<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Orang Baik

Februari 09, 2018

Orang Baik




MENGAPA ORANG BAIK SERING KALAH?
Kerana orang baik tidak menghalalkan segala macam cara untuk meraih kemenangan.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DISAKITI?
Kerana orang baik selalu mendahulukan orang lain. Dalam ruang kebahagiaannya, ia tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, kecuali hanya sedikit.

MENGAPA ORANG BAIK KERAP TERTIPU?
Kerana orang baik selalu memandang orang lain tulus seperti dirinya. Tidak ada sedikit pun prasangka buruk bahawa orang yang ia pandang penyayang mampu mengkhianatinya.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DIHINA?
Kerana orang baik tidak pernah mahu membalas. Ia hanya menerima, walaupun bukan  dia yang memulakan perkara atau sengketa.

MENGAPA ORAG BAIK SERING MENITISKAN AIR MATA?
Kerana orang baik tidak suka menceritakan masalahnya kepada orang lain. Ia sudah terbiasa mengubati sendiri kesedihannya dan percaya, pada suatu saat, Allah akan membalas kesabarannya.

MENGAPA ORANG BAIK SERING DISINGKIRKAN?
Kerana dalam sistem yang buruk dan kejam, tidak ada tempat untuk orang baik. Mereka hanya layak berada dipinggiran.

JADI...ADAKAH MENJADI ORANG BAIK ITU RUGI DAN SIA-SIA?
Tidak. Tetaplah menjadi orang baik kerana ukuran suksess dan bahagia didunia ini adalah subjektif. Orang baik pasti berjaya dan bahagia.

ORANG BAIK TIDAK PERNAH MEMBENCI ORANG ATAU MAKHLUK YANG MELUKAINYA.
Kerana orang baik selalu menganggap segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Bagaimanakah mahu melawan kehendak-Nya? Sebab itulah orang baik tidak memiliki ruang dendam dalam kalbu dan sanubarinya....

Jika engkau buka ruang di hati orang-orang yang baik, akan engkau temukan banyak doa, kasih sayang dan tali persaudaraan yang dimilikinya


Sekian. Wassalam.

sumber: Perkongsian sahabat di wa group.
Telah dikongsikan beberapa hari lalu oleh seorang sahabat. Sebab agak panjang, baru berkesempatan untuk menulisnya di sini. Moga bermanafaat untuk kita semua.



Label:

10 Ulasan:

Di 2/09/2018 03:09:00 PTG, Blogger Aldino Sya berkata...

Betul sekali bu Hj... hihi...

WA bu hj... brapa ..bisa nda.. connect dg indonesia... hehehe...

Kebetulan lewat skalian menyapa bu hj..

semoga anda dan keluarga sihat selalu, ditambah rejekinya dan apa ya... pokoknya semuaaa...

 
Di 2/09/2018 03:18:00 PTG, Blogger paridah berkata...

BERUSAHA MENJADI BAIK KERANA-NYA

 
Di 2/09/2018 04:19:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

bukan senang nak jadi orang baik. Kalau jadi baik sebab manusia memang kita akan derita. Jadilah orang baik sebb Allah

 
Di 2/09/2018 05:40:00 PTG, Blogger Hans Hanis berkata...

setuju
tak rugi jadi orang baik :)

 
Di 2/11/2018 08:04:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Aamiin..aamiin. Terima kasih Mr Aldino. Sudah lama tidak muncul di blog. Ke mana aja?
Moga orang baik sentiasa akan mendapat rahmat Allah dan mendapat balasan yang baik.

 
Di 2/11/2018 08:05:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul tu Kak PI. Berbuat baik kerana Nya..

 
Di 2/11/2018 08:07:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Kalau nak senangkan hati semua manusia, memang payah ler. Ada aje yg tak kena.. :(

 
Di 2/11/2018 08:08:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Tak rugi jadi orang baik dan moga balasan yang baik juga akan ada.

 
Di 2/12/2018 10:29:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Orang baik Allah syg.. biarlah org buat tak baik mcm mana pun, hatinya ttp tenang. Yg tak tenang org hati yg hitam.. minda pun bercelaru.. nauzubillah.

 
Di 2/13/2018 12:02:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Moga kita semua termasuk dikalangan orang yang baik dan sentiasa mendapat rahmat Allah...aamiin.
Thanks Khir

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama