May 27, 2015

Remaja Purba

Assalamualaikum


Tua atau menjadi tua adalah satu perkataan yang kadang-kadang takut untuk kita dengar. Walaupun ramai orang kata, semakin tua semakin romantis berpengalaman, tapi menjadi tua juga akan membuat kita merasa lemah, tidak berdaya, kulit menjadi keriput serta bakal diundang dengan pelbagai jenis penyakit.

Cubalah tanya pada sesiapa pun, terutamanya kaum wanita. Menjadi tua dan tidak 'bergetah' seperti zaman muda-muda dulu adalah ibarat igauan ngeri. Malah, ada yang marah jika dipanggil 'Mak Cik' oleh anak-anak belasan tahun, walau pada hakikatnya anak-anak belasan tahun itu sebaya dengan anak mereka...huhu..tak gitu Kak Tipah :D

Kerana alasan itu jugalah ramai yang sanggup berhabis duit, bukan beratus, malah beribu ringgit untuk terus kehihatan muda dan membuang imej 'ke-mak cikan' itu. Tidak hairan jika ada terlalu banyak produk di pasaran untuk merawat kecantikan dan mengekalkan keremajaan....dari hujung rambut sampailah ke  hujung kaki. Macam-macam ada. Yang telan, sapu, suntik, operate, rendam, stim serta pelbagai kaedah lagi. Yang penting menjadi cantik.

Tapi, berkesan kah?
Kalau ikut pemerhatian, untuk cantik kena rajin dan berdisiplin. Belilah produk mahal sekali pun, jika tidak ada disiplin untuk memakan atau menggunakannya, pasti tidak memberi kesan seperti yang diharapkan. Pernah juga saya terdengar satu ceramah agama yang mengatakan, mengambil wuduk serta bersolat dengan kusyuk (terutamanya di tengah malam) adalah salah satu daripada terapi kecantikan.

Berikut adalah beberapa tips kecantikan yang saya kumpulkan dari berbagai sumber:

  • Pastikan minum air masak yang mencukupi. Minimum 8 gelas sehari.
  • Bersukan atau berolah raga secara rutin. Boleh juga ke gym, mengikuti kelas aerobik, zumba dan yang sewaktu dengnnya. Kalau kawasan berdekatan rumah ada taman yang indah dan menyegarkan, boleh juga berjogging. Janji kita bersukan.
  • Menggunakan produk kecantikan yang sesuai dengan empunya badan, baik untuk dalaman dan luaran. Ini termasuk kategori 'skin care' produk, vitamin, jamu dan sebagainya. Penggambilan kolagen juga penting.
  • Jika ada budget dari segi kewangan, boleh juga ke spa untuk membuat facial dan rawatan membelai tubuh badan.
  • Menjaga pemakanan. Pastikan anda makan makanan yang seimbang serta mengandungi banyak serat.
  • Tidur yang cukup.
  • Menangani tahap stress. 

Menjadi tua itu pasti (kalau diberikan keizinan). Cuma yang penting, kita harus menjaga kesihatan (dan kecantikan) supaya kekal cergas dan berkeyakinan diri, demi menikmati hidup dengan lebih bermakna. Tapi, jangan pula sampai terlalu taksub atau menyakitkan diri. Bersederhanalah dalam mengerjakan sesuatu, kerana itu lebih baik.

Sekian. Sebagai panduan untuk diri saya sendiri. Semoga yang lain juga mendapat mafaatnya.

Wassalam.











37 comments:

  1. walau tua tapi badan sihat dh ok...kecantikan rupa diri berubah mengikut usia namun xperlulah nk risau sgt...kecantikan hanya kulit yg membalut tulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Paridah..kadang2 memang pening jugak bila tengok orang sanggup 'sakit' kerana terlalu taksub dengan kecantikan.
      Terima kasih :)

      Delete
    2. betul tu kak, antara cantik dan sihat, saya pilih sihat..

      Delete
  2. Stress selalu menghantui... tido tak pernah nak cukup... sobsss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar adik..jangan stress2 and jangan sedih2.
      Moga Sha happy selalu. Aamiin

      Delete
  3. kalau yang dah tua tu..buat cara yang sewaktunya dengannya..

    bagi peluang pulak untuk orang muda menonjolkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tua dihormati, yang muda...dihormati juga :D

      Yang tua banyak pengalaman, yg muda bersemangat dan banyak idea...
      Harus sama2 memberi peluang..

      Delete
    2. ho..ho..mahu adil ye ok juga tu

      Delete
  4. Saya rasa semakin tua saya ni semakin romantislah huhu.. :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklum ler...anak2 dah besar siket. Boleh spend banyak masa dengan pasangan.
      After all, life begins at 40...ehhhh :D

      Delete
    2. romantis ngan isteri sendiri takpe...hehe

      Delete
  5. bab tidur tu, memang failed kak fidah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kekadang macam tu...esp kalau ada banyak keja.
      Thanks Gee :)

      Delete
    2. Tapi sekarang saya dah tak bekerja. HUHU
      Stress bila tak dapat tidur kak Fidah, rasa macam nak sumpah seranah semua bende. :(

      Delete
  6. terimakasih tipsnya mba sangat bermanfaat ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungannya Miss Ipah. Saya juga lagi belajar tips kecantikan dan produk2 terbaru di blog Miss Ipah.

      Delete
  7. yg penting sihat dan senang beramal ibadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang penting badan sihat dan senang nak beribadah..
      Thanks Anies :)

      Delete
  8. Selalu bahagia
    Yang pasti awat muda
    Tak sampai disebut purba
    Andaipun usia mulai tua

    Tipsnya boleh dicoba
    Spa dan makan sehat terjaga
    Wajah kan tampak remaja
    Cantik disorot mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup bahagia
      Sentiasa ceria
      Menjaga kesihatan paling utama
      Itulah rahsia awet muda... :D

      Thanks Mba Ayu

      Delete
  9. dah ada anak...tido tu payah nak cukup..eye beg pon xmo hilang...hihi..apa pun saya enjoy jadi mak!



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak kecik..memang begitulah keadaannya.

      Tapi, bila anak dah besar, mesti rindu balik saat2 tu.

      Thanks Sue Sue. Salam kenal :)

      Delete
  10. itulah nature kita sebagai manusia.... muda akan tempuh hari tuanya..... btw tips yang bagus.... jaga dari sekarang untk hari tua kelak.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. supaya dah tua pun in shaa Allah masih sihat lagi..
      Thanks Ikhwan. Salam kenal :)

      Delete
  11. kena jaga kesihatan dari muda, bila dah tua nanti, mcm2 yg akan keluar..tapi masa muda kita banyak enjoy..makan mcm2...bersenam kurang (sayalah tu)..hehe..

    menjaga kesihatan mental jg penting menjelang hari tua..selalu baca Al-Quran dapat mengelak dari nyanyuk dan stroke.. ..grow old gracefully..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka jugak try makanan baru. Kat area Bangi kan banyak..
      Jangan bimbang, Tasik Cempaka Bangi kan ada :D..tempat berjogging di pagi minggu.

      Thanks Nohas. Salam kenal :)

      Delete
  12. menjaga kesihatan dr awal adalah amat penting... skrg ni takut sbb mcm2 penyakit wujud.. jaga pemakanan paling penting...
    cantik dalaman (hati) yg utama... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..jaga kesihatan dari awal. Itulah yang sebaiknya.

      Yang paling penting, cantik luar dan cantik dalam.
      Thanks Atie :)

      Delete
  13. dah tua tapi kalau sihat bagus juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang diharapkan, walau dah tua, tapi masih sihat dan boleh beribadah.
      Thanks HB :)

      Delete
  14. penting jaga kesihatan dari muda, so that bila tua badan still maintain, takdelah menyusahkan anak cucu kan..

    tengok atuk nenek kita umur 70 lebih pun maintain l;agi,kita belum 40 dah macam-macam sakit...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang dulu buat aktiviti lasak..berkebun, bertani. Semuanya aktiviti yg mengeluarkan peluh. Mungkin sbb tu jugak dia org sihat sampai ke tua.
      Thanks Sal :)

      Delete
  15. semua yg dilistkan mmg ptg . klu x dpt buat semua , dpt buat sebahagian pun dah memadai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang ingin cuba buat setakat yang mampu. Yang penting, konsisten.
      Thanks Vee :)

      Delete
  16. susah nak jaga..huuu sebab dah jadi kebiasaan..tapi kalau tak cuba berubah, mana kita tahu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulakan dari awal...nasihat utk diri saya sendiri juga...walau dah x berapa nak awal...hihi.
      Thanks Lola :)

      Delete