April 09, 2017

Ikhlas


"IKHLAS IBARAT SEEKOR SEMUT HITAM, YANG BERJALAN DI ATAS BATU HITAM, 
DI MALAM YANG GELAP"


"Ikhlas adalah rahsia Allah dan seorang hamba. Rahsia ini tidak diketahui oleh Malaikat hingga ia tidak dapat mencatatnya, dan tidak pula diketahui oleh syaitan sehingga ia tidak dapat merosakkannya, serta tidak pula diketahui oleh hawa nafsu sehingga ia tidak boleh menyelewengkannya".

"Zikir itu bukan membilang-bilang tasbih. Zikir itu juga bukan laju atau lambat. Hakikat zikir itu adalah mengingati Allah. Memandang Allah. Hakikat zikir itu adalah yang memberi kesan pada hati"

"Janganlah mencari Allah ketika memerlukan jawapan. Tetapi carilah Allah ketika tahu Allah  lah jawapan yang diperlukan"

"Ketika kamu menyayangi seseorang tanpa syarat, tanpa sebab, kamu akan memahami kasih sayang Allah kepadamu tanpa syarat"

"Kehidupan ini adalah ketentuan dan kehendak Allah, maka, laluilah perjalanan di dunia ini atas kesedaran agar sentiasa redha terhadap kehendak dan ketentuan Allah"

"Barang siapa yang mengenal dirinya, maka ia akan sibuk memperbaiki dirinya tanpa mempedulikan cacat dan aib orang. Dan barangsiapa yang mengenal Allah, maka ia akan sibuk dengan Allah dan meninggalkan ajakan hawa nafsunya"

"Jika kamu membaca sesuatu dan tidak dapat memahaminya, atau hatimu tidak hadir ketika membacanya, maka, ulangilah lagi di waktu yang lain. Sebab setiap waktu memiliki rahsia yang berbeza"


Nota :
Catatan di atas adalah perkongsian terakhir seorang sahabat di group WA. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada hari Sabtu yang lalu.
Seorang lagi sahabat saya (dari zaman sekolah rendah) juga telah kembali ke Rahmatullah pada hari yang sama.
Al Fatihah untuk kedua-dua sahabat saya. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka dikalangan orang-orang yang beriman...aamiin.


31 comments:

  1. alfatihah kepada kedua2 sahabat. ikhlas satu perkara yang jarang ada zaman skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah..
      Betul tu..susah nak cari yang benar2 ikhkas zaman sekarang ni

      Delete
  2. Mungkin susah untuk mencari ikhlas sekarang walau pun masih ada.
    Al-Fatehah untuk kedua2 arwah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu WP..susah nak cari.
      Moga masih ada...

      Delete
  3. AL-FATEHAH UTK KEDUA ARWAH KWN FIDAH..IKHLAS RAHSIA HATI HNYA ALLAH YG KETAHUI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak PI..hanya Allah yang tahu

      Delete
  4. Risau juga kalau saya pergi tak akan kembali...

    amal tak cukup tetapi sangat mengharapkan rahmat Allah..

    In shaa Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang takut kalau pergi tanpa amalan yang cukup..
      Moga sentiasa dlm rahmat Nya

      Delete
    2. apa-apapun kuatkan usaha untuk amalan supaya lebih tenang

      Delete
  5. Sedihnya FS....alfatihah untuk kedua duanya..
    Sukalah entri ni... susahnya mencari ikhlas kecuali mereka yg mempunyai hati yg bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih sangat Mak..
      Kawan yang sorang tu selalu meriahkan WA group dengan segala perkongsiannya..

      Yang sorang lagi selalu hadir dalam setiap stauts saya di FB & Ig. Terasa sangat kehilangannya.. :'(

      Delete
    2. Alfatihah...
      Moga segala urusannya di sana dipermudahkan..

      Delete
  6. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
    semoga rohnya ditempatkan dikalangan
    org2 beriman amin
    Al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

      Delete
  7. Ikhlas ni tak ada kayu pengukur sebenarnya. Begitu juga tak sama jika dinilai dgn wang ringgit.

    Ikhlas ni tak kena bayar tapi kenapa ramai yg tak iklas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak cari keikhlasan sebenarnya especially di zaman sekarang ni

      Delete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiunnn. Takziah buat 2 sahabat akak. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

    Ikhlas tu memang perkara yang susah sangat nak dilakukan. aduii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al fatihah untuk 2 orang sahabat saya.
      Dah seminggu berlalu..

      Delete
  9. innalillahi wainna ilaihi raajiun... salam takziah utk sahabat akk tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga2 mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman
      Thanks anies

      Delete
  10. salam kenal.
    ikhlas memang sgt penting.
    bila ikhlas baru apa saja yang kita buat, pasti puas.
    dalam hal menulis di sini pun kena ikhlas kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...
      Tapi bukan senang untuk mencari ikhlas
      Terima kasih sudi ke sini

      Delete
  11. Innalillahiwainaillahirojiun..AlFatihah buat kedua2 sahabat Cik Fidah...semoga mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  12. Al-Fatihah. Takziah buat 2 sahabat akak. Semoga roh nya ditempatkan dikalangan
    orang-orang yang beriman. Amin

    ReplyDelete
  13. إنا لله وإنا إليه راجعون... salam takziah. AlFatihah

    ReplyDelete
  14. Semoga kedua2nya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah.. aamiin.

    ReplyDelete