<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Checklist Sebelum Ramadhan

Mei 30, 2015

Checklist Sebelum Ramadhan


Assalamualaikum.


Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah. Seperti yang kita tahu, dalam bulan Ramadhan berbagai ganjaran disediakan bagi sesiapa yang berjaya menjalankan ibadah dengan sempurna. Oleh itu, rebutlah peluang yang Allah berikan kepada kita semua untuk melaksanakan segala ibadah.

Kalau dah dekat dengan hari peperiksaan, mesti kita berusaha untuk belajar supaya dapat menjawab peperiksaan dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Begitu juga dengan sambutan hari raya aidil fitri. Pasti pelbagai persiapan dibuat agar dapat menyambutnya dengan meriah. Untuk menyambut bulan Ramadhan, apakah persiapan kita?

  • Persiapan rohani. Untuk menyambut bulan Ramadhan, perlu keikhlasan hati dan tidak mengeluh kerana lapar dan tidak dapat menikmati makanan di siang hari seperti pada bulan-bulan yang lain. Baik juga kalau kita sudah mulakan ibadah puasa sunat dari bulan Rejab dan Syaaban sebagai salah satu daripada persiapan.
  • Menyemak kembali segala hukum-hukum tentang ibadah puasa, contohnya perkara-perkara yang membatalkan puasa supaya ibadah kita nanti tidak sia-sia.
  • Menyemak kembali amalan-amalan sunat yang dituntut supaya kita dapat 'memaksimumkan' bulan Ramadah dengan perkara-perkara yang baik. 
  • Menjaga kesihatan. Adalah penting untuk kita menjaga kesihatan supaya kita dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Badan yang sihat dan cergas juga akan membuatkan kita lebih semangat untuk berterawikh dan menambahkan lagi pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran
  • Latihan bangun di awal pagi supaya kita tidak 'liat' untuk bangun di bulan Ramadhan nanti, baik untuk bertahajud dan juga bersahur. 
  • Persiapan ekonomi juga penting. Bukan sahaja untk membeli baju raya, kasut raya, tudung raya atau menjamu tekak dan mata di pasar ramadhan, tetapi untuk membolehkan kita melebihkan sedekah di bulan yang penuh barakah itu nanti.
  • Dan untuk Kak Tita, Kak Nora dan Long Senah...dah habis ganti puasa?

Semoga kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan nanti dan segala amal ibadah kita akan diterima. In shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Sebagai panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga dapat manafaatnya.
Wassalam.

Sumber : Pelbagai.


Label:

28 Ulasan:

Di 5/30/2015 08:53:00 PG, Blogger paridah berkata...

assalam sebelum ramadan berbetulan pula dgn cuti persekolahan banyak pula kenduri perkahwinan...baguskan bersedia tabakan diri mnghadapi dugaan ramadan yg sgt mencabar mental fizikal bersama yg tersayang di sisi...semoga kita beruntung lagi menemui ramadan kali ini n mengutip ganjaran pahalanya yg banyak...insya Allah.

 
Di 5/30/2015 10:29:00 PG, Blogger dear anies berkata...

Thn ni sengaja sy wat persiapan raya lbh awl. Sbb sy da mls nk fikir psl ni time mk beramal ibadat...

 
Di 5/30/2015 02:23:00 PTG, Blogger Rianda Prayoga berkata...

Bersuka ria semua menyambut bulan suci Ramadhan dgn penuh antusias

 
Di 5/30/2015 07:36:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

yup, kena bersedia..kalau duduk KL kena tambah lagi satu-bersedia nak mengadap jam..hehehe.

semoga dipanjangkan umur bertemu Ramadhan ye kak Fidah..

 
Di 5/31/2015 01:13:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Ramadan hanya beberapa langkah je lagi.. semoga segala persiapan dpt dilaksanakan sebaiknya agar dpt menyambut ramadan dgn fokos dan tenang, in shaa Allah.. :)

 
Di 5/31/2015 02:03:00 PG, Blogger Gee Lion berkata...

Ramadhan tiba lagi! Alhamdulillah, masih diberi kesempatan olehNya utk merasainya lagi tahun ini.. ^_^

 
Di 5/31/2015 07:42:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Wah...mesti best dpt berkumpul dengan anak2 dan ahli keluarga.
Thanks Kak Paridah

 
Di 5/31/2015 07:44:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Anies. Itulah yang sebaiknya. Kalau saya, memang kalau boleh nak elakkan dari gi shopping esp kat Jln Tar tuh
Thanks Anies :)

 
Di 5/31/2015 07:45:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Selamat menyambut Ramadhan..moga Ramadhan kali ini lebih bermakna..
Thanks Mr Rianda :)

 
Di 5/31/2015 07:48:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Sal...10x pikir nak bawak kereta atau naik komuter gi kerja
Thanks Sal :)

 
Di 5/31/2015 07:49:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..semoga Ramadhan kali ini lebih baik.
Thanks Khir :)

 
Di 5/31/2015 07:53:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

In shaa Allah...semoga kita dpt bertemu Ramadhan lagi..
Thanks Gee.. :)

 
Di 5/31/2015 11:26:00 PG, Anonymous Buku Online berkata...

saya suka kepada persiapan ekonomi.

 
Di 5/31/2015 06:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Persiapan ekonomi juga penting. Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/31/2015 07:16:00 PTG, Blogger Jejari Menaip berkata...

nice sharing...hari tu baru ad dgr khutbah pasal persiapan ramadhan ni... Skrg rasanya org lebih terfikir resepi ap nak buat... aneka makanan untuk bukak puasa etc... hingga lupa keberkatan ramadhan tu...

 
Di 5/31/2015 09:58:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha..akak memang tengah terfikir pasal resipi pun... :D
Semoga dapat mengingatkan diri sendiri juga ni.
Thanks Ikhwan :)

 
Di 6/01/2015 01:13:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

tidur awal supaya dapat bangun awal ...

 
Di 6/01/2015 02:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju...
tapi kadang2 tu, susah pulak nak tidur awal sebab tak biasa.
Tapi sempat lagi nak practice. Thanks Vee :)

 
Di 6/02/2015 10:38:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Terima kasih utk check list ni. Terus save dlm memori!

 
Di 6/02/2015 11:05:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga sama-sama beroleh kebaikan.
Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 6/03/2015 02:02:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

amin
insyaallah

 
Di 6/03/2015 06:52:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Lin. :)
Lama menyepi

 
Di 6/23/2015 01:05:00 PG, Blogger Amelia berkata...

okay, akan saya praktikkan. in shaa ALLAH :)

terima kasih pernah singgah blog kita. singgah sini juga. comel blog. kita suka. tapi kalau dapat tukar font jadi betul2 hitam lagi senang nak baca. heeee

 
Di 5/21/2016 04:40:00 PTG, Blogger Mummy Julia berkata...

Memang selalu awal bangun, tapi ramadhan lagi awal kena bangun.. Tq Fidah atas reminder..

 
Di 5/21/2016 04:41:00 PTG, Blogger Mummy Julia berkata...

ehh.. lupa satu lagi, kena cari resepi byk2 ni sbb nak kena masak hari.. berbuka dan sahur.. hahahaha

 
Di 5/21/2016 04:55:00 PTG, Anonymous farhan berkata...

Selalu menjaga niat dan kesungguhan sebelum ramadhan tiba...semoga kita semua termasuk ke dalam golongan orang2 yang beruntung di hari kemudian..aamiin

 
Di 5/26/2016 05:18:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Tq FS tolong ingatkan apa yg patut....maklumlah kalau dah kilauan ni, banyak kali reminder pun kekadang memanjang ke laut haha...

 
Di 5/26/2016 11:42:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

biasakan dengan puasa sunat bermula pada rejab ... hutang puasa sepatutnya dah bayar sebelum puasa 6 ( syawal ) .

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama