<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Wayar Bumi

Januari 01, 2016

Wayar Bumi

Assalamualaikum

Apa itu wayar bumi (earth)?
Wayar bumi adalah wayar yang disambungkan ke bumi bagi mencegah dari berlakunya kejutan elektrik. Dengan kata lain, sambungan wayar ke bumi dilakukan atas sebab keselamatan bagi melindungi pengguna daripada kebocoran arus elektrik dengan menyediakan satu laluan arus elektrik ke bumi.
Wayar bumi ini berwarna hijau atau hijau berjalur kuning.


Kisah bermula semalam, apabila menyedari water heater yang di pasang di bilik mandi anak saya tidak mempunyai wayar berwarna hijau.

Saya bukanlah seorang kontraktor, electrical engineer mahupun wireman. Tapi, berdasarkan pelajaran yang saya dapat dari kelas sains dan juga mata pelajaran kemahiran hidup semasa tingkatan 3 di sekolah dulu, saya tahu wayar ini sangat penting.


Ini yang buat akak rasa nak 'libas' kontraktor yang buat renovation rumah hari itu. Kalau ya pun nak untung banyak dan buat kerja cepat, janganlah sampai mengabaikan keselamatan orang lain.
Itu baru wayar untuk water heater, belum lagi pendawaian elekrtik lain yang telah dibuat hari tu.

Kontraktor tu di pilih pun atas alasan nak support business orang melayu. Usahawan bumiputera katanya. Sedih pun ada.
Kalau rasa tak dapat nak buat kerja secara professional sebagai seorang kontraktor, fikirkanlah tentang keselamatan saya dan keluarga.
Dan...kalau itu pun dia tak boleh nak consider, sekurang-kurangnya jalankanlah amanah sebagai seorang Islam yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan orang Islam yang lain.
After all, saya dah bayar segala kos mengikut perjanjian yang ditetapkan (kecuali beberapa % terakhir) - mula-mula rasa nak settlekan semua. Tapi, bila dah jadi macam ni, terpaksa juga tangguhkan last payment sampai semua kerja selesai.

Tu aje cerita akak hari ni.
Dan...hati masih risau tentang pendawaian elektrik yang ditambah semasa renovation hari tu dan dinding mana lagi lah nak kena tebuk untuk 'pembetulan' wayar-wayar yang telah dipasang....aduhai

Sekian. Wassalam.




Label: ,

22 Ulasan:

Di 1/01/2016 07:49:00 PTG, Blogger iryantyismail berkata...

wayar bumi memang penting....untuk setiap rumah..

 
Di 1/01/2016 10:17:00 PTG, Blogger paridah berkata...

HMM WAYAR BUMI KALAU XDER PAYAH TU..KALAU PETIR KILAT YG TERUK LETRIK DGN SENDIRI OFF. KENA DPTKAN KHIDMAT ELETRICIAN BERTAULIAH TU FIDAH...

 
Di 1/01/2016 10:34:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Itulah masalahnya. Hari tu kontraktor tu kata, dia guna certified wireman. Kalau macam ni lah..memang kena check dan verify balik semua kerja2 dia..
Thanks Kak Paridah.

 
Di 1/01/2016 10:35:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Yan..apa2 pun keselamatan keluarga paling utama.

 
Di 1/02/2016 05:42:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

benda nie mesti betul betul verify..jika tak sesuai akak (saja je) boleh sesiapa atau keluarga yang mahir dalam pendawaian..

lepas tu boleh kompen kerana hak sebagai pengguna..

soal keselamatan tiada kompromosi..

 
Di 1/02/2016 06:13:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Harus dipastikan selamat oleh orang yg berkemahiran.
Ianya menjadi susah jika kena check dan betulkan semula pendawaian yg telah dibuat.
Memang tiada kompromi untuk apa2 yg berkaitan dengan keselamatan keluarga saya.

 
Di 1/02/2016 11:25:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Takde wayar bumi mmg sgt bahaya... dah bnyk kejadian2 berlaku. Moga dpt diselesaikan sebaiknya dgn selamat.
Salam tahun baru 2016. Semoga terus sukses sekeluarga... aamiin... :)

 
Di 1/02/2016 06:49:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

wayar bumi bahas istilahnya anti elektrik sperti serangan petir bu, benarkah ?

 
Di 1/02/2016 07:22:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

waya bumi memang sangat diharuskan disetiap instansi atau diperumahan ya mb, gunanya salah demi mengamankan laluan arus elektik :)

 
Di 1/03/2016 12:36:00 PG, Blogger Hami Asraff berkata...

Rindu masa jadi Electrical Engineer dulu. Hehe.

 
Di 1/03/2016 08:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Khir..
Selamat tahun baru. Moga thn 2016 lebih suksess. Sorry belum sempat ke sana. Rumah baru x de wifi...jadi pergerakan slow siket :D

 
Di 1/03/2016 04:20:00 PTG, Blogger HAMIDIsP berkata...

Biasa la bisnes bumiputera, cincai walaupun bukan semua begitu..

 
Di 1/04/2016 12:26:00 PG, Blogger Qaseh Vee berkata...

mmg sakit hati lah mcm tu . lagilah rumah baru , kena tebuk sana sini sbb pasang tak betul ... grrrr

 
Di 1/04/2016 04:29:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Sekarang nie banyak peralatan elektrik tanpa wayar bumi, tak pasal2 kita menanggung risiko kan

 
Di 1/05/2016 05:25:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Ada juga yang buat kerja wiring jalankan pendawaian macam tu sampaikan wayer bumi/hijau pun tak dibubuhnya. Ini perlu diperbaiki kembali dengan segera pendawaian tersebut.
Jom kunjungi entri saya:
Pengalaman Bersama ONEXOX

 
Di 1/06/2016 11:37:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Sangat la bahaya kan kalau tidak dipasang wayar bumi ni

 
Di 1/06/2016 02:00:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Wayar bumi
Membuat aku berpikir cari arti
Ternyata wayar itu kabel dalam bahasa kami

Hihihi baru ngerti...

 
Di 1/06/2016 02:19:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Saya ni padah takut nak pasang water heater dlm rumah FS sejak ada kes kontraktor kena renjatan. Apa pun tu semua dah tertuliskan....

Eloklah sangat hold payment dia tu FS sebelum semuanya selesai...

 
Di 1/08/2016 06:59:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

kerja2 wiring ni ada sesetengah pihak mcm acuh x acuh je. plg kesian rumah da siap tp wiring terbengkalai. apa dia igt kita ni gn pelita lg ke? ggrrrr

 
Di 1/09/2016 06:40:00 PTG, Blogger Mizz Aiza berkata...

bahaya tu kalau abaikan aspek keselamatan begitu..

 
Di 1/17/2017 08:44:00 PTG, Blogger marjetcapricorn berkata...

Bagi yang mau repe wayar elek trik hubungi saya 0102229060

 
Di 1/17/2017 11:34:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Mcm mna nak pasang rod tembaga ke BD???

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama