March 31, 2014

Semoga Kita Berjumpa Lagi

Assalamualaikum..

Untuk anakku Muhammad Adli...
Kalau Adli ada bersama Mama...hari ini sudah genap usia Adli 8 tahun..
Tarikh 31 Mac....memang tarikh yang Mama tak akan dilupakan. 
31 Mac 2006 adalah tarikh hari lahir Adli..
dan pada hari yang sama juga Adli tinggalkan Mama, Ayah dan Abang Adham. 
Adli dikhabarkan lemas ketika dilahirkan di sebuah hospital di Bangi...

Adli,
Tidak banyak kenangan yang Mama boleh ceritakan ketika bersama Adli..
Masa untuk kita berjumpa, sangat singkat sebenarnya. 
Tapi percayalah...kenangan mengandungkan Adli selama 9 bulan 10 hari 
adalah antara kenangan yang terindah dalam hidup Mama...
Mama tidak ada rasa kesusahan pun ketika mangandungkan Adli

Adli,
Tidak ada satu hari pun yang berlalu tanpa Mama ingatkan Adli...
Mama ingat semua anak-anak Mama...
cuma Mama kesal kerana kita tidak dapat berjumpa lebih lama....
Mama masih ingat lagi, di waktu ibu-ibu lain merasa sangat gembira 
kerana dapat menatap wajah baby mereka..
Mama hanya dapat melihat sekujur tubuh anak Mama yang sudah kaku...
Sewaktu ibu-ibu lain sibuk menjaga dan menyusukan baby mereka, 
Mama hanya mampu mengunjungi pusara Adli....
Dan bila Mama melihat kanak-kanak lain pergi ke sekolah..
Mama cuma boleh bayangkan..
kalaulah Adli ada..mungkin Adli juga pergi sekolah bersama-sama Abang Adham 
dan juga kanak-kanak lain.
Perasaan sedih itu tetap ada dan masih terasa....hinggalah ke hari ini..
Namun..Mama dan Ayah sudah lama redha dengan pemergian Adli..

Adli,
Ustaz kata, baby yang meninggal sebelum baligh akan masuk syurga...
jadi, Mama patut bangga...sebab dapat mengandung dan melahirkan ahli syurga...
Apa-apa pun..Mama tahu..mati itu pasti..
dan Mama dan Ayah akan menyusul juga suatu hari nanti..
Dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali..

Harap-harap Adli akan menjadi 'saham' untuk kami...
Adli tolong Mama dan Ayah ya..kalau kami susah 'di sana' nanti....
Semoga anak Mama bahagia di sana dan semoga kita berjumpa lagi..



Al Fatihah...

Sekian..Wassalam..
Gambar : Google


March 29, 2014

Sarapan di Kopitiam

Assalamualaikum..

Hari ini saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk balik ke kampung suami...jadi pagi-pagi lagi sudah bersiap. Untuk memudahkan kerja, suami mengajak bersarapan di sebuah kopitiam berdekatan dengan tampat tinggal kami...excited jugak..sebab dah lama tak makan di situ..


Ok..straight to the point...saya nak komen pasal kopitiam tu...Saya ringkaskan di sini...

  • SERVICE : Perkhidmatan yang tidak cekap. Saya terpaksa mengambil sendiri menu...sebelum memanggil pelayan berkali kali untuk meminta 'borang pesanan'...Waktu untuk menunggu makanan sampai juga agak lama selain daripada ada pesanan yang tertinggal...maka terpaksalah menunggu lebih lama walau hanya meng 'order' nasi lemak kosong. Nak order nasi lemak sotong...dah habis katannya...
  • QUALITY : Rasa yang tidak 'seberapa'...Mungkin juga kerana saya pernah 'mencuba rasa' makanan di kedai-kedai makan atau kopitiam lain dan rasanya jauh lebih sedap. Presentation dan tahap kebersihan?...ok jugak lah...Kopitiam terkenal kannnn...
  • PRICE : Secara umum..pelanggan jarang komen pasal harga jika rasa makanan itu sedap dan perkhidmatan yang diberikan juga sangat cekap...kecualilah harga makanan tersebut tersangatlah mahal..Namun untuk kopitiam ini, harga makanan itu saya kategorikan sebagai agak mahal..dan tidak sepadan dengan kualiti rasa dan perkhidmatan yang diberikan...

And still thinking...what is the 'selling point' of this kopitiam???...eeemmm

Sekian..Wassalam..

March 23, 2014

e-filing

Assalamualaikum...

Di hari cuti hujung minggu ini saya berkesempatan untuk mengemaskini e-filing untuk cukai pendapatan (taksiran tahun 2013)...

Apa itu e-filing?
Ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara on-line.

Banyak kelebihannya kalau hantar awal.....Selain daripada sistem yang agak laju (sebab tak ramai orang masuk lagi agaknya), rebate pun akan dibayar awal....Kalau adalah..hehe

Berdasarkan pengalaman, apa yang penting untuk mengemaskini e-filing adalah:
  • Jangan lupa password atau kata laluannya..
  • Sila simpan segala resit pembelian buku, kos-kos perubatan, peralatan sukan, komputer dan yang sewaktu dengannya - untuk mendapatkan pelepasan cukai (tertakluk pada had yang diberikan)
  • Ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian juga digalakkan untuk mengambil insuran pendidikan & perubatan dan membuat caruman di SSPN - untuk mendapatkan pelepasan cukai juga (tertakluk kepada had yang diberikan)
  • Sekiranya ada membuat pembayaran zakat, sila simpan resitnya juga ya...
  • Dan jangan lupa..tarikh tutup penghantarannya adalah pada 30 April 2014 (untuk cukai taksiran individu)

Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini..Selamat Membayar Cukai

Wassalam.

Sumber gambar : google


March 21, 2014

Adakah Awak Kawan Saya?

Assalamualaikum...
Saya terjumpa pada beberapa quotations tentang kawan sejati di fb.



Mungkin itu jugalah lumrah kehidupan...seperti yang selalu disebut dalam pepatah lama.."kawan ketawa ramai..kawan menangis, belum tentu ada"

Apa-apa pun..just do our best to be a good friend..kalau tak dapat selesaikan masalahnya sekali pun...menjadi pendengar yang baik juga mungkin sudah mencukupi...

Tapi, jangan pulak terjadi salah sangka. Contohnya..kita ada masalah dan ingin berkongsi cerita dengan si A..Malangnya, si A tak mahu dengar pun masalah kita. Janganlah pulak 100% salahkan si A...
Mungkin si A sedang sibuk, atau si A percaya kita boleh selesaikan masalah sendiri atau mungkin juga... si A tak rasa pun kita ni kawan dia...hehe..salah orang rupanya..:D :D

Sekian. Wassalam..

Sumber gambar : fb

March 18, 2014

Demi Masa...

"Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian....
Melainkan yang beriman dan beramal soleh...
Dan nasihat menasihati...Supaya mentaati kebenaran...
Dan nasihat menasihati...Supaya menetapi kesabaran" 


Maaf...agak sibuk kebelakangan ini...tak begitu sempat nak berblogging..
Apa-apa pun...semoga kita sentiasa menghargai masa yang dipinjamkan kepada kita...

Teringat saya tentang kisah pertanyaan Imam Ghazali kepada anak muridnya..
"Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri China"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"

Jawapan Imam Ghazali "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu, jagalah hari ini, hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang baik serta dapat memberi manafaat kepada kita kelak"

Sekian. Wassalam.


March 03, 2014

Hujan Rahmat

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..hujan turun dengan lebat hari ini.
Memang menunggu kehadiran hujan, setelah sekian lama dirasakan cuaca begitu panas dan kering.

Semoga hujan ini memberi rahmat pada kita semua. Aamiin...



Sekian. Wassalam