<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tart Buah (Fruit Tart)

Mei 10, 2015

Tart Buah (Fruit Tart)



Tart buah. Sejenis makanan yang sesuai di makan bila-bila masa sahaja. Tapi kalau buat tart buah ni, part yang paling saya lemah sekali adalah part nak susun-susun buah. Nampak sangat tangan tak berapa nak kreatif. Tapi tak pe lah, yang paling penting, ianya selamat sampai ke perut...huhu

Resipi tart buah (Fruit Tart)

a, Bahan tart (tart shells)
  • 150gm tepung gandum
  • 25gm gula aising
  • 70gm mentaga sejuk (di potong dadu)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila

b. Bahan Kastard
  • 1 cawan (sederhana besar) susu segar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu gula halus
  • 1  sudu besar mentega

c. Bahan Hiasan (secukupnya)
  • Buah kiwi
  • Buah strawberi
  • Buah anggur
  • Apa-apa buah yang difikirkan perlu mengikut kreativiti masing-masing. Kebetulan ada buah nangka kat rumah tadi. Potong aje lah.

Cara-cara:
a. Penyediaan tart (shells)
  • Campurkan tepung, gula aising dan mentega sejuk. Campurkan esen valina dan telur sedikit demi sedit. Uli sehingga menjadi doh. 
  • Rehatkan sebentar (saya masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 20 minit)
  • Sediakan acuan tart. Ambil doh tadi dan bentukkan mengikut acuan. Kemaskan. Buat hingga doh habis. Cucukkan dengan garfu pada dasar doh.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175c selama 20 minit (atau hingga kuning keemasan)
  • Biarkan sejuk. Setelah itu, keluarkan tart shells dari acuan.

b. Penyediaan kastard
  • Masukkan susu, tepung kastard dan gula halus ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
  • Masak dengan api yang kecil sehingga kastard menjadi pekat. Masukkan esen vanila dan mentega.
  • Sejukkan sebelum dimasukan ke dalam pipping bag dan picitkan ke dalam tart shell.

Setelah selasai masukkan kastard ke dalam tart shells, hiaskan dengan buah-buahan yang di sediakan.



Sekian. Selamat Mencuba :)
Wassalam.

Label:

18 Ulasan:

Di 5/10/2015 01:14:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Wahh sedap dpt makan pepagi ni sambil berblog hehee.. menyelerakan.. :)

 
Di 5/10/2015 06:11:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila..sila..
Dah lama rasanya tak buat aktiviti kraftangan macam ni...huhu
Thanks Khir :)

 
Di 5/10/2015 10:36:00 PG, Blogger paridah berkata...

hmm sedap sgt ni...belum pernah rasa lagi..boleh dicuba ni.

 
Di 5/10/2015 11:29:00 PG, Blogger Devy berkata...

ini sebuah resep untuk membuat hidangan kue ya cik, saya kira tadi memang buah asli yang bernama tart.
hehe..!!

 
Di 5/10/2015 12:50:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Wah sedap dan segar
Rasa kenyangku berubah lapar

 
Di 5/10/2015 12:57:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila lah cuba..thanks Kak Paridah.
Saya pun dah lama tak buat tart ni, nota resipi pun baru jumpa. Sebab takut hilang lagi, baik tepek aje resipi kan sini. Esok2 senang nak refer. :)

 
Di 5/10/2015 01:00:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sejenis kueh Miss Devy. Ia adalah kombinasi tart (di bawahnya) dan buah-buahan. Mungkin kerana itu namanya tart buah.
Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/10/2015 01:01:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mba Ayu..
Harapnya sesegar puisi mu
Yang selalu baru..
Tengkyu :)

 
Di 5/10/2015 03:33:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

nak menyediakan tu kena rajin . mkn sekejap je habis ... terliur gitu ...

 
Di 5/10/2015 06:06:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Remeh siket nak buat..makan tinggal 'ngap' aje..hihi:D

 
Di 5/11/2015 11:13:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

nyumm..nampak sedap sangat tu sis... :)

 
Di 5/11/2015 11:56:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Atie:)
Dah lama tak mencuba buat..

 
Di 5/11/2015 07:15:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

Macam best je. Perlu dicuba ni. Huhu

 
Di 5/12/2015 03:06:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

fav sy ni! tp buat mls ;-)

 
Di 5/13/2015 08:45:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Cuba lah Gee..Akak pun baru nak buat balik. lama dah tak buat tart ni.
Thanks Gee

 
Di 5/13/2015 08:51:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya ni pun..sekali sekala aja ada mood terlajak rajin...
Kira nasib aje la ni..heh heh

 
Di 5/14/2015 06:49:00 PTG, Blogger lynmunir berkata...

Fidah, bestnya resepi ni. Malas nak buat, minta sikit boleh ?
( Hehe...mood muka tak malu dan malas memasak lo ni )

 
Di 5/15/2015 05:58:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jemput datang rumah kak Lynn :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama