May 20, 2017

Nostalgia Kopi O Kampung Pengkalan Raja

Assalamualaikum

Kopi O Kampung 

Kopi bukan sebarang kopi
Kopi dari Pengkalan Raja
Kalau beli bungkus ikat tepi
Straw air jangan lupa :)

Kebetulan Abang saya balik ke Pontian dan singgah ke gerai ni. Dapatlah dia belanja gambar
..haha (sabar aje lah).

Kopi ni memang sedap. Masa kecik-kecik dulu selalu jugak pergi gerai ni.
Sebenarnya ada banyak kenangan saya dekat kampung Pengkalan Raja dan juga di Pekan Nanas, Pontian.




Berbalik pada cerita kopi O Kampung. Rasanya memang best. Asli. Rasa kopi sebenar.
Sesuai sangat kalau nak minum lepas makan nasi goreng macam kat gambar tu.

Kalau nak dapatkan kopi O Kampung ni, boleh contact nombor yang ada digambar atau datang saja ke gerai Za & Za. Lokasinya di jalan besar antara bandar Pontian ke Pekan Nanas


Gerai Za&Za, Kampung Pengkalan Raja


Selamat mengopi...
Sekian. Wassalam.




May 19, 2017

Amalan Sebelum Tidur

Assalamualaikum



Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali (R.A):
Wahai Ali, lakukan 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

  • Berikan sedekah 4000 dinar, kemudian tidurlah
  • Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah
  • Belilah suyrga, lalu tidurlah
  • Perbaikilah hubungan 2 orang yang sedang berselisih, kemudian kamu tidurlah
  • Tunaikan Haji, kemudian kamu tidurlah
Saidina Ali R.A pun menjawab " Ya Rasulullah, mana mungkin aku boleh melakukan semua itu?

Lalu Nabi Muhammad S.A.W pun menjawab:
  • 4 kali membaca Fatihah adalah sama dengan sedekah 4000 dinar
  • 3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al Quran
  • 3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dengan harga syurga
  • 10 kali bacaan 'Istighfar' adalah sama nilainya dengan menyambungkan silaturrahim dua orang yang sedang berselisih
  • 4 kali membaca 'Subhanallah, Alhamdulillah, La Ilaaha Ilallah, Allahu Akhbar' adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji
Lalu Saidina Ali R.A pun berkata "Ya Rasulullah SAW, kini aku akan menjalankan semua nasihat mu sebelum aku tidur"

Sekian. Wassalam

***perkongsian dari WA group***

May 17, 2017

May 14, 2017

Jalan-jalan Langkawi

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya ke Pulau Langkawi, Kedah kerana ada staff day di sana.

Memang dah lama tak pergi. Rasanya kali terakhir saya ke sana adalah pada tahun 2009. Dah lama kan...

Macam biasa, saya tak nak cerita panjang-panjang. Cuma nak tepek gambar aje.

Jom tengok gambar-gambar di Pulau Langkawi.

Blue sky, Tanjung Rhu, Langkawi

Siapa bilang pantai di Malaysia tak cantik. Pemandangan semasa perjalanan ke Telaga Harbour Marina, Langkawi

View from swimming pool, Adya Hotel, Kuah, Langkawi

Tanjung Rhu Beach, Langkawi

Tanjung Rhu, Langkawi

Tanjung Rhu, Langkawi

Telaga Harbour Marina, Langkawi

Telaga Harbour Marina, Langkawi

Sky, boat and bird @ Telaga Harbour Marina
Credit #euriicawong

Langkawi Island...view from the sky

Sunrise. View from Adya Hotel, Kuah, Langkawi

Sunset somewhere near Pantai Cenang, Langkawi

Sunset at Pantai Cenang, Langkawi
Credit #shikinrazali

Back to nature. On the way to Tanjung Rhu, Langkawi

Di air yang tenang. Jalan-jalan Langkawi

Telajak perahu boleh diundur. #Langkawi

Warna Alam.  #Langkawi

Kalau padi katakan padi. #Langkawi

Hari yang cerah

Masa untuk pulang





May 07, 2017

Ke Makam Bonda - Usman Awang


Ke Makam Bonda - Usman Awang

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

-Puisi: Usman Awang

Semoga Allah mengampunkan segala dosa ibu dan bapa saya...aamiin

Credit #sumber


Sekian. Wassalam.



May 05, 2017

We All Walk In Different Shoes

Enjoy the colors of life

Assalamualaikum
  • We all walk in different shoes (kita semua berjalan dengan kasut yang berbeza).

....and maybe sometimes, you just need a change

Nota kaki (baca : footnote)
Artikel ini tidak ada kaitan dengan akak-akak atau achik-ahcik yang berjalan tanpa henti (a.k.a. bershopping) dengan kasut masing-masing ketika waktu rehat panjang di hari Jumaat.

Juga tidak ada kaitan dengan lagu 'sepatu dari kulit rusa itu aku tak minta' yang agak popular di zaman 80an dulu.


Sekian.

Credit to #ikhti for the picture.


May 03, 2017

WW#17 Kuala Lumpur

Assalamualaikum.
Segmen "wordless wednesday'.
Jom tengok gambar-gambar di sekitar KL.

Dari Jauh Saja

Antara Dua
Credit farah nawwar bidin / ig #wajhah

Dedaun Masa

Ikhlas Tapi Jauh
Credit #ikhti


Sekadar Di Pinggiran

Senyumlah Kuala Lumpur

Mentari Merah Di Ufuk Timur


Sinaran

Tetamu Senja

Sekian. Wassalam.
#ahcikretro