Januari 06, 2018

Back To School

Assalamualaikum
Macam biasa, awal Januari memang masa yang sangat sibuk.
Ini lah masa untuk adjust kembali masa dari 'waktu bercuti' kepada waktu normal.

Mak-mak pun sibuk nak pastikan kelengkapan sekolah anak sudah tersedia, anak-anak cukup makan dan bekalan sebelum pergi ke sekolah, bas sekolah tiba tepat pada waktu dan macam-macam lagi.

Itu belum lagi ibu bapa yang ada anak bersekolah darjah 1. Mesti lagi sibuk untuk memastikan anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan baru.


Bagi anak-anak pulak, walaupun dah kembali kepada rutin asal yang memenatkan, mesti suka bila dah dapat jumpa kawan-kawan.

Kadang-kadang tu kesian jugak. Kena bangun awal pagi, petang baru sampai rumah (sekolah kebangsaan dan KAFA), malam buat homework. Beg sekolah pun berat nak kena pikul... :(

Tapi nak buat macam mana. Inilah namanya pengalaman hidup. Orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah. Betul tak?..

Sekian. Wassalam.

#bekasbotolair
#handmade
#efekcorakbulu
#photobyfidah



2 ulasan:

  1. betul.. kalaulah ms bleh d putar kembali, sy nk msk sek n nk nikmati saat tu betul2

    BalasPadam
  2. Baca ni teringat masa saya mula2 masuk sekolah. Saya jlan kaki je. Father tak ada kereta. Kawan2 lantuunkereta naik kereta. Tapi bukan sebab kereta mereka berjaya. Ramai yg jln kaki pun lebih berjaya dri mereka.

    Thnks mengingatkan zaman sekolah

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut