<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Strategi 'Win Win'

Jun 09, 2015

Strategi 'Win Win'



Ketika memarut kulit oren untuk dijadikan salah satu bahan untuk cup cake tempoh hari, saya teringat pada satu kisah yang pernah diceritakan di  krusus yang pernah saya hadiri. Kisah tentang buah oren. Katakanlah ketika saya mahu membeli oren tersebut, hanya tinggal SEBIJI sahaja oren di pasar. Saya memerlukan kulit oren tersebut untuk di buat kek atas permintaan anak saya. Tapi, di waktu yang sama, ada seorang pemuda ingin membeli oren itu juga untuk isterinya yang ingin memakan buah oren. Apakah jalan penyelesaian terbaik? Kalau diambil jalan penyelesaian paling mudah dan adil, belah saja oren itu menjadi dua, Tapi, adakah itu solusi yang terbaik? Pada saya TIDAK kerana saya cuma inginkan kulit oren dan pemuda itu mahukan buah oren. Jadi, alangkah baiknya jika dapat berbincang dan mengetahui masalah sebenar supaya kaedah penyelesaian masalahnya nanti dapat memberi faedah yang maksimum kepada kedua pihak. Itulah yang sebenarnya dipanggil 'Win Win Solution'


Dalam hidup ini, kita memang tidak dapat lari dari pelbagai masalah. Namun, terserah pada diri kita untuk berfikir dan menyelesaikannya. Apa yang akhirnya kita akan dapat, bergantung ada apa yang kita lakukan.

Tidak dinafikan bahawa strategi 'win win' juga sangat berkait rapat dengan kaedah 'problem solving'.
Berikut adalah beberapa kaedah tentangnya:
  1. Mengetahui masalah sebenar (root cause) yang dihadapi
  2. Bertukar maklumat dan informasi yang relevant dengan masalah yang dihadapi. Perlu juga teknik tentang 'bertanya soalan' yang betul.
  3. Membina kepercayan (terhadap orang serta maklumat yang diperolehi)
  4. Jadilah pendengar yang baik. Skill mendengar juga penting supaya kita tidak mendapat maklumat yang salah atau tidak jelas. Bukankan ini akan mengelirukan?
  5. Perlu juga perasaan simpati dan timbang rasa.
  6. Berbincang secara effektif tentang beberapa jalan penyelesaian (possible solutions)
  7. Berfikirlah secara kreatif dan pilihlah jalan penyelesaian yang terbaik serta dapat memberi faedah maksimum kepada kedua pihak.
Semoga tips ini bermanafaat. Tidak kiralah masalah di pejabat, di rumah, di kawasan kejiranan atau sebagainya, pasti ada jalan penyelesaian yang terbaik jika kita menanganinya dengan bijak dan sabar.

Sekian. Wassalam.

If you define the problem correctly, you almost have the solution - Steve Jobs

Sumber: Nota semasa kursus
Gambar: Google.

Label:

26 Ulasan:

Di 6/09/2015 04:48:00 PTG, Blogger Ridha berkata...

Semuanya memang harus dibicarakan agar tahu mana yang harus dicari solusinya. Kalau cuma diam-diam saja gimana mau cari solusinya.

 
Di 6/09/2015 04:55:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

terimakasih mba tips nya sangat bermanfaat :)

 
Di 6/09/2015 06:29:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju. Perlu dibincangkan masalah yang sebenar, barulah dapat solusi terbaik.
Terima kasih Mr Ridha.

 
Di 6/09/2015 06:30:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sama-sama Miss Ipah. Terima kasih atas kunjungan.

 
Di 6/09/2015 07:17:00 PTG, Blogger mama eija berkata...

Salam Kak fidah... tq tips yang diberi moga buat sy dan pembaca yang lain :)

 
Di 6/09/2015 07:55:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sama2..moga bermanafaat utk kita semua.
Thanks Eija :)

 
Di 6/09/2015 09:05:00 PTG, Blogger paridah berkata...

WIN WIN SOLUTION PERLU DIFIKIRKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA...

 
Di 6/09/2015 10:04:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Kak Paridah. Harus juga mencari kaedah penyelesaian yang erbaik untuk memberi faedah maksimum dan menggembirakan semua pihak.
Thanks Kak Paridah :)

 
Di 6/10/2015 06:00:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

balik ikut pemuda itu dan ambik kulit oren setelah isi habis di makan..

 
Di 6/10/2015 09:55:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Saya akan kupas kulitnya semasa di pasar...mengabihkan boreh aje nak ikut dia balik rumah semata mata nak ambik kulit oren :D

 
Di 6/10/2015 10:08:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Berfikir secara kreatif supaya bisa mengeluarkan ide yang bagus-bagus :) thanks for the sharing Miss Fidah :)

 
Di 6/10/2015 02:37:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Betul jugak yek FS...tapi kan tapi kan... kadangkala teori tak sama dengan praktikalnya... Praktikal ada kalanya lebih rumit....

 
Di 6/10/2015 03:59:00 PTG, Anonymous Obat Diabetes Melitus berkata...

tipsnya bermanfaat,, makasih mbak

 
Di 6/10/2015 04:07:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

perlu bertindak bijak utk faedah bersama ...

 
Di 6/10/2015 05:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mudah mudahan kita sentiasa mendapat idea2 yang bagus untuk selesaikan masalah.
Thanks Miss Wida :)

 
Di 6/10/2015 05:49:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setuju Okje. Secara relitinya, akan ada benda2 lain nak kena consider. Especially bila nak jaga hati orang.
Thanks ya...

P/s : mak dah abih bercuti ke?..hihi

 
Di 6/10/2015 05:49:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Terima kasih :)

 
Di 6/10/2015 05:51:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul ti CM. Apa pun cara penyelesaiannya, biarlah mendapat faedah bersama.
Thanks :)

 
Di 6/10/2015 07:00:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

saya rasa saya ni seorang yg pengalah kak fidah.
sebab kalau ada something happened between saya dengan seseorang, saya cenderung membiarkan orang tersebut memilikinya.
for me, nevermind. mungkin Allah nak beri sesuatu yg lebih baik utk saya.
hurmm..

 
Di 6/10/2015 08:12:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Setuju sgt.. kebanyakkan org susah nak menjadi pendengan yg baik.. semua nak bercakap.. mana 'win-win' nya di situ. Perkongsian yg baik utk renungan dan panduan semua.. :)

 
Di 6/11/2015 08:08:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

tak sangka 'ganas' juga Fidah dalam hal ini..he..he..just kiding gak tu!

 
Di 6/11/2015 09:02:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Setiap sesuatu yg berlaku, pasti ada hikmahnya..
Thanks Gee :)

 
Di 6/11/2015 09:03:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Khir..
Mendengar....juga satu skill..

 
Di 6/11/2015 09:51:00 PG, Blogger nohas berkata...

benar sekali..win-win situation, semua yg terlibat akan senang hati..

teringat 7 habits of effective people - Habit 4 : Think win-win, Habit 5: seek first to understand, then to be understood.

 
Di 6/12/2015 05:54:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu. Harus faham masalh dulu, baru dapat selesaikannya dengan baik Thanks Nohas :)

 
Di 6/23/2015 12:55:00 PG, Blogger Amelia berkata...

susah nak buat win-win situation ni. bila kita boleh tolerate, orang tu pula banyak songeh. lahai

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama