<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Mata

Jun 25, 2015

Mata

Assalamualaikum

Hari ini saya ingin bercerita tentang mata. Apakah yang dimaksudkan dengan MATA?




  • Mata....adalah organ penglihatan yang dikurniakan kepada kita. Oleh itu, gunakanlah anugerah ini sebaiknya.
  • Mata-mata....ada juga yang memanggilnya sebagai mata-mata gelap atau detektif. Kerjanya lebih kurang macam polis.
  • Mata mata-mata...tak lain dan tak bukan adalah mata kepunyaan mata-mata
  • Mata hati....cuba pejamkan mata anda yang bayangkan wajah anak-anak dan suami/isteri. Pasti boleh kan. Itulah hebatnya mata hati. Mata hati adalah mata bagi hati atau boleh juga dikatakan kebolehan mengenal yang dimiliki oleh hati yang dipanggil batin atau kalbu.
  • Mata air.....ada yang memanggilnya sebagai punca air. Tapi, kalau mengikut simpulan bahasa, mata air adalah kekasih.
  • Mata duitan......ini adalah gelaran khas untuk orang yang hidupnya bermatlamatkan wang sahaja.
  • Mata kerbau....pastinya mata kerbau adalah mata milik sang kerbau. Selain daripada itu, mata kerbau adalah istilah yang digunakan untuk telur yang digoreng bulat. Contoh ayat yang biasa kita dengar kalau di kedai makan "Kak, Nasi goreng ikan masin dengan telur mata satu".
  • Mata kucing....adalah mata kepunyaan kucing. Mata kucing juga adalah nama sejenis buah. Dan tahukah anda, 'mata kucing' juga adalah sejenis solekan mata yang lebih dikenali sebagai 'Cat Eye' makeup. 
  • Matahari.....ia adalah sejenis bintang, sama dengan bintang-bintang lain di langit malam. Matahari adalah bintang bersaiz sederhana dan jaraknya lebih kurang 150 juta kilometer dari bumi. Selain dari itu, matahari adalah nama sejenis bunga (bunga matahari) dan jika kita menambah perkataan 'ku' di belakangnya, jadilah seperti tajuk lagu Agnes Monica.
  • Sakit mata....maknanya dalam simpulan bahasa adalah tidak suka melihat sesuatu. Contoh ayat.."eeeiiii!!!! Sakitnya mata aku tengok cara dia berpakaian". Tapi, dalam istilah perubatan, sakit mata adalah sejenis penyakit yang menyebabkan mata menjadi merah. Selain daripada itu, ia juga menjadikan mata kita merasa sakit, berair, lebih sensitif pada cahaya dan kabur. Kerana sakit mata, saya diberi cuti sakit selama beberapa hari serta dikuarantinkan kerana bimbang penyakit ini akan berjangkit. Dan kerana sakit mata jugalah, aktiviti blogging dan BW saya sedikit tergendala. Jadi, saya minta maaf jika terlambat untuk membuat kunjungan balas :) 

Semoga cepat diberikan kesembuhan..
Ya Allah, Tuhan (yang memelihara) manusia dan yang menghilangkan kesusahan....sembuhkanlah. Sesungguhnya Engkaulah yang maha menyembuhkan. Tidak ada suatu penyembuhan kecuali kesembuhan dari Mu...Sembuh yang tidak diiringi sakit atau penderitaan...Aamiin

Sekian. Wassalam.

Label:

16 Ulasan:

Di 6/25/2015 11:55:00 PG, Blogger paridah berkata...

hmm matahari menyinari alam ini di siang hari...tak timbul matahari bergelaplah kita fidah..heh..heh..tambah sikit.

 
Di 6/25/2015 02:30:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Bila mentari enggan tersenyum..Alam jua turut derita bersama - Lagu Jamal Abdillah..hihi

Thanks Kak Paridah & Selamat Berpuasa :)

 
Di 6/25/2015 03:34:00 PTG, Blogger paridah berkata...

sama2 selamat berpuasa n berbuka maghrib nanti..

 
Di 6/25/2015 06:15:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Terima kasih Kak Paridah :)

 
Di 6/25/2015 06:16:00 PTG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

banyak juga ya kata mata yang melekat pada beberapa kata lainnya. dan itu mempunyai arti tertentu....
oh ya sista....mataku dan matamu adalah mata-mata...heeeeee

 
Di 6/25/2015 10:58:00 PTG, Blogger santika fadilah berkata...

satu kata mata, tetapi mengandung beberapa makna ya kak..

 
Di 6/26/2015 12:11:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

ya betul. Dari satu perkataan mata, boleh menjadi macam-macam makna jika disambung...
Terima kasih kunjungannya Mbah...tapi mata-mata itu sepertinya polis ya..haha :)

 
Di 6/26/2015 12:12:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul tu Teh...satu perkataan, tapi ada banyak maksud.
Terima kasih kunjungannya :)

 
Di 6/26/2015 03:25:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Melihat matahari dengan mata hati.. barulah tak sakit mata huhu.. merepek pulak saya pepagi ni huhu.. :D

 
Di 6/26/2015 08:07:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Kalau tengok matahari dengan mata hati, tak payah pakai sunglasses. Jimat belanja..haha :)
Thanks Khir

 
Di 6/26/2015 11:21:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

Mata pun boleh buat lagu macam 'Ayam'..hehe

 
Di 6/26/2015 06:47:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Akak suka lagu Ayam Jalil Hamid tu...haha :)
Thanks Sal

 
Di 6/30/2015 02:13:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

terus tingat sy kena sakit mata ms tgh amik PMR....seksa ya rabbi...lbh2 lg time nk tunduk (menulis) tu adoiiiii

 
Di 7/05/2015 02:09:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

tiada deria mata GELAP dunia...jadi jagalah mata

 
Di 7/26/2015 10:58:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mesti sedikit sebanyak terganggu jugak.waktu nak jwb exam..

 
Di 7/26/2015 10:59:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul...kerana mata sangat berharga..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama