Mac 23, 2018

My Sewing Diary

Assalamualaikum
Rasa dah lama tak update aktiviti menjahit.
Rindu pulak pada peralatan-peralatan ni.


Lately memamg sibuk siket, jadi production slow, cuma dapat jahit beberapa bijik beg saja.


Sebenarnya menjahit ni boleh membuat kita lebih fokus. Sambil-sambil tu boleh lah menyerlahkan kreativiti masing-masing...cewah.

Antara kebaikan menjahit ( tak kiralah jahit baju ke, jahit beg, sarung bantal, langsir dan sebagainya)
  • Lebih fokus dan sabar. Dari nak potong kain sampailah proses menjahit sampai siap, kalau tak fokus atau tak ada mood menjahit, memamg tak menjadi ler.
  • Menyerlahkan kreativiti. Bangga tak kalau fesyen baju atau design beg yang kita pakai tu hanya satu dalam dunia...haha
  • Jimat cermat. Bila dah boleh jahit barangan keperluan sendiri memang terasa penjimatannya. Bahan-bahan pun boleh pilih sendiri ikut selera. Nak kain jenis apa, nak zip besar atau zip sorok, nak potongan macam mana..semua boleh adjust.

Tapi perkara yang paling penting, nak kena improve skill dulu.
Belajar lah selagi boleh belajar...Semoga semangat ni tetap kuat dan maintain.....in shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.



8 ulasan:

  1. mak saya dulu jahit baju sekolah, baju raya anak2...anak ramai, mmg sangat jimat..

    Selamat mnjahit & improve skill..

    BalasPadam
  2. betullah kata orang hanya jauhari yang kenal manikam..
    tak penah tau plak tools untuk menjahit ni banyak benda rupanya,
    ingatkan gunting, jarum dan benang saje hahah

    BalasPadam
  3. menjahit ni memang hobi yang menarik dan bermanfaat.Have fun kak Fidah!!

    BalasPadam
  4. AKTVTI MNYERONOKN N MNJANA INCOME

    BalasPadam
  5. Menarik.. buatlah laman insta satu, sambil2 promo. Tak perlu hari2.. bila siap je, snap gambar n upload, hastag sana sini.. untung2 ramai yg nak order, leh buat production :)

    BalasPadam
  6. saya tak pandai jahit
    tapi mak tukang jahit baju...

    BalasPadam
  7. mcm2 ada... sy cuma ada jarum benang ngan gunting je ;-)

    BalasPadam
  8. suka tapi tak minat menjahit..hehe tapi seronok tgk org pandai menjahit mcm2 utk jana pendapatan atau utk kegunaan sendiri..teringin jugak

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut