Mac 01, 2018

Apa Beza Turban Lelaki Dengan Turban Wanita

Assalamualaikum

Apa beza turban lelaki dengan turban wanita?

  • Turban lelaki melambangkan agama, bangsa dan suku kaum. Ianya adalah lambang kehormatan. Turban wanita pula melambangkan fesyen penuh gaya. Ianya didatangkan dalam pelbagai warna dan rekabentuk, juga dipakai dengan berbagai macam aksesori dan busana sebagai pelengkap gaya. 

  • Kalau pakai turban lelaki, naik motor tak payah pakai pakai helmet. Kalau pakai turban wanita? Tak taulah akak...tak pernah tengok lagi. Biasanya pompuan yang pakai turban ni adalah orang yang  bergaya dan amat-amat menjaga status serta penampilan. Jadi, apa kelass naik motor??? Kalau ada jugak, alamat penyeklah turban yang sarat dengan pelbagai lilitan tu..huhu
  • Turban lelaki dipakai untuk menutup keseluruhan rambut. Sama juga dengan turban wanita, tujuan utamanya adalah untuk menutup rambut. Cuma pemakaian turban wanita, biasanya terdapat benjolan dibelakang kepala untuk menunjukkan betapa panjangnya rambut wanita tersebut hingga boleh dibuat 'siput rambut tinggi'. Kalau wanita tersebut berambut pendek, ada aksesori tambahan untuk buat 'siput rambut tinggi' palsu kat belakang kepala tu.

  • Kalau lelaki pakai turban, pemilihan fesyen bajunya adalah bebas. Tiada masalah kalau leher dibiarkan terbuka. Tetapi bagi kaum wanita (yang beragama Islam...biasanya lah), pemakaian turban mestilah dipadankan dengan 'inner neck' iaitu anak tudung yang labuhnya menutup leher. Pemakaian anak tudung 'inner neck' amatlah penting supaya tidak menyimpang dari tujuan asal memakai turban iaitu untuk menutup aurat :)


Sekian. Wassalam.
Gambar: Google



10 ulasan:

  1. hehehe
    kalau saya pakai turban habis orang ingat saya singh atau punjabi nanti
    hehe

    BalasPadam
  2. mungkin dengan pemakaian turban saya lebih hensem..

    sekarang hensem biasa sahaja

    hahahaha.

    info yang saya baru tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah..mana tau kalau ada yang offer jadi model..

      Padam
  3. itukah kisahnya baru tau apatu turban

    BalasPadam
    Balasan
    1. zaman sekarang ni, orang perempuan pun dah pakai turban

      Padam
  4. kdg2 kn sy naik lemas tgk pompuan pakai turban ni hahahahah

    BalasPadam
  5. Org muka kecik sesuailah kot pakai turban ni.... Kalau muka saya yang bulat ni mmmg out betul FS hihi....

    BalasPadam
  6. bagi saya turban ni sesuai kat Erykah Badu sorang je..hahaha

    BalasPadam
  7. Banyak retis pakai turban mcm ni hehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut