October 31, 2015

Hormati Diri

Assalamualaikum


Kita dituntut untuk sentiasa menghormati ibu bapa, ahli keluarga, guru, rakan dan sebagainya. Namun, pernahkah anda terfikir yang kita juga harus menghormati diri kita sendiri?
Saya pernah terbaca satu artikel tentang apakah yang perlu dilakukan untuk menghargai dan menghormati diri. Antaranya:

  • Kenali diri kita sendiri. Semakin banyak kita tahu tentang diri kita contohnya tentang prinsip hidup, minat, bakat serta keunikan diri kita, pasti kita akan lebih menghargai diri. Boleh juga mencuba aktiviti-aktiviti baru, manalah tau kalau-kalau ada bakat terpendam.
  • Memaafkan diri sendiri. Kesilapan masa lampau kadang kala menghantui diri. Cubalah untuk memaafkan diri, belajar dari kesilapan lalu dan teruslah maju kehadapan (baca: move on).
  • Terimalah diri kita seadanya. Tidak kira apakah warna kulit, saiz dan bentuk badan serta bagaimana rupa paras kita, semuanya adalah anugerah. Semua orang ada kelebihan masing-masing dan kita patut bangga menjadi diri kita.
  • Berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan. Boleh juga dimulakan dengan perkara-perkara yang mudah dahulu contohnya membetulkan posture badan ketika duduk atau berjalan, senyum dan memikirkan perkara-perkara yang positif tentang kita.
  • Berfikiran positif. Cuba fikirkan yang baik-baik tentang diri anda dan apa yang ada di sekeliling anda. Bersyukur dengan apa yang kita ada.
  • Tidak membandingkan diri kita dengan orang lain. Tidak perlu rasa cemburu dengan apa yang orang lain ada. Jika perkara ini terus dilakukan, pastinya kita tidak akan merasa 'cukup'. Perjalanan hidup dan rezeki yang dianugerahkan kepada kita mungkin berbeza dengan orang lain. Kita adalah kita. 
  • Percaya dan yakin dengan pilihan kita. Hidup memang memerlukan kita untuk membuat keputusan. Jadi, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri tanpa perlu dipengaruhi oleh sesiapa. Meminta nasihat pada yang lebih berpengalaman itu perlu, tapi, terserah pada kita sendiri untuk membuat keputusan kerana kita lebih kenal diri kita dan kita lebih tahu apa yang kita mahukan dalam hidup.
  • Belajar untuk menghadapi kritikan. Jika kritikan itu adalah untuk kabaikan diri kita, terimalah dengan hati yang terbuka. Berusaha untuk membaikinya. Namun, jika kritikan itu datangnya dari mulut-mulut yang jahat dan dengki, 'campakkan' saja ke dasar laut. 
  • Hidup jangan dipengaruhi oleh orang lain. Kebahagiaan, ketenangan dan kebebasan hidup kita adalah ditentukan oleh diri kita sendiri. Tidak perlu 'mengabdikan hidup' hanya untuk membuat orang lain bangga. Jauhkan diri dari orang-orang bersifat negatif yang sentiasa cuba untuk memperkecilkan kebolehan kita, tidak tahu untuk menghormati serta sentiasa mempersoalkan apa yang kita buat. Hormatilah diri kita sendiri dan ingat, setiap kita juga mempunyai nilai dan harga diri.


"DON'T ASK WHY PEOPLE KEEP HURTING YOU. ASK YOURSELF, WHY YOU'RE ALLOWING THEM"



Sekian. Wassalam.












46 comments:

  1. hargai diri n teguhkan keyakinan diri...itu yg terbaik..diri kita hak kita sejati sayangi sesungguh hati,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diri kita hak kita...sekurang kurangnya hormati dan hargailah diri kita sendiri. Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. terima kasih atas peringatan, kak Fidah...motivasi pagi Sabtu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motivasi untuk diri akak juga sebenarnya :)

      Delete
  3. Ramai orang yang memang tiada hormat pada diri sendiri & sayangkan diri sendiri. Permulaan kita untuk di terima adalah kita yang kena terima diri kita seadanya dulu. Saya belajar untuk terima diri seadanya baru saya yakin nak buat apapun tanpa risaukan persepsi negatif orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Suria. Kalau kita yakin siapa diri kita, memang tak kan kisah tentang apa pun persepsi dari orang lain.

      Delete
  4. Replies
    1. Setuju...sentiasa sayangi dan hargai diri.

      Delete
  5. respect others so they will respect us ... agree? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..agree. What you give, you get back.
      Thanks :)

      Delete
  6. seharusnya kita menghargai diri kita sendiri terlebih dahulu.. percaya kita juga ada kelebihan.. terima kasih di atas perkongsian ini fidah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap orang pasti ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.
      Moga dengannya kita akan lebih meghargai apa yg kita ada.

      Delete
  7. dalam menjalani hidup memang ada norma norma yang harus kita jalani, salah satunya menghoemati dan saling dihormati, menghormati orang tua guru bahkan rekan, termasuk pada diri sendiri, nice info mbak, saya tunggu artikel selanjutnya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga saling hormat menghormati. Biar hidup aman bahagia.
      Thanks :)

      Delete
  8. Saya telah gagal menjalani beberap diantara hal di atas. huhuhu. terjebak keadaan yang terus berulang

    ReplyDelete
  9. keren kata2nya, tp sayangnya sulit banget diterapkan di diri kita sendiri, entah kenapa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya harus belajar hargai diri sendiri.
      Di saat orang tidak mahu menghargai kita, sekurang-kurangnya kita masih ada diri kita :)

      Delete
  10. Setelah tahu hargai diri pasti tak susah nak hargai orang lain juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Zumal. Belajar menghargai diri dan belajar menghargai apa yang ada di sekeliling kita, baru hidup bahagia...in shaa Allah.

      Delete
    2. @MM : Kalau seperti cerita Upin & Ipin katanya betul..betul..betul :D

      Delete
  11. sebenarnya diri kita ni byk kelebihan berbanding org lain ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kena kenal betul2 siapa kita.
      Tak kenal maka tak cinta gitew...hihi
      Thanks Vee :)

      Delete
    2. Banyak ek? Hehe... betul2 ^-^

      Delete
    3. Banyak Zumal...cer survey :D

      Delete
  12. Netul tu..fikir diri sendiri dulu..baru fikir org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 kita sampai terlupa betapa berharganya diri kita..:(
      Thanks Kak Yan

      Delete
  13. sayangi diri sendiri sebelum menyayangi org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sayangilah diri kita selalu.

      Delete
  14. menarik entry fidah ni... insyaAllah..belajar lah hormat diri sendiri dulu kan.. lepas tu kita pasti akan cuba menghormati org lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hormati diri..hargai diri dan sayangi diri.

      Delete
  15. kite sllu rsa tk yakin pastu cpt je nk compare diri dgn org len. lpastu nnt sndiri yg stress sorg2 huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri..peringatan utk diri saya juga.
      Thanks ya :)

      Delete
  16. kun anta..jadilah diri sendiri..

    ReplyDelete
  17. Macam senang kan FS nak mengenal diri sendiri ni.....tapi complicated jugaklah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam proses nak kenal diri ni...hihi
      Thanks okje :)

      Delete
  18. Selamat pgi fidah
    Kdg2 kita lebih suka kenal diri org lain dri diri kita señdiri kann

    ReplyDelete
  19. Mrs. Fidah kalau semua poin diatas sudah diterapkan pada diri sendiri insha Alloh orang lain juga akan menghargai kita atau menghormati :)

    ReplyDelete
  20. mencuba yg terbaik utk diri sendiri

    ReplyDelete
  21. Setuju sama poin2 di atas, bijak sekali. :')
    Mbak, saya baru pertama kali mampir ke sini dan ... adem ya di sini bacaannya. hehehe semoga bisa jadi teman.

    ReplyDelete
  22. dengan mengenal diri maka akan mengenal Tuhan Yang Maha Esa, demikian sebuah buku karangan El Sumi, maka dengan menghormati diri seperti cara yang dijabarkan diatas tentu kita dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Ta'alla

    ReplyDelete
  23. kenal diri sendiri, baru ada rasa bangga dengan diri sendiri...bukan untuk riak, tapi untuk rasa lebih menyayangi diri sendiri...

    ReplyDelete