<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Travel With Rayhar

April 30, 2017

Travel With Rayhar

Assalamualaikum

Sewaktu mengemas rumah semalam, saya terjumpa brosur ini.


Rupanya sudah lebih setahun brosur ini saya simpan. Teringat pulak pengalaman di tahun lalu. Pastinya bakal-bakal haji dan hajah yang telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun 2017 / 1438H sedang sibuk membuat persiapan.

Pada saya, pengalaman menunaikan haji adalah antara kenangan indah dalam hidup. Moga saya dan keluarga di beri peluang untuk ke tanah suci lagi...aamiin.

Maghrib di Masjid Al Haram
Masjid Nabawi. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Alhamdulillah, pada tahun lalu, saya dan suami diberi keizinan dan peluang untuk menunaikan fardu haji bersama Rayhar Travels Sdn Bhd.
Syukur Alhamdulillah kerana segala urusan dipermudahkan dan kami berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Penginapan/hotel
Di Mekah, jarak antara hotel dan masjid adalah bergantung pada hotel/pakej yang dipilih. Paling jauh dalam 300m jarak dari hotel ke Masjidil Haram. Perkhidmatan hotel adalah cekap dan baik. Di Madinah, semua jemaah ditempatkan dalam hotel yang sama (jarak dalam 50m dari hotel ke masjid).

Kenangan di Mira Ajyad

Cuma kadang-kadang lif ajelah yang menjadi masalah. Tapi yang rasa-rasa muda dan sihat boleh jugak nak panjat tangga kalau bilik berada di tingkat yang tak tinggi sangat.

Makanan.
Alhamdulillah. Kami dihidangkan dengan pelbagai masakan melayu. Waktu sarapan, dapatlah makan nasi lemak, mee hoon goreng, lontong dan yang sewaktu dengannya. Menu makan tengah hari dan malam juga adalah mengikut tekak melayu.

Suasana di dewan makan

Sesekali dalam seminggu, kami dihidangkan juga dengan nasi arab. Kalau nak bertukar selera, kedai menjual makanan arab pun dekat. Memang boleh naik berat badan berkilo kilo juga kalau tak control makan. Dah la semua masakan sedap-sedap :).

Panduan dan bimbingan.
Ini memang terbaik. Mutawif, Ustaz dan Ustazah sentiasa bersedia untuk memberi bimbingan dan menjawab pelbagai jenis pertanyaan daripada jemaah. Sewaktu tiba di Mekah, rombongan kami disambut sendiri oleh Pengarah Urusan Rayhar, Tuan Haji Harun, untuk diberikan taklimat dan pelbagai panduan.

Kaum wanita juga tidak perlu malu-malu nak bertanya tentang hal-hal yang berkaitan dengan wanita kerana ada Ustazah yang didatangkan khas untuk membantu...dan untuk ini, saya amat-amat berterima kasih pada Ustazah Fatimah.

Ustaz Rosli (Rayhar) sedang memberikan penerangan

Ceramah dan bimbingan (diketuai oleh Pengurus Besar Bimbingan Rayhar, Ustaz Rosli) sentiasa diberikan untuk panduan para jemaah. Hampir setiap waktu makan ada pengumuman, peringatan dan bimbingan yang diberikan oleh Ustaz (hotel tempat saya tinggal di ketuai oleh Ustaz Khalid bersama pembantunya Ustaz Kapten Muhaidi dan Haji Imran).

Selain daripada itu, antara perkara lain yang menarik adalah alunan merdu suara Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Ustaz Dzul) yang mengiringi perjalanan kami. Masih ingat lagi alunan Takbir Raya dan zikir yang dipimpin oleh Ustaz Dzul ketika mengiringi kami ke Kompleks Jamrah. Selawat yang dipimpin oleh Ustaz Dzul ketika kami melawat Masjid Nabawi juga adalah antara yang terbaik pernah saya dengar.

Hari 8 Hingga 13 Zulhijjah.
Ini adalah hari-hari yang paling kritikal ketika menunaikan fardu haji. Apa yang menarik tentang pakej Rayhar Travel, perjalannya berbeza sedikit dengan pekej-pakej lain.
Perjalanan kami dimulakan dengan:
  • Bermalam di Arafah (sebelum hari wukuf)
  • Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. 
Kenangan di Arafah
  • Sebelah malamnya bertolak ke Mudzalifah untuk bermalam dan mengutip batu (malam 9 Zulhijjah hingga ke awal pagi 10 Zulhijjah).
  • Bertolak ke Mekah untuk menunaikan ibadah tawaf dan saie (kebanyakan pakej meneruskan perjalanan ke Mina untuk melakukan ibadah melontar di jamrah dahulu, kemudian barulah menunaikan ibadah tawaf dan saie). Antara kenangan paling indah...saya berpeluang untuk berada di dalam Masjidil Haram ketika solat sunat Aidil Adha.
Suasana di pagi Aidil Adha
  • Selepas tu kami bercukur /bergunting 
  • Setelah berehat dan selepas menunaikan solat Asar (petang 10 Zulhijjah), kami bertolak ke Mina.
  • Pada malamnya, kami berarak bersama kumpulan ke kompleks Jamrah untuk melontar di Jamrah Kubra (Aqabah).
Khemah di Mina
  • Tengah malamnya / awal pagi di Mina (selepas melepasi beberapa jam/waktu mengikut syarat) kami diberi option untuk balik ke hotel di Mekah. Tapi harus kembali selepas Zohor pada keesokkan harinya (pada siapa yang nak. Bas disediakan tapi kena jalan jauh sedikit). Malam ke 2 dan ke 3, tiada option untuk balik ke Mekah. Semuanya harus bermalam di khemah di Mina.
  • Selepas menunaikan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah kami pulang ke Mekah pada 13 Zulhijjah. Tapi sebelum pulang, dapat singgah di Masjid Aqabah (antara masjid bersejarah yang penting dalam perkembangan Islam).
Perjalanan menuju ke Kompleks Jamrah

Kenangan di Kompleks Jamrah

Ustaz Dzul (Ustaz Dzulkarnain Hamzah) sedang bercerita tentang Masjid Aqabah

Itu saja komen dan pendapat saya tentang perkhidmatan/pakej haji Rayhar Travels Sdn Bhd.
Memang berpuas hati dan boleh di rekomen.





Moga dapat memberi maklumat kepada siapa-siapa yang sedang membuat pilihan tentang pakej haji (kalau bukan tahun ini, mungkin juga di tahun-tahun hadapan).

Sekian. Wassalam.

#rayhartravels
www.rayhar.com

**sebahagian gambar adalah ihsan dari wa group Mira Ajyad.




17 Ulasan:

Di 5/01/2017 09:17:00 PG, Anonymous Luthfi berkata...

Alhamdulillah dapat pegi ye...

 
Di 5/01/2017 09:59:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Alhamdulillah. Rezeki.

 
Di 5/01/2017 05:03:00 PTG, Blogger paridah berkata...

MEMORI INDAH DI TANAH SUCI MMG INGIN DIULANGI LAGI

 
Di 5/01/2017 06:00:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul Kak PI..antara kenangan paling best. Moga dapat ke sana lagi...aamiin

 
Di 5/01/2017 06:57:00 PTG, Blogger ikhti berkata...

Semoga kita semua dijemput lg olehNya ke sana lg..insyaAllah

 
Di 5/01/2017 07:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...moga dijemput lagi ke sana.
Thanks Ikhti :)

 
Di 5/02/2017 08:21:00 PG, Anonymous raihanah berkata...

semoga boleh saya ke sana juga satu hari nanti

 
Di 5/02/2017 08:22:00 PG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Assalamu'alaikum Fidah.. Nurul pun menyimpan keinginan kesana nanti. Seronok membaca pengalaman Fidah diatas tu.

 
Di 5/03/2017 08:04:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Subhanallah walhamdulillah... semoga dijemput ke sana lagi.. aamiin :)

 
Di 5/03/2017 08:25:00 PG, Blogger Nour Adieb berkata...

SubhanAllah, semoga sy dan family dapat ke Tanah Suci šŸ˜Š Ameeen

 
Di 5/03/2017 03:37:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Waalaikumsalam Nurul..
Moga kita smua dapat ke sana..aamiin
Memang best sangat.

 
Di 5/03/2017 03:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...moga dapat jemputan lagi ke sana..
Tq Khir

 
Di 5/03/2017 03:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..moga tercapai segala impian..
Moga dapat NA dan keluarga dapat ke tanah suci...aamiin

 
Di 5/03/2017 03:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...moga tercapai segala hajat
Tq raihanah

 
Di 5/19/2017 12:58:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

x kira apa2 agensi dpt panggilan Ilahi tu yg plg bermakna

 
Di 7/31/2017 02:21:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Alhamdulillah...

 
Di 2/20/2018 01:27:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum boleh saya tahu di mina berapa kejauhan khemah ke tempat melontar? insyaallah cadang untuk mengambil pakej rayhar juga

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama