June 26, 2015

Belajar Dari Pengalaman


Untuk pertama kalinya saya mencuba resipi agar-agar cendol.
Sila kasi chance saya tepek gambar kat sini sebagai kenangan.
Sebab saya juga refer pada blog lain utuk mendapatkan resipinya, sila ke link ini untuk mendapatkan resipi asal.

Selama ni, berkali-kali nak buat, cuma tak ada kesempatan. Malas pun ada...haha :)
Nasib baik dapat juga beroperasi. Walaupun suami dan anak-anak kata rasanya sudah menepati piawai (dalam erti kata lain, agar-agar habis dimakan dan tiada orang sakit perut...huhu) tapi saya rasa ada bahagian-bahagian lain yang masih boleh diperbaiki.

Selain daripada dapat makan agar-agar cendol, apa yang penting bagi saya juga adalah mendapat pengalaman baru. Kalau tidak cuba membuatnya, pastinya saya masih tidak tahu cara-cara membuat agar-agar cendol (secara praktikal) dan tidak dapat mengkaji apakah kekurangan yang ada serta bagaimana caranya untuk memperbaiki kelemahan tersebut di masa hadapan.

Mungkin kerana itu juga sesetengah orang menyuruh kita belajar sendiri dari pengalaman. Walaupun ini hanya satu pengalaman kecil, tidak mustahil jika ianya boleh menjadi titik permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Moral of the story:
  • Jangan takut untuk mencuba. Remember..every accomplishment starts with the decision to try.
  • Jangan takut atau kecewa jika tersilap melakukannya. Belajar dari pengalaman dan kesilapan, mungkin itu lebih baik. Remember...mistakes are the stepping stones to learning.
  • Bersedia untuk menerima kritikan yang membina dan cuba untuk memperbaikinya. Manalah ada manusia yang sempurna dan tidak semua orang boleh berjaya pada percubaan kali pertama.
  • Sentiasa positif...walau kadangkala susah nak buat.
Sebagai peringatan untuk diri saya sendiri. Moga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Sekian. Wassalam.

18 comments:

  1. kena rajin mencuba..kalau tak kita tak tau samada kita boleh lakukannya atau tak..mencuba tidak semestinya sekali je..mesti kena berkali-kali untuk menghasilkan yang terbaik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Aida...kena rajin nak cuba..ni pun nasib baik ok jugak..boleh dimakan..haha :)
      Thanks ya..

      Delete
  2. MUSIM PANAS NI SEDAP KALAU MKN AGAR2/PUDING TIKA BERBUKA PUASA KAN...CANTIK MENJADI PUDING FIDAH WALAU PERTAMAKALI MENCUBA...KENA IKUT RESEPI DGN BETUL...TAPI YG DH BIASA KEDAPUR RESEPI TU CUMA ASASNYA YG PENTING PERLU TAHU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks K.Paridah...
      Sebagai salah satu experiment..sebenarnya banyak lagi kuih atau jenis masakan yang saya kena belajar dan pebaiki.
      Bila dah rasa tua ni tiba-tiba minat pada masak memasak ni timbul..haha :)

      Delete
  3. betul tu sis, kita belajar dari pengalaman, walaupun setakat perkara-perkara kecik macam ni. all the best..nanti boleh cuba lain pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..pelan-pelan belajar. Kalau tak cuba tak tau.
      Thanks Sal :)

      Delete
  4. jangan takut melakukan kesalahan. karena dari sana kita di didik menjadi dewasa dan memahami apa yang kita lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman sendiri adalah antara guru yang terbaik. Moga terus belajar dari kesalahan dan dapat membaiki kelemahan yang ada.
      Terima kasih Mbah :)

      Delete
  5. aduuuh mba bikin ngiler jadi pengen nyobain hehehe boleh dong mba aku mencoba buat menu buka puasa nanti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di coba Miss Ipah.
      Sesuai untuk buka puasa dan juga lebaran.
      Terima kasih kunjungannya :)

      Delete
  6. trial n error...cantik puding tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali...hehe
      Alhamdulillah..boleh dimakan.
      Thanks Nohas :)

      Delete
  7. x cuba x tau kan...da cuba dah terer...boleh laa hulur2 ke sini sikit agr2 tu hahahha

    ReplyDelete
  8. ha..ha..ha.. setuju sis..
    point dia kena brani mencuba sesuatu yg baru..
    gagal atau berjaya itu lain cerita..
    yg penting kita belajar sesuatu yg baru!

    ReplyDelete
  9. nak cuba buat la nanti . teruja lak . sblm ni terfikir pun nak buat agar2 cendol ...

    ReplyDelete
  10. Okje pun tak pernah cuba buat agar agar cendol FS ... menjadi nampaknya tu.

    Betul...betul ....buat kuih ni mmg kena cuba sendiri dulu barulah jadi perfect....

    Okje pun jenis mls FS nak buat kuih ni kecuali tekak sendiri yg teringin hihi

    ReplyDelete
  11. betul...dari pengalaman kita akan buat yg lebih baik

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers