June 23, 2015

Sedetik Lebih

Assalamualaikum
Entri kali ini tiada kaitan dengan lagu Anuar Zain!

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang peristiwa sejarah dunia yang dicipta oleh Tun Dr Mahathir.....iaitu 'mencuri' masa manusia dengan mempercepatkan waktu 30 minit di Semenanjung Malaysia untuk disamakan dengan dengan waktu Sabah dan Sarawak pada 11.30 malam, 31 Disember 1981. 

 Peristiwa itu telah disaksikan oleh jutaan manusia di televisyen apabila jam di Bangunan Sultan Abdul Samad 'dipusingkan' setengah jam!



Alasan Tun Mahathir ketika membuat keputusan untuk mempercepatkan masa di Semenanjung adalah untuk beri lebih banyak masa siang (daylight saving). Selain daripada itu, perubahan waktu juga dilaksanakan untuk memudahkan urusan rasmi bagi kedua tempat yang dipisahkan oleh Laut China Selatan. Waktu tersebut juga adalah sama dengan bandar-bandar besar lain seperti Hong Kong, Manila dan Beijing.

Kerana tindakan Tun itu juga Singapura telah mengkaji dan menyelaraskan waktu mereka sama dengan Malaysia.
Sebelum itu, waktu di Indonesia hanya 30 minit lewat dari Malaysia, tapi sekarang perbezaan waktunya telah menjadi 1 jam.

Dulu saya sering tertanya-tanya, kenapa waktu berbuka rakan-rakan saya di Sabah dan Sarawak lebih cepat berbanding di sini. Mana tak nya..mereka berbuka puasa pada sekitar jam 6.30 pm sedangkan saya menunggu sehinga jam 7.30 pm baru boleh berbuka puasa!

Selain dari faktor kedudukan, rupa-rupanya ini adalah antara sebab utama...huhu

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama : radiuse.blogspot.com
Gambar: Swiss Watch Gallery (edited by Idah)


33 comments:

  1. perubahan berani dilakukan TUN M untuk kebaikan kita bersama menghargai waktu dgn aktiviti berkualiti..n3 terbaik ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusannya dikatakan memberi lebih banyak masa siang untuk orang semenanjung...Semoga kita lebih menghargai waktu.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Tun Mahathir sebagai tokoh dan negarawan tentu telah mempertimbangkan perubahan walaupun hanya sedetik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tum Mahathir adalah seorang tokoh negarawan yang sangat dihormati. Pastinya ketupusn yang dibuat itu telah mendatangkan impak yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
      Terima kasih kunjungannya Mr Cilembu Thea :)

      Delete
  3. perkara yang nampak kecik, tapi besar impactnya..bukan projek yang gah, tapi tak nampak hasil.one of the greatest leader - Tun M

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Seorang pemimpin yang dihormati dan pemikirannya sangat jauh ke hadapan.
      Thanks Sal :)

      Delete
  4. wahhh...baru tau ttg ni Fidah walaupun atie duk Sabah..hehe..TQ ilmu nya..
    kami imsak 4.21am & berbuka 6.21pm skrg ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu bila ada kawan yang bercerita. Tahun 1981, umur saya kecik sangat lagi...hihi
      Itu antara sebab kenapa agak jauh perbezaan waktu berbuka puasa antara semenanjung dan sabah sarawak. Pernah juga ke Sabah, dan harus hati-hati dengan waktu solatya...takut terlepas...huhu
      Thanks Atie :)

      Delete
  5. Pemikiran Tun Mahathir biasanya melangkaui pemikiran ramai.. tokoh negarawan yg dihormati selamanya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Pemikirannya jauh ke hadapan. Seorang pemimpin yang sangat di hormati.
      Thanks Khir :)

      Delete
  6. Replies
    1. Setuju. Ini adalah satu keputusan yang sangat berani.
      Terima kasih kunjungannya Bunda :)

      Delete
  7. senangkan kalau satu Malaysia diselaraskan masanya, memudahkan urusan kerja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara objektif utama pelarasan waktu atau kenapa waktu piawai Malaysia diperkenalkan adalah untuk memudahkan urusan bagi kedua pihak.
      Terima kasih Nohas :)

      Delete
  8. Replies
    1. Betul Tokoh yang dihormati dan bijak.
      Terima kasih kunjungannya :)

      Delete
  9. Replies
    1. Menjadi kebanggaan ramai rakyat Malaysia.
      Terima kasih kunjungannya :)

      Delete
  10. salam ramadhan, moga2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn ya robbal alaminn ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah yang diharapkan.
      Moga Malaysia terus aman...aamiin
      Thanks Mr Tiga Lalat :)

      Delete
  11. Trnyata jam berpuasa di Malaysia lebih cepat ya daripada di Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih cepat buka ya gan, jadi ngga letoy!

      Delete
    2. Hanya sesetengah tempat di Malaysia yang waktu berbukanya lebih cepat dari Indonesia. Kalau di tempat saya, waktunya malah lebih lambat kerana kedudukan tempat...
      Terima kasih Rianda & Dzaky :)

      Delete
  12. kerana faktor tempat dan ufuk matahari, menjadikan perbedaan waktu berbuka.. aku ga tahu apa bijak atau tidak yang dilakukan Tun M.. Moga puasa kita semua diterima Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..moga puasa kita semua diterima Allah.
      Memang ada perbezaan waktu terbit matahari diantara Sabah dan Semenanjung. Namun, aplikasi waktu piawai di Malaysia masih boleh diterima pakai kerana kedudukannyan tidak begitu jauh dan saiznya yang tidak begitu besar.

      Kalau di Indonesia mungkin susah juga ya..kerana faktor kedudukan dan luasnya. Contohnya, waktu terbit matahari di Jakarta mungkin tidak sama dengan dengan Sulawesi atau Papua...
      (rasanya begitu...maaf Teh, kalau tersalah)

      Terima kasih juga atas kunjungannya :)

      Delete
  13. Annuar zair itu seperti apa yach, saya ngga apa orangnya . harus search nih di you tube. makasih ya gan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagunya sangat popular di sini suatu ketika dulu.
      Silalah search..pasti asyik...hehe
      Terima kasih Dzaky :)

      Delete
  14. jam boleh dilewat atau dipercepat..namun ajal tepat pada saat dan detiknya..maafkan lari dari tajuk maa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Peringatan untuk semua juga.
      Ajal..tidak cepat atau lambat walau sesaat.
      Thanks HB :)

      Delete
  15. jadi waktunya dulu di samakan ya waktunya. tapi kalau buka puasa itu kan tetap melihat bulan dan ditentuakan oleh munculnya bulan pada malam hari yang umumnya di tandai dengan azan magrib ya sista.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Mbah...boleh juga dikatakan jam sama tapi waktu berbeza.
      Walau jam diselaraskan tapi waktu terbit dan terbenamnya matahari adalah tetap mengikut kedudukan tempat masing-masing.
      Terima kasih kunjungannya Mbah :)

      Delete
  16. ms sidang ASEAN tempohari, diorg plan nk selaraskan waktu di negara2 ASEAN... mmm rs cam ok jg cadagan ni

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers