan. Contohnya menceritakan tentang kebaikan bekas kekasih anda dan membuat perbandingan dengan si dia. Emmmm...confirm lepas tu ada yang menarik muka masam atau berkecil hati.
  • Jujur dan menjadi diri sendiri. Tak perlulah menjadi hero dan heroin seperti drama korea atau novel. Tidak perlu juga hidup berpura-pura. Cukuplah menjadi diri sendiri dan cuba membaiki kekurangan yang ada.  Jangan juga cuba berbohong tentang sesuatu perkara. Pasti susah jika pasangan anda sudah mulai tidak percaya pada anda.
  • Lakukan perkara-perkara yang membahagiakan. Cubalah meluangkan masa untuk berjalan berdua-duaan. Mengingati kenangan indah masa lalu pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan. Tidak perlu juga hadiah yang mahal-mahal untuk menambat hati suami/isteri atau pasangan kerana yang paling penting adalah tanda ingatan dan kasih sayang.


Sekian. Semoga bermafaat.
Wassalam.

Sumber : pelbagai
Gambar : google


Label: ,

22 Ulasan:

Di 5/14/2015 03:11:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

terima kasih cik fidah atas perkongsian.. semoga sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta =)

 
Di 5/14/2015 06:33:00 PTG, Blogger lynmunir berkata...

Quote yang bawah tu; am i dating human or onion.., sampai skrg tengah fikir apa
maksudnya tu.

 
Di 5/14/2015 06:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Maksudnya...kalau onion, mesti akan mengalirkan air mata sepanjang masa. Pedih mata woo... :D
Thanks Kak Lynn

 
Di 5/14/2015 06:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..semoga akak sekeluarga sentiasa bahagia. Thanks Gee.
Untuk Gee juga. Semoga berbahagia dengan keluarga yang baru dibina..Aamiin

 
Di 5/15/2015 12:08:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

kalau jadi hero borneo ok tak..he..he..

dalam melayari rumah tangga amalkan sikap give and take..nasihat dari orang yang dah kahwin 13 tahun..

 
Di 5/15/2015 09:10:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

salam Jumaat sis..bermanfaat sungguh perkongsain ni..TQ sharing ya..:)

 
Di 5/15/2015 02:14:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

bener banget point di atas, tentunya dengan saling pengertian satu sama lain akan membuat bahagia bersama pasangan

 
Di 5/15/2015 03:34:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

sy teringat kata2 some1...dah 27 thn kami berkahwin. setiap hari ada shj perkara baru yg sy dapati tentang suami sy ;-)

 
Di 5/15/2015 05:03:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Susah juga klu ber'dating' dgn onion tu eh huhu

Kejujuran dan keperihatinan mmg menjadi tunggak dlm kebahagiaan rumahtangga kan. Thanks sharing Fidah & salam Jumaat yg berkat.. :)

 
Di 5/15/2015 06:28:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

perkahwinan ibu bapa kita itu cth yg terbaik ...

 
Di 5/16/2015 07:20:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ingat hero tamil td :D

Give and take. Penting tu. Alhamdulillah dah 13 tahun. Semoga kekal bahagia HB. Aamiin.

 
Di 5/16/2015 07:20:00 PG, Blogger Pha Is berkata...

perhatin : perihatin ke, perhatian? hehehe..

nice share... boleh saya buat rujukan since saya noob sikit dalam bab pasangan ni.. xpernah berpasangan lagi.. hehehe

 
Di 5/16/2015 07:21:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Atie.
Salam hujung minggu.

 
Di 5/16/2015 07:22:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Memahami antara satu sama lain dan bertolak ansur supaya hidup lebih aman..
Thanks Defa :)

 
Di 5/16/2015 07:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Itu yang best kot.
Selalu discover benda baru. Hidup tidak hambar..hehe

 
Di 5/16/2015 07:25:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Antara orang dengan bawang...pilih mana eh? :D :D

 
Di 5/16/2015 07:26:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Vee. Kasih sampai ke hujung hayat.

 
Di 5/16/2015 07:28:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Alah..typo. Okay, amended accordingly. Thanks Pha Is.. :)

Semoga akan berjumpa yg sesuai nanti. Aamiin.

 
Di 5/16/2015 11:54:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

kena take note ni..dah khwin nanti boleh la amalkan

 
Di 5/17/2015 09:34:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Sal :)

 
Di 5/18/2015 07:43:00 PG, Blogger OKje berkata...

Terima kasih atas tipsnya FS....betul tu, bila berumahtangga ni, kenalah sentiasa bertolak ansur , menerima kekurangan pasangan dan sabar, insyaallah bahagialah jadinya.....tp nama pun manusiakan....dugaan tu pasti ada

 
Di 5/22/2015 06:34:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bertolak ansur dan saling memahami..penting tu.
Thanks Okje :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama