August 31, 2016

Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum



In shaa Allah...hari ini saya dan suami akan berangkat ke tanah suci.

Saya memohon maaf kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris rasa.

Doakan semoga perjalanan kami selamat, dimudahkan segala urusan kami dan juga keluarga, diterima segala ibadah dan amalan serta mendapat haji yang mabrur...
Aamiin...

Untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat sahabat yang mendoakan, meraikan dan memberi apa juga jenis sumbangan, jutaan terima kasih saya dan keluarga ucapkan.
Moga doa dan sumbangan ikhlas anda semua akan dibalas dengan segala kebaikan dan semoga dimurahkan rezeki selalu..aamiin




Sekian. Wassalam.

#duyufrrahman
#haji2016

Minta maaf kalau masih tidak dapat membalas kunjungan... :(

August 30, 2016

Pink and Purple Collection

Assalamualaikum..

Masih tengah busy packing...
Alang-alang tu..ambiklah gambar ni, untuk kenang kenangan...

Bila tengok balik, banyak juga barang-barang Akak yang warna pink dan purple..

Meh nak tepek sini :)


And yang ni beg yang masih half way dikemas...

Yang warna hijau tu beg  Cik Abang :)


Tu aje nak hapdet...
Moga perjalanan dipermudahkan...aamiin


Sekian. Wassalam


August 24, 2016

August 21, 2016

Restoran Salt & Pepper, Bandar Baru Bangi

Assalamulaikum



Hari ini saya sekeluarga mencuba restoran baru.
Restoran Salt & Pepper namanya. Terletak di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, restoran ini menyediakan pelbagai menu pilihan termasuk makanan barat dan makanan timur (nasi serta beberapa lauk pilihan)

Komen saya:

MAKANAN: Masakannya sedap. Memang puas hati. Ada menu masakan barat seperti grilled salmon, spaghetti dan yang sewaktu dengannya. Ada juga disediakan set nasi dengan beberapa lauk pilihan. Set nasi dihidangkan bersama, ulam, budu dan sambal sebagai pemambah selera. Pencuci mulut termasuk waffle dan ais krim. Pelbagai jenis air juga ada di dalam menu :)



HARGA : Agak berpatutan, sesuai dengan konsep.



SERVICE: Cekap dan memuaskan. Penghantaran makanan agak cepat. Presentationnya juga cantik. Kesemua pekerja dan pelayan restoran juga cekap dan murah senyuman.

Itu saja komen saya.
Kira recommended la
Memang sesuai untuk makan bersama keluarga

Sekian. Wassalam.


Biru....Cantik Di Waktu Siang, Indah Di Waktu Malam

Assalamualaikum


Kenapa warna biru? Itu lah soalan saya pada Tenaga Pengajar Silat (Cekak Hanafi), ketika mendapat uniform (baca: pakaian rasmi ketika belajar silat) masa di kolej dulu.
Jawapan yang saya dapat daripada para senior masa tu adalah kerana "warna biru ini cantik di waktu siang dan indah di waktu malam"




Cantikkan warna biru?
Kalau tak percaya, pandanglah ke langit cerah di siang hari, pasti kita akan melihat indahnya warna biru.
Juga lihat nun jauh di laut sana. Pasti hati akan terasa damai dan tenang ketika melihat air laut yang biru.
Mungkin sebab itu juga ada orang mengakatan bahawa warna biru ini 'cool".

Warna biru melambangkan ketenangan, kedamaian dan harmoni. Ia juga lambang kejujuran dan kesetiaan.
Dikatakan warna biru dapat merangsang kemampuan untuk berkomunikasi, memberi kesan artistik dan juga simbol semangat yang mantap. Berdasarkan kajian, warna biru juga dapat meningkatkan konsentrasi.

Maka tidak hairan juga jika kebanyakan syarikat memilih warna biru sebagai warna korporat.

Peminat warna biru dikatakan sebagai seorang yang kreatif, open minded dan selalunya tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Anak mata warna biru?..hikss...pastinya bukan ahkak...

Apa pun, moga warna biru dapat membuat pandangan mata kita lebih segar dan menjadikan hidup kita lebih bermotivasi.

Sekian. Wassalam.
Sumber: pelbagai

Nota: Al Fatihah untuk Ustaz Hanafi Hj Ahmad, pengasas Silat Cekak Ustaz Hanafi yang telah kembali ke Rahmatullah pada 13 Ogos 1986.

Baca juga:
Segarnya Warna Hijau
Kenapa Perempuan Suka Pink?
Benarkah Putih Lambang kesucian?

August 11, 2016

Bila Kali Terakhir Kita Belajar Tentang Solat?


Assalamualaikum

Bilakah kali terakhir kita belajar tentang solat atau menyemak kembali bacaan solat?
Adakah masa sekolah rendah atau masa kecil dulu?



"Bacaan solat perlu dibetulkan, dibaiki dan ditambah (contohnya perkara-perkara sunat). Umur sudah semakin tua, adakah masih guna ilmu masa di sekolah rendah untuk solat kita hari ini?" - kata-kata dari seorang Ustaz

Jom sama-sama muhasabah diri.
*** Sekadar mengingatkan diri sendiri

Dan dirikanlah sholat, dan keluarkanlah zakat dan tunduklah / rukuk bersama-sama orang yang rukuk 


Sekian. Wassalam

Gambar: Google

August 07, 2016

Jawapan Dari Al Quran

Assalamualaikum

Nama pun manusia. Pastinya kadang kala dilanda masalah dan kebuntuan. Dan hati kecil akan selalu tertanya-tanya..."kenapa jadi begini?"..atau "kenapa takdirnya begitu?"


Apa pun yang berlaku, pastinya ada hikmah yang kadang kala tidak terduga. 

Kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik baik Perancang.
Andai kita kembali kepada Al Quran, pasti kita akan mendapat jawapan atas segala kegelisahan di hati.





KENAPA AKU DIUJI?
Al Quran menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?. Sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" - Al Ankabut 2 & 3

MEGAPA KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA MAHUKAN?
Al Quran menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi mu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" - Al Baqarah 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Al Quran menjawab: 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
 - Al Baqarah 286

KENAPA RASA KECIWA?
Al Quran menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" - Al Imran 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Al Quran menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (Kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang kyusuk dan tiada daya dan upaya kecuali atas pertolongan Allah" - Al Baqarah 45

BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK SANGGUP?
Al Quran menjawab:
"..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir" - Yusuf 12

KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?
Al Quran menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal" - At Taubah 129


dan mungkin juga ada banyak lagi pertanyaan pertanyaan lain yang ada difikiran kita, namun begitu, sudah pasti kesemuanya ada jawapan yang terbaik dari Sang Pencipta. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui tentang apa juga yang kita tidak ketahui.


Sekian. Wassalam.









August 02, 2016

Doa Malaikat Kepada Pendoa


Assalamualaikum

Dari Abi Darda, Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada seorang Muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan, melainkan malaikat akan mendoakannya pula "Dan bagi mu kebaikan yang sama" (Hadis Riwayat Muslim No : 4912)




Pengajaran:

  • Antara adab persaudaraan dan menjaga ukhwah sesama muslim adalah dengan mendoakan kebaikan kepada saudara atau sahabat kita
  • Mereka yang mendoakan saudara atau sahabatnya dikala berjauhan, malaikat juga akan mendoakan kebaikan yang sama untuknya
  • Doa seseorang kepada saudara atau sahabatnya dikala berjauhan tidak akan ditolak sebagaimana hadis Rasulullah SAW "Doa seseorang kepada saudaranya yang tidak ada disisinya tidak akan ditolak" (Hadis Riwayat Al-Bazzar : 500)


Marilah kita mendoakan kebaikan untuk saudara dan sahabat-sahabat kita. Moga kita akan didoakan dengan perkara yang baik juga. In shaa Allah

Artikel/Gambar : Sumber