January 30, 2016

Sanggup Mati Kerana Cinta

Assalamualaikum

Di zaman ini mungkin sukar untuk menemui kisah cinta sejati seperti Romeo dan Juliet, Laila dan Majnun atau Uda dan Dara.
Kalau ada pun, mungkin tak sampai tahap sanggup mati.

Berlainan pula ceritanya dengan ayam. Ayam telah membuktikan yang ia sanggup mati kerana pencintanya. Tak percaya?

"Chicken is better than that chick who said she will die for you. Chicken actually died for you. Chicken is true love"

Jangan marah arr :D

Baca juga resipi nasi carrot dan ayam masak merah.
dan Ayam Penyet Wong Solo

Sekian. Wassalam.

Gambar: FB

January 29, 2016

ASB dan Tabung Haji - Di Mana Orang Melayu Simpan Duit?

Assalamualaikum

10 tahun dulu boss saya pernah bertanya kenapa tak ramai orang Melayu yang simpan duit dalam fixed deposit (FD) account?.
Padahal pada masa itu sudah banyak produk akaun simpanan yang patuh Shariah di tawarkan oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam. Mengapa akaun simpanan yang sebegini (kadar keuntungannya dalam 2% ke 4% bergantung pada maturity period) masih tidak dapat menarik minat orang Melayu atau orang Islam?



Jawapan saya pada masa itu mungkin kerana orang Melayu lebih suka simpan duit dalam ASB (amanah saham bumiputera) atau mana-mana amanah saham yang lain. Mana tidaknya, ASB menjanjikan dividend sehingga 8%. Selain daripada itu, akaun Tabung Haji juga menjadi pilihan. Selaras dengan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan fardu haji dengan simpanan tanpa riba', institusi ini menawarkan pulangan
yang agak tinggi (sekitar 5% setelah ditolak zakat - pada masa itu).

Antara sebab lain adalah kerana prosesnya lebih mudah. Simpanan boleh dibuat melalui bank-bank yang menjadi agen atau boleh juga dibuat melalui potongan gaji. Lagipun, pendeposit tidak perlu untuk sentiasa mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran semasa bagi memastikan pelaburan atau simpanan mereka selamat dan memberi keuntungan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan (in Shaa Allah). Maka tidak hairanlah mengapa melabur di ASB dan menyimpan di Tabung Haji tetap menjadi pilihan dan berada di hati orang Melayu dari dulu.

Tapi sekarang? Komen susah..tak komen pun susah :(

Semoga ASB dan Tabung Haji tetap akan meningkatkan prestasi dan integritinya sebagai institusi yang menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan orang-orang Melayu.

Sekian. Wassalam.





January 28, 2016

Tutup Sebelah Mata


Ada seorang suami bercerita, dia bertanya pada isterinya "Jika nampak abang jalan dengan perempuan lain, macam mana?"

Isteri dia jawab "Saya akan tutup sebelah mata dan akan tengok dengan mata sebelah lagi"

Suaminya berkata "Amboi..sportingnya isteri saya"

Tidak lama kemudian...isterinya hantar gambar ini..



Haha...sekian :)

Wassalam.

Sumber/gambar : FB, google

January 24, 2016

Masih Adakah Bantuan Biasiswa?

Assalamualaikum.

Bila keadaan ekonomi semakin meruncing, apa-apa pun boleh terjadi.
Memang kita tidak boleh jangka apa yang akan berlaku di masa hadapan.



Bila bercerita tentang kos pendidikan anak, memang sudah menjadi semakin mahal. Ketika membayar yuran sekolah (tadika) dan membeli barang keperluan sekolah (tingkatan 1) anak-anak saya sebelum buka sekolah tempoh hari, terasa jugaklah. Itu belum lagi kos untuk belajar diperingkat lebih tinggi.

Kalau dulu, bantuan biasiswa ada disediakan bagi pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran, namun, untuk beberapa ketika atau beberapa tahun nanti, tak tau lah macam mana.

Terkejut juga baru-baru ini bila mendengar khabar tentang JPA hendak memberhentikan bantuan biasiswa kepada para pelajar. Mujur berita itu dikatakan tidak tepat dan pihak kerajaan sedang mengkaji tindakkan terbaik yang harus dilakukan...mudah-mudahan....

Di zaman saya belajar dulu, masih ada lagi alternatif mencari pihak penaja atau bantuan biasiswa dari syarikat-syarikat gergasi atau nama-nama besar seperti Pertonas, Shell, Telekom dan sebagainya. Tapi, untuk beberapa ketika nanti, masih adakah lagi bantuan biasiswa seperti ini?

Selain dari berdoa dan berharap agar bantuan kewangan untuk pendidikan tetap ada dan diteruskan, pilihan lain yang tinggal ialah membuat tabungan. Ibu bapa haruslah menyimpan wang dan terus menyimpan. $$$$$$
Kalau yang berkemampuan, boleh juga membuat/membeli pelan insuran pendidikan untuk anak. Tapi, kalau yang tidak berkemampuan...entah bagaimana lah agaknya :(



Kasihan bila mengenangkan generasi akan datang. Moga peluang untuk mendapat bantuan kewangan (untuk belajar ke peringkat tertinggi) tetap ada, terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana (low to middle income group). Namun begitu, pasti kos perbelanjaannya akan terus meningkat (mengambil kira faktor inflasi dan entah apa lagi jenis perbelanjaan di masa hadapan). Dengan yuran pelajaran, kos tempat tinggal, belanja makanan dan sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain seperti buku, komputer, bahan-bahan untuk projek/kertas kerja serta macam-macam lagi. Nak komen lebih-lebih pun...eeerrmmmmm

Moga segalanya akan dipermudahkan...

Sekian. Wassalam.

Gambar: google & FB




January 20, 2016

Islam Dan Persepsi


Assalamualaikum

Perasaan tidak peduli pada sekeliling juga akan menjadikan tiadanya perasaan timbang rasa. Apa lagi kalau ianya berlaku di kalangan umat Islam. Yang lebih teruk, ianya akan menimbulkan persepsi yang buruk kepada orang bukan Islam tentang umat Islam. 

Antara contoh-contoh kecil yang biasa kita lihat.

Situasi 1
Seorang ibu yang sedang sarat mengandung menaiki LRT. Kerana begitu banyaknya penumpang, ibu tersebut terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk. Ada beberapa orang wanita bertudung sedang duduk bermain handphone dan sekali sekala melihat ibu mengandung yang sedang berdiri tadi dengan perasaan tidak peduli. Ada juga beberapa orang lelaki melayu (mungkin juga beragama Islam) sedang berpura-pura tidur bila melihat ibu mengandung tadi berdiri. 

Situasi 2
Ketika sedang memandu kereta dan 'beratur' untuk memasuki jalan simpang kecil, kelihatan sebuah kereta yang dipandu dengan laju tiba-tiba memotong barisan (Q). Di belakang cermin kereta tersebut juga terlihat begitu banyak ayat-ayat kalimah suci. Pemandunya juga kelihatan bersongkok aji kemas.

Situasi 3
Di sebuah pejabat, satu mesyuarat (baca: meeting) sedang berlangsung. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh seorang ketua yang sangat dihormati kerana 'alimnya'. Ahli mesyuarat juga terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Kerana begitu banyak agenda yang perlu dibincangkan, meeting itu telah berlangsung dari pukul 3 petang hingga ke pukul 7.30 malam. Ketika waktu sudah hampir ke senja, ada ahli mesyuarat yang mencadangkan supaya mesyuarat tersebut diberhentikan sebentar untuk membolehkannya dan ahli mesyuarat yang lain bersolat Asar, namun permintaannya tidak diendahkan.

Begitulah antara beberapa situasi yang kita dapat lihat dan mungkin dianggap biasa. 
Semoga kita menjadi orang yang perihatin pada keadaan sekeliling, mempunyai sikap timbang rasa serta memberi gambaran yang baik tentang Islam yang sebenar.
Wallahu'alam.

Sekian. Wassalam.



January 18, 2016

TIGA LALAT CALENDAR GIVEAWAY

 Klik banner untuk join

Ada apa dengan gambar?


Gambar tersimpan seribu erti
Ada bakat dan kreativiti
Juga membawa expresi diri
Itulah uniknya seni fotografi

Langit biru menjadi saksi
Indahnya lampu di malam hari
Berposing sakan di KLCC
Tengok Dilwale balik JB

Hulk hijau di buat teman
Kebaya nyonya jadi pilihan
Ke Universal Studio berjalan-jalan
Moga entri ini menjadi pilihan

Harap-harap, menang lah yea :D





January 13, 2016

Dialek Johor

Assalamualaikum

Walaupun 'bahasa' yang di gunakan oleh orang Johor bunyinya macam Bahasa Melayu standard, sebenarnya ada slang atau dialeknya yang tersendiri.


Dan...biasanya saya akan rasa teruja bila dapat bercakap slang atau dialek Johor (terutamanya kalau jumpa orang Johor di luar tanah jajahan Johor) sebab kat rumah dan kat opis kan Mak cakap macam orang KL...:D

Ini yang buat rasa rindu kat kampung halaman.

Sekian. Wassalam.

January 10, 2016

Mawar Tepi Jendela


Assalamualaikum

Inilah aktiviti Akak pagi ni...beriya beli beberapa pokok bunga mawar untuk diletakkan di tepi tingkap bilik.
Moga rupa paras dan aromanya akan menyerikan bilik ini.
Yang paling penting, moga pokok ini membesar dengan sihat dan panjang umur...aamiin.

Sebenarnya, saya masih mencari pokok bunga mawar berwarna merah dan putih yang saiznya lebih kurang macam yang ada kat gambar tu. Kalau dapat yang warna unggu (baca : purple) lagi baik. Mak cik penjual bunga tu tadi kata, ada bunga mawar warna purple, tapi sebab dia ada 1 pokok aje, dia tak jual.

Ok. Itu saja update hari ini.
Wassalam.


January 08, 2016

Bukan Kentang Biasa

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Semalam, kami mencuba pula kentang unggu sebenar (baca: real purple potato).

Seperti salted sweet potato, kentang unggu ini juga diberikan perisa garam. Cuma saya terfikir, kalau dicampurkan dengan perisa-perisa lain mungkin juga menarik. Contohnya kari, tomyam, cili hijau, cheese, BBQ dan sebagainya.. :)

Rupa paras dan packaging nya memang cantik - mungkin juga salah satu tarikan untuk produk ini.

Sekian. Wassalam.



January 07, 2016

Manis Atau Masin?

Assalamualaikum
Salted sweet potato. Apakah rasanya.
Masin atau manis?


Ia adalah sejenis makanan ringan yang dibeli oleh anak saya di kedai runcit berdekatan dengan rumah kami.
Apa pun, rasanya memang sedap dan telah pun selamat dimakan oleh kami sekeluarga.

Harganya pun boleh tahan. Maklumlah, nama pun glamer...salted sweet potato. Cuba letak nama kerepek ubi atau keledek masin. Mesti harganya mungkin tak semahal yang ini..(Mak rasalah).
Moral of the story, nama juga memainkan peranan penting untuk mempromosikan sesuatu produk. Tak gitu?

Okay..itu saja nak cerita.
Sekian. Wassalam.

January 01, 2016

Wayar Bumi

Assalamualaikum

Apa itu wayar bumi (earth)?
Wayar bumi adalah wayar yang disambungkan ke bumi bagi mencegah dari berlakunya kejutan elektrik. Dengan kata lain, sambungan wayar ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan bagi melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan arus elektrik ke bumi.
Wayar bumi ini berwarna hijau atau hijau berjalur kuning.


Kisah bermula semalam, apabila menyedari water heater yang di pasang di bilik mandi anak saya tidak mempunyai wayar berwarna hijau.

Saya bukanlah seorang kontraktor, electrical engineer mahupun wireman. Tapi, berdasarkan pelajaran yang saya dapat dari kelas sains dan juga mata pelajaran kemahiran hidup semasa tingkatan 3 di sekolah dulu, saya tahu wayar ini sangat penting.


Ini yang buat akak rasa nak 'libas' kontraktor yang buat renovation rumah hari itu. Kalau ya pun nak untung banyak dan buat kerja cepat, janganlah sampai mengabaikan keselamatan orang lain.
Itu baru wayar untuk water heater, belum lagi pendawaian elekrtik lain yang telah dibuat hari tu.

Kontraktor tu di pilih pun atas alasan nak support business orang melayu. Usahawan bumiputera katanya. Sedih pun ada.
Kalau rasa tak dapat nak buat kerja secara professional sebagai seorang kontraktor, fikirkanlah tentang keselamatan saya dan keluarga.
Dan...kalau itu pun dia tak boleh nak consider, sekurang-kurangnya jalankanlah amanah sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang Islam yang lain.
After all, saya dah bayar segala kos mengikut perjanjian yang ditetapkan (kecuali beberapa % terakhir) - mula-mula rasa nak settlekan semua. Tapi, bila dah jadi macam ni, terpaksa juga tangguhkan last payment sampai semua kerja selesai.

Tu aje cerita akak hari ni.
Dan...hati masih risau tentang pendawaian elektrik yang ditambah semasa renovation hari tu dan dinding mana lagi lah nak kena tebuk untuk 'pembetulan' wayar-wayar yang telah dipasang....aduhai

Sekian. Wassalam.