<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Antara Cinta dan Persahabatan

Mei 25, 2015

Antara Cinta dan Persahabatan

Assalamualaikum.

Hari ini sekali lagi saya ingin mempromosikan novel sahabat baik saya yang bertajuk MUSIM SEJUTA WARNA.



Mengisahkan Nalia Airani yang meminati Muzairi, senior kolejnya dalam diam. Shamrin pula merupakan teman sekuliah yang sering menjadi tempat Nalia Airani meluahkan cerita dan perasaan terpendamnya terhadap Muzairi. Shamrin teman yang baik, pendengar yang setia dan amat mengambil berat terhadap Nalia Airani. Pertemuan semula Nalia dengan Muzairi memutikkan semula perasaan Nalia terhadap lelaki itu. Ditakdirkan Ilahi, Nalia juga tidak bertepuk sebelah tangan. Namun, panas yang disangka hingga ke hujung hari berakhir apabila badai datang melanda perhubungan Nalia dan Muzairi. Pada masa yang sama, Shamrin pula meluahkan perasaannya terhadap Nalia. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Bagaimanakah akhirnya hubungan Nalia dan Muzairi dan apakah pula yang terjadi kepada Shamrin? Siapakah yang akhirnya menjadi pilihan Nalia? Insan yang disayanginya sekian lama atau sahabat baik yang memahami segala-galanya?


Novel ini belum lagi dicetak.
Tapi, anda boleh membaca ceritanya secara online di sini 
Sekarang sudah sampai ke Bab 22

Cerita ini ditulis oleh sahabat baik saya, RIN AZRINA. Semenjak dibangku sekolah lagi, beliau memang amat suka menulis cerpen/cerita dan telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang penulis yang amat berbakat. Silalah baca. Pasti tidak akan menghampakan, terutamanya bagi peminat-peminat cerita romantis.

Sekian. Wassalam.
SELAMAT MEMBACA

p/s : gambar senja tu, kat laut Pontian, kampung saya okey...huhu..bangga :)

Label: ,

30 Ulasan:

Di 5/25/2015 06:46:00 PTG, Blogger Bunda_nora berkata...

Kalau bagus dan ramai pembacanya...mesti suatu hari nanti di adaptasi ke drama atau filem...boleh bunda tengok...sebab bunda tak rajin membaca...hehe

 
Di 5/25/2015 11:35:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Assalam FS.....ada pun gambar kat profile tu.....barulah boleh kenal tuan blog. Ayu rupanya FS ni....

Camne agaknya kawan awak tu cari ilham ye FS

 
Di 5/26/2015 07:44:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah banyak novel2 yang diadaptasi menjadi filem atau drama..best jugak macam tu. Contohnya cerita Adam & Hawa..
Terima kasih atas kunjungannya Bunda :)

 
Di 5/26/2015 07:49:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kawan saya tu memang minat menulis. Masa sekolah dulu, dia tulis cerita kat buku latihan sekolah. Tu pun kita orang bergilir-gilir baca. Ilham dia sentiasa datang kot...mencurah curah..hihi

Terima kasih okje :):)

 
Di 5/26/2015 09:00:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

bakat dan minat perlu selari dalam bidang penulisan..pernah mencuba tulis cerpen..tapi tak jadi..ayat terlalu statik..

nasib baik sekarang jadi blogger..boleh la lepaskan geram menulis..

bab romantis ini yang saya suka sangat.

 
Di 5/26/2015 09:19:00 PG, Blogger paridah berkata...

WAH BERBAKAT KAWAN FIDAH NI MENULIS NOVEL YA...MENULIS NOVEL BUKAN SENANG N PERLUKAN KESUNGGUHAN..

 
Di 5/26/2015 10:36:00 PG, Anonymous Obat Herbal Benjolan Di Kaki berkata...

waah boleh juga tuh baca novelnya secara online .. sukses mba buat buku novelnya :)

 
Di 5/26/2015 11:15:00 PG, Blogger Unknown berkata...

izin duduk dulu iya mba hehehe sambil baca novelnya :p

 
Di 5/26/2015 11:16:00 PG, Blogger dear anies berkata...

Nk tggu d terbit kn laaa br ada feeling ;)

 
Di 5/26/2015 11:49:00 PG, Anonymous Obat Tradisional Urat Syaraf Kejepit berkata...

baca dulu novelnya ah :D

 
Di 5/26/2015 12:21:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

kadang kita harus mengorbankan perasaan untuk sebuah cinta yang agung, kadang juga kita harus meninggalkan sahabat agar dia bahagia dengan cintanya. namun dibalik cinta, ketahuilah bahwa ada seorang sahabat yang selalu setia mendampingi kita yang kadang kita lupakan.

 
Di 5/26/2015 01:23:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Wahh menarik.. lama tak berkesempatan membaca novel.. Thanks sharing Fidah.. :)

 
Di 5/27/2015 12:55:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Wahh...dalam hati ada taman rupanya :D

 
Di 5/27/2015 12:56:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak Paridah. Memang perlukan minat, kesungguhan dan komitment. Itu belum lagi bengkel2 penulisan yang dia pergi untuk terus tambah ilmu.
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 5/27/2015 12:57:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

sila lah baca. Bagus ceritanya.
Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/27/2015 12:58:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila lah baca Miss Ipah. Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/27/2015 12:59:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau baca cerita siket2... kadang2 tu..memang kurang feel..
Thanks Anies :)

 
Di 5/27/2015 01:03:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Silakan...
terima kasih sekali lagi. Salam kenal :)

 
Di 5/27/2015 01:33:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dalam apa jua keadaan, pasti sedih jika harus meninggalkan sahabat agar dia bahagia dengan cintanya...(seperti novel nih..hihi)

Pada saya nilai persahabatan itu sangat tinggi. Sahabat seharusnya saling menghargai dan melengkapi. Saling membantu dan menyokong apa jua yang kita lakukan...tanpa syarat.

Terima kasih kunjungan dan komennya Mbah :)

 
Di 5/27/2015 01:35:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila lah baca Khir.
Orang kampung kita ni. Support siket :)

 
Di 5/27/2015 03:00:00 PG, Blogger Gee Lion berkata...

Sudah lama saya tak layan novel mainstream. Sekarang buku bergenre alternatif bertapak di jiwa ni. InshaAllah, akan menjengah utk membaca. Kalau bagus, mesti mendapat tempat juga dlm hati ni.. Hihi..

 
Di 5/27/2015 10:11:00 PG, Blogger Nurulhidayah berkata...

Menarik sinopsis cerpen tu Fidah.. agak lama tak berkesempatan melayan novel ni :)

 
Di 5/27/2015 12:08:00 PTG, Anonymous mrhanafi berkata...

ya..sebahagian besar hati saya untuk menulis blog..ho..ho..

 
Di 5/27/2015 03:31:00 PTG, Blogger AtieYusof berkata...

Salam fidah... wah pandai kawan awk menulis ye.. boleh carik novel ni nti...:)

 
Di 5/28/2015 07:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila lah baca Nurul...kisah2 romantik gitew :D
thanks ya

 
Di 5/28/2015 07:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga suksess selalu

 
Di 5/28/2015 07:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sila lah atie..
skrg available online
tq :)

 
Di 5/28/2015 07:46:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Pssssttttt....akak tunggu novel karya Gee pulak ni.
Akak tau Gee ada bakat menulis.

 
Di 5/29/2015 10:08:00 PTG, Blogger Pha Is berkata...

selamat membaca...

 
Di 5/30/2015 09:59:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

saya klu baca citer romantik , blh berangan sampai tertidur nanti ... heheheeee .

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama