<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jangan Terpedaya

Jun 13, 2015

Jangan Terpedaya



WANITA:
20an   : Mengancam
30an   : Macam-macam
40an   : Terancam
50an   : Semacam
60an   : Susah dah nak cam

LELAKI
20an   : Bergaya
30an   : Bercahaya
40an   : 'Di Pertengahan Usia'
50an   : Tak boleh percaya
60an   : Dah tak bermaya

Sahabat-sahabat ku....
JANGAN TERPEDAYA dengan usia MUDA
Kerana syarat MATI tidak harus TUA

JANGAN TERPEDAYA dengan tubuh SIHAT
Kerana MATI tidak harus SAKIT

JANGAN TERPEDAYA dengan HARTA kekayaan
Kerana Si Kaya pun tidak pernah menyiapkan kain kafan untuk dirinya meskipun hanya selembar

Mari terus berbuat BAIK
Berniat untuk menjadi lebih BAIK
Berkata yang BAIK-BAIK
Memberi nasihat yang BAIK
Meski pun tidak ramai orang yang mengenali mu atau tidak suka dengan nasihat mu
Cukuplah ALLAH mengetahui niat mu

Jadilah bagai JANTUNG
Yang tidak TERLIHAT tapi terus BERDENYUT setiap saat
Hingga kita dapat terus HIDUP
Berkarya, berkongsi pengetahuan dan memberi manafaat di sekeliling kita....sehingga diberhentikan oleh Nya

Sekian. Peringatan untuk diri sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaat.
Wassalam.

Sumber: Whatsapp

P/S : Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk. Cuma merakamkan peristiwa semalam di mana kunci kabinet saya telah patah dan saya tidak dapat untuk membuka pintu kabinet tersebut. 
Nasib baiklah ada beberapa orang rakan sekerja yang agak berbakat dalam bidang pertukangan.....eeeeeeemmmmmm
Akhirnya, pada pukul 4.45 pm semalam, pintu kabinet tersebut berjaya di kopakkan....huhu




Label:

17 Ulasan:

Di 6/13/2015 10:09:00 PTG, Blogger Ridha berkata...

Mbak Fidah sendiri termasuk kategori apa nih?
Macam-macam atau terancam hehehehe

 
Di 6/14/2015 01:44:00 PG, Blogger Mang Lembu berkata...

jangan macam-macam jika tak ingin engkau terancam...yakinlah pada keyakinan kita sendiri demi menjalankan amanah-Nya.

 
Di 6/14/2015 05:10:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sudah pun masuk kategori remaja purba (baca: tua)....haha :D
Terima kasih kunjungannya Mr Ridha

 
Di 6/14/2015 05:13:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga kita dapat menjalankan amanah tersebut dengan sempurna demi mendapat keberkatan dan limpahan kasih sayang-Nya...aamiin
Terima kasih kunjungannya Mr Cilembu Thea

 
Di 6/14/2015 09:16:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

tanya pada iman , mahu berada di mana di akhirat nanti ...

 
Di 6/14/2015 10:20:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Mati dan alam akhirat sememangnya pasti.
Apa-apa pun berbalik pada kita untuk memilih.
Thanks Vee :)

 
Di 6/15/2015 08:00:00 PG, Anonymous Farah Diana berkata...

terima kasih atas peringatan.. ye, bila tiba masanya kita pasti akan mati, tidak cepat atau lewat walau sesaat.. ;(

 
Di 6/15/2015 02:12:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Sentiasalah kita berdoa agar diberi usia yg baik utk melaksanakan tuntutanNya.. moga kita semua beroleh pengakhiran yg baik.. aamiin...

 
Di 6/15/2015 04:31:00 PTG, Blogger nohas berkata...

demi masa, berlumba-lumba berbuat kebaikan dn kebajikan...menambah saham akhirat..

 
Di 6/15/2015 10:51:00 PTG, Blogger mama eija berkata...

eija dalam golongan mengancam la yer... haha apa2 pun dunia mesti seiring dengan akhirat.. insyaAllah :)

 
Di 6/15/2015 11:36:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Kalau difikir fikirkan...takut juga ya...
Semoga bekalan amalan kita di terima...aamiin ya Allah
Thanks Farah Diana :)

 
Di 6/15/2015 11:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...
Semoga dapat memanafaatkan usia sebaiknya.
Thanks Khir :)

 
Di 6/15/2015 11:40:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Gunakan masa yang dipinjamkan kepada kita dengan sebaiknya...masa yang berlalu tdak akan kembali
Thanks Nohas :)

 
Di 6/15/2015 11:45:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Muda lagi adik Eija ni...
Betul tu. Hidup harus seimbang, Atau lebih baik, buat untuk akhirat, tapi dunia tetap ada bahagiannya.
Thanks Eija :)

 
Di 6/18/2015 10:28:00 PG, Blogger OKje berkata...

Insyaallah FS..... buat baik dengan ikhlas insyaallah Allah akan membalasnya, sentiasa berfikiran positif, insyaallah datangnya pun yg baik baik...Tak gitu FS hihi

 
Di 6/22/2015 06:14:00 PG, Blogger Wak Lat berkata...

salam ramadhan, hee matcham matcham je ;p

 
Di 6/23/2015 12:51:00 PG, Blogger Amelia berkata...

terbaik! tapi gambar tu apa benda sebenanrya? hehehe

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama