February 28, 2014

Journey to Kundasang

Assalamualaikum...
Selama ini, saya hanya mendengar cerita sahaja tentang betapa cantiknya Kundasang. Tak sangka pulak hajat untuk ke sana telah tercapai..
Alhamdulillah..berjaya juga menjejakkan kaki ke sana pada hari Sabtu yang lalu.

Saya dan 3 orang rakan sekerja menyewa sebuah kereta, khas untuk ke sana. Kami bertolak lebih kurang jam 7.30 pagi..agak lewat juga kerana kalau di Sabah..siang nya cepat bah!!!

Perjalanan ke sana memang sangat menarik dan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat indah.

Here are some of the pictures of beautiful Kundasang....



Memang saya berhajat untuk ke Sabah lagi dan harapnya kunjungan yang akan datang dapat pergi bersama keluarga pula...

Sekian. Wassalam




February 25, 2014

Kasih Ibu

Assalamualaikum

Tarikh 25 Feb....satu tarikh yang menjadi ingatan kami sekeluarga...Masa arwah emak ada dulu...kami selalu meraikannya sekeluarga kerana tarikh hari ini adalah tarikh hari lahir arwah emak..

Semoga roh emak saya sentiasa dicucuri rahmat...Aamiin

Al Fatihah..



Minta maaf juga kerana lama sudah tidak update blog..agak sibuk sebenarnya akhir-akhir ni.

Sebenarnya, saya masih lagi
berada di Kota Kinabalu kerana urusan kerja. Pernah juga beberapa kali cuba update entri..tapi, malangnya line internet tidak mengizinkan.

Minta maaf juga kerana catatan di blog ini kadang kala agak peribadi..tapi..itulah sebenarnya blog saya...

Pada saya blog juga adalah tempat untuk menceritakan pengalaman dan kadang kala....mungkin juga tempat mencurahkan perasaan...hehe.

Sekian..Wassalam

Sumber gambar: Google