June 12, 2015

Never Too Late

Assalamualaikum...

Hari tu beria membeli roti. Yang bersaiz jambo lagi. Abih2 roti terbiar jek..sebab keluarga saya lebih suka makan nasi :)....Bila tengok tarikh, expiry date sudah hampir...eermm apalah nak dibuat dengan roti tu....Nak buang macam tu aje, sayang pulak.

Semalam, sampai rumah dah agak lewat. Nak keluar makan, macam malas pulak. Lagipun, rasa bersalah tengok roti tu...huhu. Google punya google, dapatlah beberapa resipi...saya modify mengikut apa bahan-bahan yang ada di rumah...
Saja nak tulis resipi kat sini, esok-esok senang nak refer :)


Resipi Roti Bakar Daging:

A. Bahan Inti
  • 250gm daging
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 biji bawang putih (dihiris)
  • 1/2 biji carrot (hiris halus)
  • Serbuk lada hitam
  • 2 tangkai daun sadri
  • Setengah biji lada merah (dihiris)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih
  • Masukkan daging (masak hingga empuk)
  • Masukkan carrot.
  • Masukkan serbuk lada  hitam
  • Masukkan garam dan lada merah yang telah dihiris
  • Masukkan daun sadri
  • Tunggu hingga masak dan kering
  • Sejukkan

B. Bahan Lapisan Roti
  • 8 keping roti
  • 3 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu
  • 4 keping cheese (cheddar)
  • Sedikit cheese mozzarella

Cara-cara:
  • Campurkan telur dan susu - pukul rata..
  • Sapukan loyang (bekas pembakar) dengan sedikit butter
  • Celupkan roti ke dalam campuran susu dan telur - satu persatu
  • Susunkan roti ke dalam loyang
  • Setelah siap lapisan pertama, taburkan daging dan susun cheese (cheddar)
  • Ulang langkah untuk lapisan ke 2
  • Setelah siap, taburkan daging dan cheese (cheddar dan mozzarella) dipermukaan. Kalau ada lebihan campuran telur dan susu, tuang sekali.
  • Bakar dalam 15 min pada suhu 160c
  • Setelah masak, sejukkan sebentar dan makanlah di waktu roti masih lagi suam-suam kuku.


Sekian. Wasaalam.


22 comments:

  1. wahh.. Nurul pun selalu menghadapi keadaan begini, bila masa tu sampai, bole la refer resipi FIdah ni.. thanks Fidah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang selalu jugak..maklum lah..semua orang lebih suka makan nasi..hihi
      Thanks Nurul :)

      Delete
  2. Wahh terbaiklah.. paling sedap klu dpt makan hujung2 minggu nie.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bawak gi picnic ni Khir..Kat tepi laut Pontian..hahaha :D
      Thanks

      Delete
  3. macam sedap je resepi ni, boleh cuba ni.

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan...
      Terima kasih follow blog saya. Sudah terjah ke sana juga :D

      Delete
  4. time puasa nanti boleh buat juadah berbuka..terbaiklah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan HB
      Buat sahur pun ok...sajian ringkas
      Thanks :)

      Delete
  5. loch...ternyata akak bisa juga masak dan bikin kek ya
    makanya never too late...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never too late untuk di coba resepnya Mang..hehe
      Terima kasih Mr Cilembu Thea :)

      Delete
  6. nice, ni adik-beradik pizza roti ni, kalau tak ada masa nak buat pizza dough, boleh ganti dengan roti. kalau tindan dengan lagi satu lapis roti kat atas daging tu, jadilah dia pai roti (inti untuk pai - daging kisar campur kacang peas dan kentang). dua2 pun sodap. lama dah tak buat ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira keluarga pizza jugak la kot. Roti aje lain.
      Kalau buat pai best jugak kan...campuran kacang peas dan kentang. Boleh cuba ni.
      Thanks ya. Salam kenal :)

      Delete
  7. Wah cocok nih buat sarapan pagi ini. Kirim ke sini dong rotinya. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minum petang pun ok juga.
      Kirim gambar saja ya... :)
      Terima kasih Mr Ridha.

      Delete
  8. mcm lasagna..sedap ni..buat puding roti pun sodap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puding roti pun menarik juga tu. Dah lama tak buat...dapat sekali sekala best jugak ni
      Thanks Nohas :)

      Delete
  9. rajin dan kreatif kak fidah niii... :) eija kalu roti biasa buat puding jaa... lain2 resepi blm pnh try... sb en hubby tak minat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba teringat kat puding roti malam-malam ni...huhu
      Thanks Eija :)

      Delete
  10. mak oi, nampak sedap ni! kena bookmark juga ni :D

    maceh kongsi resepi lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian kat roti tu kalau di buang...
      Dapat juga dimakan, kalau dah modify macam ni

      Delete
  11. selalu terjadi kejadian ini dan hasilnya begini la juga...jadilah roti bakar daging hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah hasil kejadiannya...hihi
      Thanks Atie :)

      Delete