May 24, 2017

Innisfree


Assalamualaikum.
Isnin minggu lepas saya berjalan-jalan di KLCC. Niat asal nak cari hadiah untuk cikgu-cikgu sempena hari guru di sekolah anak.
Tak sangka pulak boleh terjebak dengan kedai ni. Tapi pergi kedai ni bukan sebab nak beli hadiah cikgu ya... 

Nampak memang menarik, especially bila dilihat dari cermin :)
Innisfree product

Masa kat KLCC hari tu tak sempat nak beli sebab kesuntukan masa. Jadi, pada Jumaat lepas, saya telah selamat ke Sogo untuk misi mencari bedak.

Hasilnya???
Banyak pulak benda lain yang dapat.
Tapi kat sini macam-macam jenis make up dan skin care product ada. Harga pun agak berpatutan dan mampu milik.


Innisfree product. I love the powder and lipstick

Ini adalah barang-barang hasil tangkapan untuk 'site visit' di Sogo.
Tapi tak semua produk dalam gambar tu saya beli sebab banyak jugak dapat free gift dan produk-produk sample...best kan.


Innisfree mask and beautiful roses :)
Ini adalah mask. Gambar untuk packaging memang cun melecun.


Innisfree blusher section

Gambar ni diambil kat area make-up. Memang cantik dan ada banyak pilihan warna.

So apa lagi. Bolehlah pergi ke innisfree untuk cuba, test dan try. Mana tau lepas make up boleh jadi jelita macam Fazura :)

Apa-apa pun, terima kasih kerana membaca 'diary kecantikan' saya hari ini...(haha...sila lari ke toilet laju2 dan muntah hijau)

Sekian. Wassalam.




6 comments:

  1. mcm ala2 bodyshop laa pulak sy tgk ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la...tapi some items murah siket dari bodyshop...yg ni dari Korea..rasa ala2 kpop gitew...:D

      Delete
  2. Awak tau FS....dua dua tempat tu mmg jarang sangat saya jejak.

    So bedak saya, saya cuma guna brand yg senang jumpa hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya keja kat area2 sini..jadi dekat juga kalau nak buat 'site visit'...hihi

      Delete
  3. Nak try jugalah nanti.. eh :D :) :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers