May 25, 2016

Diam

Assalamualaikum


Ada banyak situasi yang membuktikan bahawa 'diam' lebih baik dari berkata-kata.
Contohnya jika berkata-kata itu boleh menyebabkan perselisihan faham atau mengeruhkan lagi keadaan, memang lebih baik diam.

Kalau dulu-dulu, orang kata 'diam tanda setuju' tapi di zaman sekarang ini, mungkin sudah tak berapa relevant lagi kerana diam juga mungkin bermaksud tak kuasa nak layan.

Pernah dulu ada orang berpesan, kalau pergi ke majlis atau meeting dan orang berbincang tentang suatu perkara yang kita tidak pasti, lebih baik diam saja dari cakap perkara yang 'bukan-bukan'. Tidak perlu untuk menjadi 'tong kosong' dan akhirnya menampakkan kebodohan sendiri.


Sama juga bila dalam satu keadaan di mana ada ramai orang bercakap-cakap kosong, lebih baik kita diam. Mana tau jika cakap-cakap kosong tersebut menjurus ke arah fitnah, Kan tak pasal-pasal dapat dosa free...:(

Diam juga lebih baik apabila kita cuba memberikan pendapat, buah fikiran atau komen, tapi langsung tak di terima pakai atau langsung tak diendahkan. Daripada cuba nak memandai-mandai nak bagi pendapat dan esok lusa kita sendiri yang berkecil hati, lebih baik diam atau balik tidur saja....




Sekian. Wassalam
Gambar: Google

13 comments:

  1. diam lebih baik dr berkata-kata.. skrg pun dok train diri sendiri utk lebih byk diam.. takut dosa... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak cuba buat macam tu..
      Thanks atie

      Delete
  2. yer betul tu.. diam je senang.. bila perlu cakap baru cakap.. haha..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle ini

    Adblock Plus Terbaik article...

    ReplyDelete
  3. Betul tu daripada terjebak dalam kumpulan bergosip ntah apa2...lebih baik tutup mulut dok diam2....

    ReplyDelete
  4. betul tu, lebih baik diam dari bercakap kosong...tapi bila menjadi saksi, kita tak boleh berdiam diri, kena brcakap benar..

    ReplyDelete
  5. hehehe betul juga tu, selalu je dalam meeting kalau isu yang tak pasti, lebih baik diam dan dengar aje... biar pihak berwajib yang amik tindakan dan selesaikan..

    ReplyDelete
  6. DIAM PUN OK KALAU XMAHU ISU YG DIKATA BERPANJANGAN...TERPULANG KPD SITUASI KOT.

    ReplyDelete
  7. Betul tu, diam tak bermakna kita kalah, sebenarnya penyelamat keadaan dari benda tu berlanjutan menjadi pergaduhan

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt... lagi satu, lebih baik tak tulis dari menulis perkara rungutan dan perkara yg membangkitkan kemarahan di media sosial ni. Peringatan buat diri juga... terima kasih atas perkongsian my fren.. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, halloo mba Fidah, gimana kabar?

    DIAM untuk mencegah situasi bertambah buruk adalah baik. setuju!

    Sebagian orang jika sudah "didiamkan" barulah "merasa"/sadar.

    terimakasih mba Fidah sudah mengingatkan :)

    ReplyDelete
  10. Betul sangat tu FS....diam ni mmg banyak menyelamatkan keadaan. Ada masa kalau tgh bergaduh dgn laki tu mmg elok sangatlah diam, kang tak pasal pasal sakit hati pulak hihi...

    ReplyDelete
  11. fal yaqul khairan au liyashmut...

    ReplyDelete