<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: ASB dan Tabung Haji - Di Mana Orang Melayu Simpan Duit?

Januari 29, 2016

ASB dan Tabung Haji - Di Mana Orang Melayu Simpan Duit?

Assalamualaikum

10 tahun dulu boss saya pernah bertanya kenapa tak ramai orang Melayu yang simpan duit dalam fixed deposit (FD) account?.
Padahal pada masa itu sudah banyak produk akaun simpanan yang patuh Shariah di tawarkan oleh bank-bank yang berkonsepkan Islam. Mengapa akaun simpanan yang sebegini (kadar keuntungannya dalam 2% ke 4% bergantung pada maturity period) masih tidak dapat menarik minat orang Melayu atau orang Islam?



Jawapan saya pada masa itu mungkin kerana orang Melayu lebih suka simpan duit dalam ASB (amanah saham bumiputera) atau mana-mana amanah saham yang lain. Mana tidaknya, ASB menjanjikan dividend sehingga 8%. Selain daripada itu, akaun Tabung Haji juga menjadi pilihan. Selaras dengan penubuhannya untuk membantu umat Islam menunaikan fardu haji dengan simpanan tanpa riba', institusi ini menawarkan pulangan
yang agak tinggi (sekitar 5% setelah ditolak zakat - pada masa itu).

Antara sebab lain adalah kerana prosesnya lebih mudah. Simpanan boleh dibuat melalui bank-bank yang menjadi agen atau boleh juga dibuat melalui potongan gaji. Lagipun, pendeposit tidak perlu untuk sentiasa mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran semasa bagi memastikan pelaburan atau simpanan mereka selamat dan memberi keuntungan kerana semuanya dijamin oleh kerajaan (in Shaa Allah). Maka tidak hairanlah mengapa melabur di ASB dan menyimpan di Tabung Haji tetap menjadi pilihan dan berada di hati orang Melayu dari dulu.

Tapi sekarang? Komen susah..tak komen pun susah :(

Semoga ASB dan Tabung Haji tetap akan meningkatkan prestasi dan integritinya sebagai institusi yang menjadi pilihan serta mendapat kepercayaan orang-orang Melayu.

Sekian. Wassalam.





Label: ,

12 Ulasan:

Di 1/29/2016 10:04:00 PTG, Blogger paridah berkata...

nampak kedua-dua badan kewangan yg dipercayai org Melayu la ni bermasalah pula ya..ntahlah fidah

 
Di 1/29/2016 11:39:00 PTG, Blogger Mang Lembu berkata...

dengan niatan yang suci ingin menjadi haji, tabungan di ASB atau dimanapun semoga berkah

 
Di 1/30/2016 01:41:00 PG, Blogger nohas berkata...

kesian org Melayu..hadis Rasulullah itu benar mgenai 15 tanda malapetaka akan brlaku...

 
Di 1/30/2016 07:13:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Harap semuanya nanti akan terus diperbaiki dan mendapat kepercayaan semula.

 
Di 1/30/2016 07:15:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga segalanya beroleh keberkahan dan akan dilindungi dari segala unsur-unsur yang tidak baik.

 
Di 1/30/2016 07:19:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sedih...dan hampir kesemua orang melayu adalah beragama Islam

 
Di 1/30/2016 10:45:00 PG, Blogger Unknown berkata...

ASB dan tabungan haji semoga keduanya bisa menjadi kercayaan semua umat dan di berkahi :)

 
Di 1/30/2016 09:40:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ya...moga semuanya beroleh keberkatan..aamiin

 
Di 1/31/2016 08:46:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Dulu ada Bank Bumiputera... skrng dah tak de...

 
Di 1/31/2016 08:47:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Aamiin Wida.. :)

 
Di 2/14/2016 11:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tau tak pe :)

 
Di 2/14/2016 11:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin.. :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama