October 31, 2015

Hormati Diri

Assalamualaikum


Kita dituntut untuk sentiasa menghormati ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan dan sebagainya. Namun, pernahkah anda terfikir yang kita juga harus menghormati diri kita sendiri?
Saya pernah terbaca satu artikel tentang apakah yang perlu dilakukan untuk menghargai dan menghormati diri. Antaranya:

  • Kenali diri kita sendiri. Semakin banyak kita tahu tentang diri kita contohnya tentang prinsip hidup, minat, bakat serta keunikan diri kita, pasti kita akan lebih menghargai diri. Boleh juga mencuba aktiviti-aktiviti baru, manalah tau kalau-kalau ada bakat terpendam.
  • Memaafkan diri sendiri. Kesilapan masa lampau kadang kala menghantui diri. Cubalah untuk memaafkan diri, belajar dari kesilapan lalu dan teruslah maju kehadapan (baca: move on).
  • Terimalah diri kita seadanya. Tidak kira apakah warna kulit, saiz dan bentuk badan serta bagaimana rupa paras kita, semuanya adalah anugerah. Semua orang ada kelebihan masing-masing dan kita patut bangga menjadi diri kita.
  • Berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan. Boleh juga dimulakan dengan perkara-perkara yang mudah dahulu contohnya membetulkan posture badan ketika duduk atau berjalan, senyum dan memikirkan perkara-perkara yang positif tentang kita.
  • Berfikiran positif. Cuba fikirkan yang baik-baik tentang diri anda dan apa yang ada di sekeliling anda. Bersyukur dengan apa yang kita ada.
  • Tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Tidak perlu rasa cemburu dengan apa yang orang lain ada. Jika perkara ini terus dilakukan, pastinya kita tidak akan merasa 'cukup'. Perjalanan hidup dan rezeki yang dianugerahkan kepada kita mungkin berbeza dengan orang lain. Kita adalah kita. 
  • Percaya dan yakin dengan pilihan kita. Hidup memang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Jadi, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh sesiapa. Meminta nasihat pada yang lebih berpengalaman itu perlu, tapi, terserah pada kita sendiri untuk membuat keputusan kerana kita lebih kenal diri kita dan kita lebih tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.
  • Belajar untuk menghadapi kritikan. Jika kritikan itu adalah untuk kabaikan diri kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Berusaha untuk membaikinya. Namun, jika kritikan itu datangnya dari mulut-mulut yang jahat dan dengki, 'campakkan' saja ke dasar laut. 
  • Hidup jangan dipengaruhi oleh orang lain. Kebahagiaan, ketenangan dan kebebasan hidup kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Tidak perlu 'mengabdikan hidup' hanya untuk membuat orang lain bangga. Jauhkan diri dari orang-orang bersifat negatif yang sentiasa cuba untuk memperkecilkan kebolehan kita, tidak tahu untuk menghormati serta sentiasa mempersoalkan apa yang kita buat. Hormatilah diri kita sendiri dan ingat, setiap kita juga mempunyai nilai dan harga diri.


"DON'T ASK WHY PEOPLE KEEP HURTING YOU. ASK YOURSELF, WHY YOU'RE ALLOWING THEM"



Sekian. Wassalam.












October 27, 2015

Telur Mata Kerbau

Assalamualaikum.

Jangan pandang sebelah mata pada telur mata kerbau. Kalau tak ada telur mata kerbau, mesti sajian harian bagi sesetengah orang tidak lengkap.


Contoh:
  • Hidangan nasi lemak waktu pagi tidak nampak sempurna tanpa telur mata kerbau.
  • Tengah hari pula, ada yang memilih hidangan nasi berlaukkan sambal telur goreng. Atau, kalau tekak nak sentuhan ala western, bolehlah makan benjo atau egg burger katanya.
  • Malam pulak, mana-mana yang rajin makan kat gerai 'goreng-goreng' mesti nak order nasi goreng USA. Rasa tak cukup lengkap pulak kalau tak ada telur mata!
Nama telur mata kerbau ini sebenarnya diadaptasi dari terjemahan bahasa Perancis (Eil de Beouf).
Di sesetengah tempat, ada cara dan etika tertentu untuk menggoreng telur ini, berdasarkan paras 'kemasakan' telur kuning semasa dihidangkan. Antaranya:
  • Over hard atau hard - telur digoreng garing di kedua-dua permukaan.
  • Over medium - Telur digoreng dan dibalik-balikkan sehingga telur kuning tidak lagi 'bergoyang-goyang' tapi masih lagi dalam keadaan setengah masak.
  • Over easy atau juga disebut runny - Telur digoreng, dan hanya dibalik sekali. Telur kuning masih dalam keadaan setengah masak. Ada juga yang memanggil telur ini sebagai sunny side down.
  • Sunny side up - Telur digoreng tanpa dibalik. Telur kuning masih dalam keadaan agak mentah. Seringkali juga minyak masak ditambahkan atau 'disiram' ke tempat telur kuning supaya tidak terlalu mentah.
  • Fried - Telur digoreng dan dibalik-balikkan, bahagian telur kuning dipecahkan dan dibiarkan sehingga betul-betul masak.
Ha...senang tak goreng telur?.. :D

Sekian. Wassalam.


Gambar: Google

October 25, 2015

Belanja dan Belanjawan

Assalamualaikum.

Hari Ahad atau hari minggu memang hari yang diperuntukan untuk membeli barang 'basah' dan barang keperluan yang lain. Meriah nampak pasar hari ni. Mungkin kerana ramai orang telah pun mendapat gaji.


Bila di fikir-fikirkan balik, kuasa membeli rakyat Malaysia memang tinggi rupanya. Walau harga barang telah naik, harga minyak petrol naik dan adanya GST, kita tetap terus membeli dan membeli.

Kalau dikira secara terperinci, kadar kenaikan barang tidaklah banyak. Contohnya kalau dulu nescafe O kegemaran saya harganya RM1.50 segelas, sekarang hanya RM1.80. Cuma naik 30 sen atau 20% sahaja. Mungkin tak terasa sangat pun perubahan harga tersebut apatah lagi untuk menyatakan ianya sejenis inflasi. Dan statistik juga telah membuktikan bahawa kadar inflasi negara kita berada diparas yang rendah iaitu di sekitar 3% sahaja.

Lagipun, orang di Malaysia ni sememangnya berduit. Menurut kajian, kadar kemiskinan tegar di Malaysia hampir ke paras sifar. Patutlah bila balik kampung, saya lihat  jiran tetangga semuanya sudah berkereta baru. Rumah yang dulunya kelihatan usang, kini sudah besar bertingkek tingkek :)

Begitu juga dengan kadar pengangguran. Semakin hari semakin banyak peluang pekerjaan telah berjaya di sediakan. Sebagai buktinya, kita telah berjaya mengurangkan kadar pengangguran kepada 2.9% sahaja. Secara tidak langsung, ini membuktikan ekonomi Malaysia adalah stabil dan jauh sekali untuk mengatakan bahawa rakyatnya hidup dalam kesempitan.

Selepas ini, keadaan di pasar dan pasaraya pastinya akan lebih meriah. Maklumlah ada BR1M. Dapat juga menampung perbelanjaan asas dan keperluan yang lain. Usah bimbang tentang gst kerana ianya masih 6%. Malah, banyak lagi barangan yang dikenakan gst sifar, termasuk makanan kegemaran saya yang berasaskan kacang kuda.

Pastinya selepas ini kita boleh menarik nafas lega dengan penambahbaikan mutu pengangkutan awam khususnya LRT dan MRT menerusi projek-projek infrastruktur bertaraf mega. Walaupun kita terpaksa menanggung sedikit kenaikan harga tambang, tapi ianya amat berbaloi baloi dengan perkhidmatan yang dijangka lebih selesa, disamping merupakan alternatif terbaik dalam keadaan harga minyak dan tol yang semakin meningkat.

Sebahagian besar pembayar cukai juga pastinya rasa gembira kerana begitu banyak pelepasan cukai diberikan. Maka, dengan adanya wang lebihan, bolehlah kita terus berbelanja demi menjana ekonomi negara. Dan jangan lupa, rajin-rajinlah menjenguk ibu dan bapa di kampung.

Cuba renungkan, walaupun negara kita dilanda dengan pelbagai masalah seperti kejatuhan harga minyak dunia, penurunan nilai ringgit, penurunan harga komoditi utama (seperti harga sawit dan getah) dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan oleh negara-negara rakan dagangan, ekonomi negara kita tetap diberitakan stabil. Kita juga masih lagi dapat hidup aman damai serta dapat menikmati kekayan hasil negara.
Dan di sebalik itu semua, masih ada lagikah yang menyatakan negara kita berada di ambang muflis?..:(

Sekian. Wassalam.
p/s: sekadar pendapat peribadi

Gambar : google









October 23, 2015

Mengingati Mati

Assalamualaikum

Mati.
Sesiapa pun tidak akan terlepas dari kematian. Setiap yang hidup pasti akan mati, termasuklah kita semua :(



Pernah terbaca tentang 'mengingati mati' dari Imam Ghazali, antaranya :

  • Ingat kepada rakan atau sahabat yang telah meninggal dunia. Mungkin umur mereka sebaya dengan kita atau penyakit mereka sama dengan kita. Malaikat Maut telah pun menjemput mereka, maka, bila pula giliran kita?
  • Ingat bagaimana cara mereka meninggal dunia. Ada yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, barah dan sebagainya. Adakah kita yang sihat hari ini akan sentiasa 'kebal' dari segala penyakit demikian. Ada juga yang meninggal dunia secara mengejut. Terselamatkan kita dari perkara-perkara sedemikian?
  • Ziarahi orang yang sedang sakit dan nazak. Kenangkanlah bagaimana keadaannya ketika menghadapi sakaratul maut. Moga ini juga akan mendatangkan keinsafan.

p/s : Al Fatihah untuk sabahat saya yang telah pulang ke Ramatullah semalam. Penyakit yang dikenal pasti adalah denggi berdarah. Moga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Takziah juga untuk keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang dan moga segala urusan dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google


October 21, 2015

Retak Seribu


Bila kaca retak seribu
Menunggu masa jatuh berderai
Andai pecah jua akhirnya
Tinggallah serpihan sebagai kenangan

Pecah kaca, pecah batu,
Sudah baca, komenlah kat bawah tu..:D

Gambar cermin kaca retak seribu ni, saya ambil kat dalam tren komuter.
Kunun-kunun rasa macam abstrak gitew (dari kaca mata tak seni Mak ni lah...haha)

Sekian. Wassalam.






October 20, 2015

Member Shaklee



Assalamualaikum

Bulan lepas saya telah pun mendaftar sebagai ahli Shaklee. Niat asal hanyalah untuk dimakan atau kegunaan sendiri dan ahli keluarga sahaja. Tapi mana tau kalau esok-esok nanti boleh jadi sumber pendapatan. Saya selalu baca tentang ramai orang telah pun berjaya dengan Shaklee.

Shaklee adalah produk kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semulajadi.
Apa-apa pun, saya rasa mengambil supplement (mengikut dose yang dicadangkan) itu penting untuk kesihatan. Lebih-lebih lagi dengan cara hidup yang sentiasa sibuk dan segala benda yang kita makan seharian, ditambah lagi dengan kualiti udara sekarang. Memang sangat penting untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Bukankah kesihatan itu satu anugerah dan mencegah lebih baik dari merawati.

Anda semua ada ambil supplement atau vitamin tambahan?

Sekian. Wassalam.

October 17, 2015

Happy Birthday White Barley

Assalamualaikum.



Pertengahan bulan Oktober 2015 sebenarnya adalah ulang tahun blog saya yang ke 2.
Kalau di 'benchmark' dengan umur manusia, umur 2 tahun dah boleh berjalan dan berlari, tapi masih tak laju. Kalau blog?

Bercerita tentang blog, tak adalah banyak progress sangat kalau dibandingkan dengan masa mula-mula berblogging. Follower dan daily traffic pun masih di tahap minimum.

Tapi, ada banyak perkara lain yang saya dapat belajar dengan berblogging. Saya dapat belajar buat blog sendiri, dapat belajar untuk suka suki tukar template, dapat menambahkan pengetahuan bila membuat artikel di blog sendiri dan membaca di entri di blog orang lain serta dapat bersilaturrahim dengan sahabat-sahabat di alam maya. Macam-macam ada kan......

Gambar kat atas tu, adalah gambar header di template lama.
Background putih dan gambar 'flower pot'....haha i like :)

Anyway, Happy Birthday White Barley. Semoga semangat berblogging itu tetap ada walau kadangkala perasaan malas itu memang menjadi penghalang. Semoga blog White Barley ini masih boleh bertahan.......

Itu aje nak cerita kali ini.

Salam hujung minggu dan semoga segala urusan kita semua dipermudahkan. Aamiin.




October 16, 2015

Factory Reset


Assalamualaikum

Entri ini tiada kaitan dengan kerja-kerja membuka sebuah kilang. Juga bukan tentang kisah Akak terjumpa dengan saudagar kaya yang mempunyai beberapa buah kilang.

Tapi, ianya hanya ingin menceritakan tentang handphone cap ayam Akak yang telah di 'factory reset' diatas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan. Ini adalah kejadian yang ke 2 untuk tahun ini. Mungkin handphone itu telah pun merajuk kerana isi muatannya terlalu banyak atau mungkin sistem anti virusnya telah 'luput tarikh'. 

Untuk 'berhijrah' kepada handphone baru, Akak tak ada budget lah pulak. Jadi, cubalah apa yang boleh supaya ianya dapat beroperasi seperti biasa. Tak boleh juga nak kutuk lebih-lebih, takut meragam lagi handphone ni karang.

Hasil daripada 'factory reset' ini, handphone Akak telah pun bersih dari segala ntah apa-apa yang selama ini suka suki di install. Namun begitu, segala data-data penting, gambar-gambar kenangan dan juga lagu-lagu pujaan turut hilang kecuali mana-mana yang sempat dibuat backup...:(

Tu aje nak cerita...

Sekian. 
Salam Jumaat dan semoga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin. 


Gambar: Google



October 13, 2015

Bunga Api dan Sambutan Maal Hijrah

Assalamualaikum

Alangkah meriahnya sambutan tahun baru masihi. Dengan percikan bunga api yang bewarna warni, letupan mercun yang berdentum dentam didahului dengan konset yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Sungguh meriah dan mengasyikkan.
Sangat berbeza dengan sambutan Maal Hijrah.


Sambutan maal hijrah dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli dengan bacaan doa awal tahun. Acara yang sangat sederhana serta doa yang penuh pengharapan dan penyerahan kepada Sang Pencipta.

Bila bermula tahun baru, pastinya usia semakin bertambah dan ajal juga semakin hampir. Menurut Abu Hurairah :
Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umur ku, semakin dekat ajal ku, semakin tipis waktu pengampunan Allah terhadap ku dan semakin dekat hari perhitungan ku.

Berbalik pada cerita bunga api. Sepatutnya memang tak perlu untuk sambutan sebegini dan yang sewaktu dengannya. Meriah memang meriah. Tapi, perlukan disorak andai ajal semakin mendekati?....:(

Hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Salam Maal Hijrah 1437.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat.
Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan serta maaf andai ada salah dan silap.


Sekian. Wassalam.
Gambar : google.


October 11, 2015

Japanese Cotton Cheese Cake

Assalamualaikum

Di sebabkan suka anak-anak suka sangat makan cheese, maka hari ini Mama dia orang buat operasi cheese cake.



Resipi cheese cake ini saya ambil dari blog Life is colorful. Resipi asal, sila lihat sini.
Saja nak tepek di blog picisan ini.  Esok-esok kalau teringin nak buat lagi, senang nak refer.

Bahannya tidak lah begitu susah nak cari. Tekniknya juga mudah, sebab orang yang tak pandai buat kek macam saya pun boleh faham dan ikut step by step.
Hasilnya?...
Alhamdulillah. Boleh dijadikan hidangan minum petang keluarga. Tapi boleh dicuba jaya lagi untuk memperbaiki apa yang kurang.

Jom tengok resipinya:

Bahan- bahan:
Bahan A
  • 250gm cream cheese
  • 50gm butter
  • 100 ml susu segar
  • 60gm tepung kek
  • 20gm tepung jagung
  • 6 biji kuning telur
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perahan lemon

Bahan B
  • 6 biji putih telur
  • 140gm gula (saya guna gula pasir biasa aje)
  • 3/4 sudu kecil perahan lemon
Ada efek golden brown siket..huhu

Cara-cara:
  • Untuk adunan A: Cairkan cream cheese, butter dan susu segar dengan teknik double boiler. Bila sudah cair, sejukkan adunan cream cheese ini.
  • Asingkan telur kuning dan telur putih. Seboleh-bolehnya, jangan termasuk sedikit pun telur kuning dalam mangkuk telur putih. Telur putih dimasukkan ke dalam mangkuk adunan yang lebih besar.
  • Satukan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon dalam mangkuk adunan. Kemudian, tuang adunan cream cheese dan gaul hingga sebati (guna senduk kayu atau sudu sahaja)
  • Untuk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Selepas itu, tambahkan gula dan pukul sampai bertanduk (soft peak). Sila pastikan ianya sampai bertanduk..kalau lama pun, tunggu aje lah. 
  • Campurkan adunan A ke dalam adunan B yang telah gebu. Kacau hingga sebati.
  • Bakar kek dalam oven selama 60 minit pada suhu 160c dengan cara au bain-marie (waterbath). Dalam bahasa yang lebih mudah, caranya adalah dengan menggunakan 2 loyang yang salah satunya mesti besar sedikit. Adunan kek dimasukkan ke dalam loyang yang lebih kecil. Manakala loyang yang lebih besar perlu dimasukkan air kurang separuh daripada isipadunya. Untuk kaedah lebih selamat (kot-kot lah takut air termasuk semasa proses pembakaran), bolehlah membalut loyang (yang berisi adunan) dengan aluminium foil.
  • Setelah masak, silalah sejukkan sebelum dipotong. Selepas itu, bolehlah di ngap untuk hidangan minum petang seisi keluarga.

Selamat mencuba.

Resipi-resipi kek lain:

Sekian. Wassalam.

October 10, 2015

Gossip Sang Buaya

Assalamualaikum

Entri ini bukanlah cerita tentang kisah buaya dan sang kancil yang mahu menyeberang sungai.
Jauh sekali untuk bercerita tentang spesis buaya darat..hoho :D


Sebenarnya saya baru saja 'mencuci mata' melihat iklan beg tangan (baca : handbag). Memang terang-lah biji mata bila melihat beg tangan serba mewah yang dibuat dari kulit buaya keluaran jenama terkenal. Chantik Mak Jahh!!!
Bab harga jangan ceritalah, kerana berada di luar jangkauan dan termasuk dalam kategori tidak mampu milik. Kalau sebuah beg tangan harganya melebihi RM50,000...kau addo??

Tapi, bukanlah suatu yang menghairankan kerana beg tangan yang sebegini (dan yang sewaktu dengannya) tetap mempunyai 'demand' dan 'market' nya yang tersendiri. Boleh laku kalau dijual jika kena pada 'target market' (baca: sasaran pasaran) yang betul.

Bukan sahaja beg tangan, tapi ada banyak lagi produk yang berasaskan kulit buaya seperti wallet, tali pinggang, card holder, tali jam tangan dan sebagainya yang mendapat tempat di pasaran.

Tapi, kalau semua dah sibuk cari kulit buaya, di mana pula nak cari buayanya?
Pernah suatu ketika dulu tersebar tentang kisah penganiayaan terhadap buaya yang diseksa serta disiat kulitnya. Mesti sakit kan :(....isk..iskk..rasa tak sampai hati pulak nak beli barangan kulit buaya.

Kalau biasanya seekor buaya membunuh atau memakan manusia, pastinya buaya tersebut akan ditangkap dan dibunuh juga. Tapi, bagaimana pula dengan buaya yang saban hari dibunuh untuk kepentingan manusia?

Walaupun ada program-program pemeliharaan dan pemuliharaan agar buaya yang ada tidak pupus, namun dengan adanya permintaan kulit buaya yang semakin tinggi, hidupan spesis ini tetap juga terancam.

Jangan pula sampai anak cucu kita nanti hanya dapat melihat replika buaya di muzium. Kesian kat kita dan kesian juga pada buaya.

Ibu yang sentiasa melindungi anak

Saya tak tahulah apa perasaan buaya sebab tak pernah jadi buaya. Tapi dia pun mesti sedih bila melihat anak cucu dia kena bunuh. Kalau dulu ada lagu 'Penyu Menangis' mungkin pula selepas ini ada lagu 'Air Mata Buaya' atau 'Buaya Menangis Siapa Yang Tahu'...huhu

Sekian. Wassalam.
Gambar: google


October 07, 2015

To Respect and To Love


Assalamualaikum

"Respect people who find time for you in their busy schedule, but love people who never look at their schedule when you need them"

"Hormatilah orang yang sanggup memperuntukan masa untuk kita disaat mereka sedang sibuk. Namun, sayangilah orang yang tidak pernah 'berkira' tentang masa yang mereka luangkan untuk kita di saat kita memerlukannya, tak kira di mana, pada bila masa"

Walaupun selalunya hari Rabu adalah ruangan tanpa kata, tapi sayang pulak nak biarkan ruangan ini kosong.

Pastinya kita akan menghargai sesiapa saja yang akan meluangkan masa untuk kita walaupun orang itu dalam keadaan sibuk. Contohnya berjumpa kawan, membuat appointment dengan orang penting atau mahu berjumpa sesiapa saja yang jadual hariannya sentiasa penuh.

Namun jangan pernah lupa juga pada orang yang tidak pernah 'berkira' dengan kita tentang 'masanya'.

Pastinya golongan ini harus lebih dihargai dan disayangi.
Bayangkan, dalam keadaan apa sekali pun, golongan ini sentiasa ada untuk membantu, menjadi peneman, memberi sokongan serta menjadi pendengar setia. Dan segalanya dilakukan dengan ikhlas, tanpa mengharap balasan dan tanpa syarat....


Sekian. Wassalam.

Gambar: google

October 05, 2015

Bila Petai, Tempe dan Tauhu Bersatu


Assalamualaikum
Entri ini ditaip sepenuhnya menggunakan handphone ketika menunggu kenderaan untuk ke Johor Bahru (JB).
Ada kerja yang perlu diselesaikan di negeri tercinta saya sampai hari Jumaat.
Sebab dah tersampai awal di klia dan dari duduk saja, baik buat satu entri.

Cari punya cari, jumpa pulak gambar sambal goreng ni. Menu semalam sebenarnya. Maklumlah, nak habiskan stok petai yang ada di dalam fridge. Kalau tak di makan, sayang. Maklumlah, petai mahal tau!

Kalau di kampung saya, masakan tu namanya sambal goreng. Kira antara menu wajib hari raya. Tapi, kalau tekak teringin, hari tak raya pun masak jugak. Bezanya, kalau menu raya, akak tak masukkan petai.

Eerrmmm...apa lagi nak cerita ehh..
Oklah, akak nanti akak up date lagi...errkk ada orang nak baca ke?...huhu

P/s : maaf, andai tak sempat nak bw. Maklum lah, kalau komen guna handphone, hasilnya double. Nanti saya singgah di blog kawan2 ya. Tq :)

Sekian. Wassalam.




October 04, 2015

Ketika Jerebu Di Bangi


Dalam terang ku lihat cahaya
Tapi kelam seluruh maya
Bukanlah kerana kabur di mata
Atau petanda hujan kan tiba

Ketika kabus mula berhimpun
Hati kecil ini terpegun
Ku fikir kenapa
Oh...JEREBU rupanya

Gambar-gambar Jerebu di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
Gambar diambil semalam @ 3 Oktober 2015 (sekitar 4 pm) menggunakan kamera handphone cap ayam saya.




Marilah kita berdoa, moga terhindar dari segala bahaya.
Semoga masalah jerebu ini cepat selesai dan segala urusan kita dipermudahkan.
Aamiin.



Sekian. Wassalam.


October 03, 2015

Tips Penjagaan Kaki


Kaki adalah salah satu anggota badan yang penting. Jadi, kenalah jaga elok-elok.

Berikut adalah beberapa tips untuk penjagaan kaki

  • Rajinkan lah diri untuk selalu membasuh kaki terutamanya dibahagian celah-celah jari. Setelah itu, keringkan dengan sempurna.
  • Sapukan pelembab setelah kaki dikeringkan.
  • Skrub-lah kaki anda untuk menghilangkan kotoran degil :)
  • Potong kuku kaki dengan sempurna. Seeloknya potong kuku selepas mandi dan cuba elakkan memotong kuku dalam keadaan kering kerana kuku mudah rosak atau patah. Setelah itu, kalau rajin, boleh kilatkan kuku kaki sekali. 
  • Pastikan pengaliran darah ke bahagian kaki sempurna. Luruskan kaki setelah duduk terlalu lama. Boleh juga berjalan sekali sekala untuk melancarkan aliran darah.
  • Sapukan losyen atau minyak zaitun sebelum tidur.
  • Gunakan stokin jenis kapas untuk mengekalkan kelembapan.
  • Pastikan anda menggunakan kasut yang sesuai dan selasa. Boleh baca tipsnya di sini.
  • Segera membuat rawatan sekiranya anda mengalami masalah tumit kaki kering atau pecah. Tipsanya ada di sini.
  • Jangan ambil mudah sekiranya anda mengalami sakit di tapak atau pergelangan kaki. Sila rujuk pada yang pakar.
  • Makanlah makanan yang berkhasiat serta vitamin tambahan untuk kulit dan kuku yang lebih sihat seperti timun, bawang putih, brokoli, ikan solomon dan sebagainya. Amalkan juga vitamin seperti A, C, D dan E kerana ia baik untuk kuku. (Segeralah order dengan rakan-rakan pengedar Shaklee anda :)).
  • Sekali sekala, boleh juga manjakan diri dengan merawat dan mengurut kaki anda di spa (ikut budget masing-masing)
  • Hindari dari amalan menggigit kuku kerana ianya boleh merosakkan kuku anda. (tapi ini untuk kuku tangan aje kot...ada ke orang gigit kuku kaki...huhu?)

Sekian. Wassalam.
Sumber: Pelbagai


October 02, 2015

Ada Apa Dengan 10 Sen?

Assalamualaikum

Ada apa dengan 10 sen?


Kalau dikaji, nilainya kecil. Cuba bandingkan dengan matawang negara lain.
 10 sen @ RM0.1 = $0.023 (USA)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Singapore)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Australia)
 10 sen @ RM0.1 = SAR0.085 (Arab Saudi)
 10 sen @ RM0.1 = IDR334.17 (Indonesia)

Atau kalau kita ke pasar dengan membawa hanya 10 sen. Apakah barangan yang dapat kita beli?..eerrrmm hampir tak ada kan.

Tapi, apakah kesannya jika harga minyak petrol naik 10 sen?
Mungkinkah ada berlaku kesan sampingan terhadap segala harga dan perkhidmatan (sebelum GST) yang ada di sekeliling kita?
  • Adakah harga teh tarik dan roti canai akan naik?
  • Adakah harga nasi lemak dan kopi o kegemaran saya akan naik?
  • Adakah harga ikan, ayam dan daging di pasar akan naik?
  • Adakah harga susu dan lampin pakai buang si kecil kita akan naik?
  • Adakah tambang bas sekolah anak-anak akan naik?
  • Adakah tambang kenderaan/ pengangkutan awam untuk kita berulang alik ke tempat kerja akan naik?
  • Adakah harga bag tangan (baca: handbag), kasut idaman dan make up berjenama pilihan saya akan naik...huhu?
Kalau nak disenaraikan semua nanti banyak sangat pulak.

Tapi itu semua hanya kemungkinan.
  • Boleh jadi, segala perancangan rapi tentang pengawalan dan pemantauan harga telah dibuat supaya kadar inflasi berada dalam keadaan terkawal. 
  • Boleh jadi, para peniaga pula telah pun diberi peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. 
  • Boleh jadi, esok lusa gaji kita semua akan naik supaya 'kuasa membeli' kita terus kekal terpelihara :)
  • Boleh jadi.....


Sekian. Wassalam.