December 29, 2015

Ada Berapa Dalam Sehari?

Assalamualaikum

Maaf, sudah beberapa hari tidak bersiaran. Sebenarnya masih sibuk mengemas rumah selepas berpindah. Di tambah lagi dengan cuti yang hanya tinggal sehari (yang saya akan habiskan pada 31 Disember nanti), tak dapatlah nak 'full time' mengemas rumah buat masa ni.


Berbalik pada tajuk. Ada berapa dalam sehari? Tajuk ini khusus untuk menceritakan tentang apakah pekerjaan atau jenis kerja yang kita lakukan dalam sehari.

Kalau saya, selain dari bekerja di pejabat (9 pagi hingga 6 petang), saya juga melakukan kerja-kerja lain. Adalah menjadi kebiasaan bagi seorang ibu untuk menjadi tukang masak, tukang cuci dan tukang kemas rumah. Selain itu, saya juga menjadi 'pengusaha kedai dobi' di rumah untuk melaksanakan tugas-tugas seperti mencuci, melipat dan menggosok pakaian. Kalau nak cerita, memang ada banyak kerja dan nasib baiklah saya mempunyai pembantu khas (suami dan anak-anak pastinya)...

Di samping itu, saya juga menjadi guru kepada anak-anak selain dari membantu mereka membuat kerja sekolah. Kadang-kadang saya juga menjadi pemandu (baca: driver) untuk menghantar mereka ke kelas tambahan atau ke kedai membeli jajan.

Itu belum lagi tugasan sebagai seorang isteri...

Kalau nak di kira hampir sepuluh jenis pekerjaan (aktiviti sebenarnya) yang harus dilakukan dalam sehari. Jam bekerja juga mestilah banyak kan

#bukan2kerja
#banyakkerja

Anda pula bagaimana? Ada berapa jenis pekerjaan yang dilakukan dalam sehari? :D

Sekian. Wassalam.

Gambar: google










December 25, 2015

Pindah


Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

Hari ini dengan rasminya kami akan berpindah rumah. Tidaklah begitu jauh kerana masih berada dalam mukim Bangi.

Tengok barang, nampak macam sikit, tapi rupa-rupanya berpikul pikul jugak.
Masa ni jugalah baru tau yang rupa-rupanya ada banyak pakaian yang 'tak terpakai', buku-buku yang belum sempat nak baca dan entah apa-apa barang dan khazanah lagi.
Dari semalam, segala tulang empat kerat telah pun digunakan untuk mengemas, membalut dan mengangkat barang :D

Moga segala proses berjalan dengan lancar dan diberikan kemudahan.
Tapi serius.... penat :( :(

Minta maaf juga kalau tak sempat ber bw dalam masa terdekat ni. Mak busy nak kemas rumah :)

Sekian. Wassalam.

Gambar: sumber.




December 24, 2015

De'Xandra Perfume : For Him and For Her


Assalamualaikum
De'Xandra inspired perfume.
Mungkin sudah lama ada di pasaran tapi saya baru tau kerana ada seorang kawan saya yang datang mempromosi.

Sebab kawan saya bagi harga 'offer' ...katanyalah, dapatlah saya beli dua. Satu untuk saya dan satu lagi untuk Cik Abang :) For him and for her gitew.
Selain daripada dapat berwangi-wangian, dapat juga support business member.

Bau perfume ni memang best, tahan lama dan boleh di bawa solat. Packagingnya pun cantik dan saiz botolnya pun sedang-sedang saja. Jadi sesuai juga kalau nak bawak pergi jalan-jalan.
Ada berbagai pilihan untuk lelaki dan perempuan. Harganya juga berpatutan.
Kalau nak cuba, silalah cari :)

Sekian. Wassalam.

p/s: Maaf kalau tak sempat lagi nak singgah di blog kawan-kawan. In shaa Allah, jika saya ada kesempatan, saya akan singgah nanti.



December 18, 2015

Sunyi


Assalamualaikum. 
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Malam ini terasa sunyi tanpa suara dan gelak ketawanya seperti biasa.

Moga anak saya, Afiq di berikan kesembuhan secepatnya dan segala urusan kami dipermudahkan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

1st pic : google

December 16, 2015

WW#5 Life

Assalamualaikum


"Life consists of two days, one for you and one against you. So 
when it's for you don't be proud or reckless, and when its
against you, be patient, for both days are test for you"



"The solution to every problem is in Sabar (patient) and
Istigfaar (seeking forgiveness)



"When Allah pushes you to the edge, trust Him fully 
because only two things can happen.
Either He will catch you or He will
make you learn how to fly"

Rabu tanpa kata, sepatutnya tiada kata-kata... :D
Moga segala urusan kita dipermudahkan. Aamiin

Sekian. Wassalam.

Pic : Google



December 13, 2015

Bolehkah Percaya Pada Horoskop?


Ramalan bintang Taurus hari ni: Anda akan memperolehi kesihatan yang baik. Tawaran kerja di tempat baru harus dipertimbangkan sewajarnya. Tentang asmara, Si dia sedang bersiap sedia dengan sejambak mawar merah dan sebentuk cincin berlian sebagai kejutan istimewa sewaktu makan malam hujung minggu ini.
Soalnya...Bolehkah kita percaya pada ramalan horoskop?

Saya pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa ramalan seperti ini boleh membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya adalah haram.

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, Rasulllah S.A.W telah bersabda:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum), maka dia telah mengambil sebahagian dari ilmu sihir dan setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan), maka bertambah pulalah ilmu sihirnya" - Hadith riwayat Abu Daud,Nasaie dan Ahmad

Imam Bukhari r.a telah meriwayatkan di dalam kitabnya : Allah telah menciptkan bintang-bintang untuk 3 perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai petunjuk arah. Maka, barang siapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari 3 perkara ini, ianya adalah salah.

"Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda kebesaran (Kami) pada orang-orang yang mengetahui" - Al Anam, 97

Kesimpulannya, mempelajari ilmu tentang bintang, astrologi atau ilmu falak adalah dituntut sekiranya ianya membawa kebaikan dan manafaat kepada manusia dan alam. Tetapi, sekiranya digunakan untuk tujuan meramal nasib, maka sudah jelas ianya salah dan harus dijauhi. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.

Baca juga:
Bintang di langit
Bintang Malam


Sumber: pelbagai


December 09, 2015

Quick Lunch


Assalamualaikum
Makan apa hari ni?...

Hari ini saya hanya sempat 'menapau' (baca: bungkus) makanan untuk sajian tengah hari sebelum memulakan semula kerja-kerja yang tertangguh.

Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan.

Aamiin.

Sekian. Wassalam.

December 04, 2015

Detachment

Assalamualaikum


"Detachment (from dunya) is not that you should own nothing...but that nothing should own you"

Mutiara kata yang amat indah - Lama juga saya mengambil masa 'mengoogle' untuk mencari maksud kata tersebut.  

Maksudnya, sekiranya kita 'mengasingkan' hati dari perkara-perkara dunia dan memilih jalan akhirat, bukanlah bermaksud kita tidak boleh memiliki apa-apa di dunia. Malahan, apa yang Allah kurniakan di dunia adalah untuk dinikmati dan disyukuri. 

Namun begitu, harus juga diingat tentang matlamat sebenar kehidupan. 
Kehidupan di dunia seharusnya dijadikan bekalan dan persediaan untuk menuju kehidupan yang lebih kekal di akhirat.

Jelas dinyatakan di sini
"Detachment is when the dunya remains in our hands - but not in our heart"...

Wallahu'alam. Sekian.

Gambar: google
Sumber: Pelbagai.







December 02, 2015

Tambang Komuter Naik


Assalamualaikum

Begitulah rupa tiket komuter yang saya dapat setelah membayar tambang komuter pagi tadi.

Seperti yang diumumkan, tambang komuter dinaikkan mulai 2 Disember 2015. Dengan itu tambang komuter saya untuk ke tempat kerja juga telah naik sebanyak 40.5% dari RM7.40 kepada RM10.40 (perjalanan 2 hala).

Inilah yang dinamakan 'Janji Ditepati' atau 'Memenuhi Janji'.

Sekian. Wassalam.