November 10, 2015

Cahaya



Sabda Rasulullah SAW "Berikanlah khabar gembira bagi orang-orang yang berjalan di dalam kegelapan untuk menuju ke masjid, mereka akan mendapatkan cahaya yang sempurna pada hari kiamat (HR Abu Dawud)

Cahaya adalah anugerah. Cahaya bagaikan satu petunjuk. Cahaya juga ibarat penyeri hidup.
Bayangkan jika kehidupan kita tanpa cahaya. Pasti segalanya gelap, kelam dan samar.

Dalam hidup kita, cahaya juga di datangkan dan juga dikiaskan dengan pelbagai bentuk. Ada cahaya suria, cahaya lampu, cahaya mata, cahaya keimanan dan banyak lagi.
Cahaya juga kadang kala dikaitkan dengan satu harapan baru. Ada sinar dihujung cahaya katanya...
Atau orang putih selalu kata "light at the end of tunnel" atau ada cahaya di hujung terowong :)

Moga kita sentiasa diberikan cahaya harapan baru.
Moga kita sentiasa bersyukur dengan nikmat cahaya yang diberikan.
Moga kita sentiasa dikurniakan cahaya yang dapat membuka mata dan hati kita ke arah kebaikan...

Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada penglihatan ku cahaya, pada pendengaran ku cahaya, dan di kanan ku cahaya, di kiri ku cahaya, di atas ku cahaya dan di bawah ku cahaya, di depan ku cahaya dan di belakang ku cahaya.


Sekian. Wassalam.
p/s : Entri ini tiada kaitan dengan pesta cahaya Deepavali dan tidak juga ditaja oleh mana-mana syarikat lampu :D

24 comments:

  1. Adakah kita menggunakn cahaya2 itu dgn senaiknya? Soalan utk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah..dan semoga menjadi lebih baik.

      Delete
  2. semoga hati kita bercahaya dgn nur iman insyaAllah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...moga sentiasa diberi cahaya dan petunjuk..

      Delete
  3. jelas sangat dalam bahwa Sabda Rasulullah SAW yang menyatakan cahaya akan menerangi hingga hri kiamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga menjadi panduan untuk kita semua..aamiin

      Delete
  4. kalau blackout waktu malam..kita amat perlukan cahaya bulan..nampakkan betapa pentingnya cahaya untuk kehidupan semas dan selepasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu HB. Kita memerlukan cahaya utk hidup dan mengharap cahaya untuk selepas hidup.

      Delete
    2. cahaya lebih utama dari udara ketika kita berada di alam yang tu..

      Delete
    3. Moga segalanya dipermudahkan untuk kita semua....aamiin
      Thanks HB

      Delete
  5. cahaya di alam barzakh palin penting untuk kita dapatkan juga, selain cahaya di dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga kita terus di kurniakan dengan nur cahaya...aamiin

      Delete
  6. Hihi.....ingatkan entri khas sempena Deepavali ....

    Cahaya adalah Nur..... cahaya itu bergerak lurus.....Tetiba teringat belajo Sains dulu dulu....hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..betul tu Mak..ingat masa cikgu ajo pasal biasan cahaya..

      Tahun ni buat maruku berapa tin? :D

      Delete
  7. Bersyukur kepada Allah swt kerana diberikab bikmat cahaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..syukur dengan segala nikmat yang ada

      Delete
  8. moga kita semua sentiasa diberikan cahaya kebenaran dlm meniti hidup...
    nikmat cahaya tak dpt di tidakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Atie. Moga hidup kita dilimpahi dengan cahaya kebenaran.

      Delete
  9. benarlah, setiap kita membutuhkan cahaya.
    cahaya akan menuntuk kita dalam kegelapan, membuat kita dapat berjalan dengan arah yang tepat tanpa harus tersesat dan terjerembab.

    ReplyDelete
  10. Aamiin... kalau dalam bahasa arabnya berbunyi 'khairul anuar... sebaik2 cahaya... :) :)

    ReplyDelete
  11. smga bsa jadi panduan untuk kita semua ya mba :D

    ReplyDelete