<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Ada Apa Dengan MyVi?

Mei 09, 2015

Ada Apa Dengan MyVi?



Semenjak kereta myvi diperkenalkan pada tahun 2005, kereta ini adalah antara yang paling popular di Malaysia. Dengan bentuk yang comel (especially kalau warna macam gambar di atas), harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus (sesuai harga), tidak hairan jika kereta ini menjadi antara kereta yang terlaris jualannya semenjak diperkenalkan hingga kini. Selain itu, ramai juga kawan-kawan saya kata, penggunaan minyak petrol bagi kereta ini juga agak menjimatkan.

Selepas kes kemalangan di Lebuhraya DUKE minggu lalu, populariti kereta ini terus meningkat. Yang tak bestnya, pengguna-pengguna Myvi lain tak tidak bersalah terus menerima tempiasnya. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Semoga mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini, akan 'mendapat' apa yang sepatutnya mereka dapat.

Peringatan untuk kita semua, jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba. Tak payahlah nak buat macam jalan raya sendiri dan mesti sentiasa ada perasaan 'timbang rasa'. Harus juga diingat, orang lain pun bayar cukai jalan jugak....eemmmmmm

Sekian. Wassalam.

Credit: Pemilik kereta Myvi Purple di atas :)



Label:

14 Ulasan:

Di 5/09/2015 03:07:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

trajedi yg menjadi sejarah dan menarik simpati serta kegeraman rakyat malaysia ...

 
Di 5/09/2015 03:24:00 PTG, Blogger paridah berkata...

myvi comel cantik tapi kalau disalahgunakn buruk jadinya.

 
Di 5/09/2015 05:23:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

kesian pemandu Myvi yang lain, tak memasal kena tempiasnya...huhu

 
Di 5/09/2015 06:04:00 PTG, Blogger norhasnizakhalid berkata...

jangan kata myvi, pemandu kereta lain pun giler2 jugak..

 
Di 5/09/2015 07:35:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

Krn nila setitik rosak susu sebelanga

 
Di 5/10/2015 12:19:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesian kan anak-anak yang ditinggalkan.
Al fatihah untuk semua mangsa.
Thanks Vee :)

 
Di 5/10/2015 12:19:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesian pada si cantik comel jika salah digunakan.
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 5/10/2015 12:20:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kannnnn...
Tak pasal2 kecoh.
Thanks Sal :)

 
Di 5/10/2015 12:21:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Macam tu lah jalan raya kat Malaysia ni. Especially kalau time sesak.
Thanks Mama :)

 
Di 5/10/2015 12:22:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kesian pada pengguna yang lain.
Thanks Anies :)

 
Di 5/10/2015 01:17:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Bab berlumba ni mmg macam2 kereta ada berlumba.. cuma kali ni terkena kat group myvi tu. Segelintir org yg tak berfikiran pulak lagi menambah huru hara. Habis yg tak bersalah pun tak pasal2 jadi risau hmmm... Pemandu yg salah bukan model keretanya..

 
Di 5/10/2015 06:17:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pemandu yang salah. Kalau tak nak mengaku jugak tak tau la. Kat dunia boleh la sorok2. Kat sana nanti tunggulah tangan yang pegang steering, kaki yang tekan pedal minyak, mata yang melihat dan segala anggota lain jawab...eerrmm
Hoho..emosi pulak Mak pagi2 ni.. :D

 
Di 5/11/2015 07:17:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

yg salah pemandu, bukan kereta. melainkan kereta tu sendiri bermasalah. mcm ferrari yg terbakar dua tiga bulan lepas.. itu memang.. huhu

 
Di 5/28/2015 06:05:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sabar aje la kan..
kerana nila setitik..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama