<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Doa Seorang Hamba

Julai 04, 2015

Doa Seorang Hamba



Berdoa adalah perkara yang amat penting bagi seorang muslim. Berdoa membawa erti memohon atau meminta sesuatu yang daripada Allah dengan adab yang baik sesuai dengan ketentun syarak.
Doa adalah senjata mukmin. Melalui doa keampunan dan rahmat akan diperolehi dan melalui doa juga musibah dan kesusahan akan terhindar.

Antara adab-adab berdoa:
  • Keadaan bersih diri, sebik-baiknya berwuduk, bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
  • Dalam keadaan khusyuk dan merendah diri kepada Allah serta mengadap kiblat.
  • Merendahkan suara dan tidak mengganggu orang lain.
  • Yakin doa yang dipohon akan dikabulkan Allah.
  • Memulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas Nabi SAW dan mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan selawat.
  • Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
  • Megulang ulang ungkapan doa yang penting di tempat-tempat tertentu.
  • Memahami isi dan maksud doa yang dilafazkan.
  • Doa hendaklah dilakukan dengan bersungguh sungguh serta yakin akan terkabulnya doa tersebut.
  • Tidak berputus asa dengan segala doa yang telah kita pohonkan walau sejak sekian lamanya kita berdoa.

Ibrahim bin Adham (wali Allah) apabila ditanya tentang sebab-sebab mengapa doa ditolak, dia berkata "Doa ditolak kerana beberapa sebab iaitu":
  • Kita mengenal Allah tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.
  • Sunah Rasulullah SAW diremehkan walau kita menyintainya.
  • Al Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tidak beramal dengannya.
  • Tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan.
  • Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia adalah musuh.
  • Kita tidak beramal dengan bersungguh-sungguh walau kita tahu syurga itu benar.
  • Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang-orang yang melakukannya.
  • Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita tahu mati itu benar.
  • Sentiasa mencari kesalahan dan keaiban orang lain tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri.
  • Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.

Moga kita menjadi orang yang sentiasa merendah diri dan memohon doa kepada Allah demi kebikan dunia dan akhirat.

Sekian. Wassalam.

Rujukan utama: Indahnya Amalan Doa (Ustaz Ismail Kamus)


Label:

12 Ulasan:

Di 7/04/2015 05:51:00 PTG, Blogger nohas berkata...

Berdoa menzahirkan pengharapan seorang hamba kpd Penciptanya..Allah sangat suka mndengar doa hamba2Nya...merintih, mengadu, meminta2 padaNya..bermanja-manja..

 
Di 7/04/2015 11:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dengan berdoa...seorang hamba akan merasa lebih dekat dengan Penciptanya...
Doa juga merupakan pengakuan seorang hamba pada kuasa Sang Pencipta
Thanks Nohas :)

 
Di 7/05/2015 07:09:00 PG, Blogger Tips berkata...

ada orang yang memberi alasan tiada masa untuk berdoa.. tapi kalau mengadap gadget sampai 3 jam rasa macam tak cukup masa.. sedangkan berdoa hanya 5 minit dengan penuh keikhlasan juga sudah mencukupi.. ingatan untuk diri saya juga..

 
Di 7/05/2015 11:02:00 PG, Blogger Jejari Menaip berkata...

doa senjata mukmin.... kekdng mmg terfikir dah buat semua tapi masih doa tak dimakbul... sebenarnya Allah tahu ap yg terbaik untuk kita... mungkin hati kita bermasalah sehingga doa diitolak...

 
Di 7/05/2015 11:54:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ingatan untuk saya jua..moga kita tidak menjadi orang orang yang sombong dengan Allah..
Terima kasih kunjungnnya Cik Zaza & Selamat berpuasa :)

 
Di 7/05/2015 11:58:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul. Doa itu senjata mukmin.
Allah maha mengetahui.
We pray and we plan. Allah also plans...and Allah is the best of planners.
Thanks Ikhwan. Sorry lama tak singgah sana :)

 
Di 7/05/2015 02:03:00 PTG, Blogger Jari Manis berkata...

subhanallah..perkongsian yg sgt menarik....boleh jadi panduan buat JM juga...nk minita izin copy paste...nanti leh baca hari2

 
Di 7/05/2015 02:13:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Silakan JM...sebenarnya untuk panduan saya juga ni..
Thanks ya :)

 
Di 7/06/2015 06:45:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Doa adalah senjata mukmin.. dgn berdoa pun menjadi pahala buat kita. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini Fidah...

 
Di 7/06/2015 10:35:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

semoga kita tergolong dalam kalangan yang doanya dimakbulkan oleh Allah SWT..

 
Di 7/08/2015 01:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Doa adalah senjata mukmin...doa adalah satu ibadah...adan doa juga satu pengharapan dari hamba kepada Tuhannya.

 
Di 7/08/2015 01:26:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin...
Moga doa dikabulkan..dan segala hajat disampaikan.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama