June 14, 2015

Nasi Carrot & Ayam Masak Merah

Assalamualaikum

Nasi carrot, cara memasaknya lebih kurang seperti nasi minyak. Hanya ditambah carrot atau lobak merah di dalam nasi. Ini adalah menu pilihan saya kalau di bulan Ramadhan. Sebab utama adalah untuk memastikan anak-anak saya memakan sayur (carrot) walaupun rupa sayur tersebut dah nampak sipi-sipi aje..huhu


Bahan-bahan (Nasi Carrot)
*Resipi Nasi Minyak Kak Tita yang telah di modify menjadi nasi carrot.

  • 1 biji bawang besar, 2 biji bawang merah dan 3 biji bawang putih (dihiris)
  • Rempah penumis (2 biji bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang & 1 batang kayu manis)
  • 1 cm halia (dihiris kasar)
  • 1/2 ke 1 biji carrot (ikut besar carrot - diparut halus)
  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun ketumbar (dihiris kasar)
  • 4 sudu minyak sapi untuk menumis
  • 2 gelas beras (Kalau dapat beras basmathi lagi bagus) - Basuh bersih dan toskan
  • Air (ikut sukatan jenis beras masing-masing. Biasanya nisbah 1:1)
  • 1 helai daun pandan - simpulkan cantik-cantik :)
  • 1/2 gelas susu cair - campurkan dengan perahan 1/2 biji lemon
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:
  • Masukkan minyak sapi ke dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan rempah penumis 
  • Masukkan serbuk ketumbar dan halia.
  • Setelah bawang layu-layu manja, masukkan carrot yang telah diparut
  • Setelah carrot layu-layu, masukkan beras yang telah ditoskan. 
  • Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata (di dalam kuali)
  • Masukkan daun ketumbar dan daun pandan
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk nasi/ rice cooker
  • Tambahkan air. Masaklah bahan-bahan tersebut.
  • Setelah nasi hampir kering, tuangkan susu cair yang telah dicampur dengan perahan lemon. Nota : slow and steady, jangan sampai beras/nasi pecah :)
  • Kukus nasi tersebut (kalau nak sambung masak nasi guna rice cooker pun boleh). 
  • Tunggulah sehingga nasi masak dengan sempurna.

Ayam Masak Merah:
  • 1 ekor ayam (gaul dengan garam dan kunyit. Goreng - tapi jangan sampai garing)
  • 2 biji bawang besar, 3 biji bawang merah, 3 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 tangkai daun ketumbar (dikisar)
  • 1 cm lengkuas (dikisar)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 10 biji cili merah (di kisar - nak pedas boleh tambah)
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1/4 gelas susu cair
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  • Tumis bahan kisar sehingga garing atau pecah minyak. Masukkan serai
  • Masukkan tomato puri. Masak hingga garing
  • Masukkan ayam yang telah digoreng. 
  • Masukkan susu cair. Boleh tambah sedikit air jika bahan terlalu pekat.
  • Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  • Setelah sebati dan warna pun dah ok (agak merah pekat) bolehlah diangkat.
  • Sedia untuk dihidangkan bersama nasi carrot tadi. 


Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam

When you learn, teach. When you get, give - Maya Angelou



24 comments:

  1. sedapnya nasi karot ni nampak merah dgn hirisan karot merah kalau tambh kacang peas ok juga kan...apasajalah kan fidah yg penting ada khasiat makanannya...tambah utk sahur r berbuka puasa ramadan nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu..letak kacang peas..good idea tu Kak Paridah. Dapat tambah lagi 1 jenis sayur / kacang.
      Thanks Kak Paridah :)

      Delete
  2. Miss fidah terima kasih iya sudah berbaik hati menuliskan resep masakan yang berbahan dasar daging ayam, dan tentunya akan saya sajikan nanti ketika buka puasa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jngn lupa mengundang saya buka puasa ya hahaa.. :D

      Delete
    2. @ Wida Zee : Silakan Miss Wida. Ayam juga makanan yang sesuai dimakan sebelum berolah raga (seperti di postingan terbaru :))
      Terima kasih ya.

      @ Khir Khlid : Ehem...saya dan Puan Mem nak ikut sekali...hihihi

      Delete
  3. Nasib baik tengok baru lepas lunch.. klu tak kecur jadinya.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila tengok gambar lagi selepas minum petang pulak..hahaha
      Thanks Khir :)

      Delete
    2. kalau tengok bila dah puasa lagi payah..haha

      Delete
  4. sedap ni..boleh dicoba di bulan puasa nanti..di hari raya pun ok jg, kalau masak nasi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Nohas...untuk berbuka puasa ok..untuk raya pun ok juga. Ada makanan tambahan selain ketupat dan rendang.
      Terima kasih ya :)

      Delete
  5. langsung save resepnya boleh kan mba hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Miss Ipah.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Delete
  6. ada daun ketumbar tu yg saya suka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu resipi kawan saya. Selama ni kalau masak, saya tak pernah letak pun daun ketumbar. Bila letak, memang lagi sedap. Saya pun masih belajar lagi ni...sambil buat eksperiment dengan pelbagai resipi.
      Thanks Vee :)

      Delete
  7. kali pertama kak ana lihat nasi carrot, nampak menyelerakan, terima kasih berkongsi resepi ye :) singgah malam ke sini dari anajingga.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja mencari resipi yang secara tidak langsung, anak2 saya akan makan sayur.. :)
      Terima kasih atas kunjungan & salam kenal.

      Delete
  8. bestnya.... resepi baru untuk eija :).. boleh try nanti... tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eija. Silakan cuba :)

      Delete
  9. menu terbaik menjelang ramadhan jom mencuba!

    ReplyDelete
  10. Bolehlah refer sini kalau nak masak nanti FS.....
    Nampak sedap ni...terliur tau dahlah puasa ni hihi

    ReplyDelete
  11. sedapnyaa!!! nanti nak try! kita bookmark dulu. maceh kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  12. bisa jadi menu juga nih buat lebaran dirumah :D Catat dulu ah resepnya

    ReplyDelete