<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: SME : Cabaran dan Masa Depan

Jun 11, 2015

SME : Cabaran dan Masa Depan

Assalamualaikum

Small Medium Enterprise (SME) atau Industri Kecil Sederhana (IKS) memang sangat sinonim dengan kehidupan kita. Walaupun saya bukan lah seorang usahawan atau usahawati,  secara langsung atau tidak, kehidupan kita berkait rapat dengan SME. Dari membeli ikan di pasar, barang keperluan di kedai runcit, baju atau buku di kedai sederhana besar, semuanya adalah termasuk dalam kategori SME.

Dengan keadaan ekonomi dan pasaran yang semakin mencabar, pasti akan membawa impak kepada keseluruhan prestasi kewangan SME. Contohnya jika berlaku kenaikan kos seperti kenaikan tarif elektrik, minyak petrol, bahan mentah dan kos pinjaman wang di bank, maka akan naik jugalah kos operasi SME. Itu belum lagi termasuk syarat gaji minimum pekerja, GST serta segala cukai atau kos-kos lain yang harus ditanggung.
Akan tetapi, ianya akan menjadi lebih menyedihkan sekiranya kos-kos tersebut disalurkan kepada KITA, sebagai pengguna akhir...huhu


Berbalik pada topik asal. Apakah cabaran yang dihadapi oleh SME selain daripada kenaikan kos-kos yang dinyatakan di atas. Berdasarkan artikel yang pernah saya baca, berikut adalah cabaran yang di hadapi oleh perniagaan SME hari ini:
  • Halangan untuk mendapat pinjaman kewangan di sebabkan kurangnya rekod kewangan atau aset untuk dijadikan cagaran
  • Pasaran terhad 
  • Kurang pengalaman dalam bidang pengurusan
  • Kurang pekerja yang berkemahiran
  • Kurang mendapat informasi tentang pasaran, teknologi terkini dan sumber bahan mentah.
  • Tiada 'link' atau 'connection' untuk import dan eksport barangan.
  • Saluran komunikasi yang terhad dan kurang 'hubungan' dengan syarikat-syarikat besar atau multinasional
Tidak dinafikan, berbagai langkah telah pun di ambil untuk terus menyokong perkembangan SME. Ini termasuk bantuan dari segi kewangan, khidmat nasihat, latihan kemahiran, kursus keusahawanan, sokongan infrastruktur (seperti pembangunan perisian, permis kilang) dan sebagainya. Barbagai agensi juga telah ditubuhkan untuk memastikan perniagaan SME terus berkembang maju (Sasaran: 41% sumbangan kepada GDP pada tahun 2020).

Namun, dengan keadaan ekonomi sekarang, ditambah lagi dengan sikap pengguna yang lebih berhati-hati, kenaikan kos operasi serta saingan yang sengit dari syarikat-syarikat besar, adakah bantuan yang diberikan itu cukup untuk terus memastikan perniagaan SME terus stabil dan berdaya saing untuk masa hadapan?

Sekian. Wassalam.

Sumber: Pelbagai
Gambar: Google

Label:

6 Ulasan:

Di 6/12/2015 11:33:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Antara masalah lain yg saya lihat ada bimbingan yg diberikan utk SME dtg dari pihak yg bekerja.. Dari segi realitinya, macam mana seseorang yg bekerja mengharapkan gaji bulanan utk menanggung kehidupan boleh memberi nasihat kpd usahawan dari segi menjana pendapatan.. bukan tak terima, tetapi kenapa motivator tu sendiri tak jadi usahawan dulu.. walk the talk... Sekadar perkongsian luahan je..

 
Di 6/12/2015 05:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Orang yang memberi tunjuk ajar tu jugak mesti ada pengalaman untuk usahawan lebih appreciate.
Selain daripada bantuan kewangan dan latihan keusahawanan (bantuan satu hala) mungkin kita juga di explore lagi...apa yang diperlukan oleh usahawan....contohnya macam 'business angel' scheme, venture capital concept and few others...and these should come from the real businessman, with some agreed return to them. Mungkin kalau macam tu, barulah ada 'buy in' utk dia orang contribute....
Thanks Khir :)

 
Di 6/13/2015 08:10:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

ada juga bisnes yang bersifat dominasi supaya usahawan lain tak boleh naik dan potong line..ada berlaku dan jarang dibuat pendedahan secara terbuka..

 
Di 6/13/2015 03:16:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

ada org sekeliling saya yg terlbat dalam SME ni . apa yg saya lihat , pengusaha krg motivasi , krg berani , krg bersemangat wpun dapat bantuan dr pelbagai pihak seperti TEKUN dan menghadiri byk kursus . Dalam kursus , motivas dan teori tu banyak termasuk plan pemasaran tetapi praktikalnya , pengusaha masih x mampu nak lakukan sbb masalah sekeliling . pekerja pula sekadar nak dapat gaji ...

 
Di 6/13/2015 06:02:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sungguh tak patut kalau jadi macam tu. Ibarat menutup periuk nasi orang...
Sebenarnya kita ada Akta Persaingan (Competition Act 2010) yang sepatutnya boleh mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara seperti dominasi dan menghalang, menyekat serta mengganggu persaingan (dalam perniagaan).
Cuma saya kurang pasti penguatkuasaannya bagaimana. Boleh dirujuk kepada pakar jika terjadi perkara-perkara yang sedemikian.
Thanks HB :)

 
Di 6/13/2015 06:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pernah juga jumpa kes-kes macam tu. Mungkin kerana kurangnya pengalaman atau tak tahu nak buat macam mana jika masalah2 kritikal berlaku, terutamanya yang melibatkan hal2 kewangan.
Bagi pekerja pula, 'sense of loyalty' mungkin kurang....Atau sekadar menjadikan syarikat2 seperti ini sebagai batu loncatan sahaja..apalagi jika mendapat tawaran kerja daripada syarikat besar yang lebih established.
Thanks Vee :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama