August 31, 2014

August 24, 2014

Drama Korea - BRAIN

Assalamualaikum

Alhamdulillah...agak kelapangan juga hujung minggu ni..sempat juga melayan hobi lama yang dah lama tak terlayan... menonton drama Korea. 
Saya berkesempatan untuk menonton drama 'BRAIN', sebuah drama yang ditayangkan di KBS World pada hujung tahun 2011. Sewaktu cuti raya tempoh hari, sempat juga saya mencari cd drama tersebut..so apa lagi..layanzzzz

Sebenarnya, saya mula  melayan drama-drama Korea semenjak 'jatuh cinta' pada cerita-cerita seperti Autumn in My Heart (2000), Winter Sonata (2002) dan 'Full House (2004) yang boleh dikatakan sangat popular suatu ketika dulu. Mungkin kerana cerita-cerita tersebut memang best, jadi minat untuk menonton drama Korea ini, datang dengan sendiri..Selepas itu, minat tu boleh dikatakan on-off...kalau sempat, layan...kalau tak sempat...memang tak tengok lah...Tapi, kalau dikumpul koleksi cd-cd yang ada, kira banyak jugak ..huhu

Kenapa saya suka menonton cerita 'BRAIN'?
Sebab ceritanya simple, mengenai sekumpulan doktor pakar (neurosurgeon) yang mempunyai pelbagai kerenah dan latarbelakang, watak heronya yang sombong tapi sangat terror dan cool (i like...hehe) dan lagu-lagunya yang best..
Antara lagu yang saya suka, bertajuk Solitude. Saya kongsikan liriknya (terjemahan ke Bahasa Inggeris) di sini....

My heart is a cold air
There are so many things that cannot be spoken
I'm just a stranger in front of you
I turn my head because it hurts

My poor love...that is full of scars
Even if it tries to hide, it's in the same spot
Along this road that is made out of your tears
I walk again alone

Since my world is distant every day
I can't look after the small heart
Step by step to my eternity
I walk alone in silence

That you are my last truth in me
I didn't expect you to know
Because your tears are my responsibility now
I swallow down my words again

My heart is a cold air
A stream flows to me
I'm just a stranger in front of you
I turn my head because it hurts

Gambar : google


Sekian. Salam Hujung Minggu
Wassalam




August 18, 2014

Lempeng dan Sambal Ikan Bilis

Assalamualaikum...

Nampaknya sudah lama saya tak menjengah di blog. Agak sibuk juga kebelakangan ini...dan ketika manaip entri ini..saya masih lagi berada di dalam komuter..

Entah kenapa, tiba-tiba teringat saya pada lempeng dan sambal ikan bilis yang saya makan malam semalam. Sempat juga diambil gambarnya sebelum di 'ngap' abih.


Mengapa lempeng and sambal ikan bilis ini begitu istimewa?
1. Kerana rasanya sedap sepanjang zaman
2. Kosnya yang murah dan menjimatkan
3. Penyediaannya ringkas dan mudah
4. Menjadi juadah yang istimewa terutamanya setelah terlalu banyak makan makanan-makanan berjenama hari raya contohnya lemang, rendang, lontong, mi kari dan yang sewaktu dengannya...huhu

Sebab itulah ianya menjadi pilihan keluarga saya semalam. Selain daripada itu, saya rasa anak-anak saya perlu juga diperkenalkan dengan pelbagai jenis juadah dan makanan melayu...baik yang simple mahu pun yang kompleks...disamping menikmati hasil 'air tangan' ibu mereka... :) :)

Ok. Itu sahaja cerita hari ini. Komuter pun sudah sampai ke destinasinya...bye.

Sekian. Wassalam.