<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Bila Lelaki Curang Terkantoi

Januari 23, 2018

Bila Lelaki Curang Terkantoi

Assalamualaikum

Semalam sibuk tentang viral seorang isteri menampar suami di sebuah pusat membeli belah. Mungkin si isteri sudah hilang sabar apabila melihat anaknya dibiarkan tanpa jagaan sedangkan si suami seronok berdating dengan perempuan lain dan si isteri pula terpaksa pergi bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Kalau terjadi macam tu, perempuan manalah yang tak marah...


Sebenarnya kat dalam dunia ni ada banyak lelaki yang setia, tapi tidak kurang juga yang curang atau cuba-cuba membuat skandal di luar. Bila dah tertangkap (baca: kantoi) barulah nak mengelabah dan tak keruan.

Ni adalah contoh-contoh ayat bila lelaki terkantoi:
  • Dia cuma adik angkat.  Tahun 80an dulu biasa dengan istilah adik angkat ni. Rupanya zaman sekarang pun masih ada. Alasan biasa. "Dah lama jadi adik angkat dan dah terbiasa berkongsi masalah bersama. Adik angkat tu, dah jadi sebahagian dari hidup I". ...eerrmmmm. Entah ya atau tidak adik angkat. Esok-esok siapalah yang terangkat. 
  • Kami cuma berbincang hal kerja. "I dengan dia cuma officemate". Tidak ada discuss hal lain. Semua pasal kerja. Dari celik mata di awal subuh sampai lah pejam mata di waktu malam. "Kami discuss pasal kerja aje. Tak lebih dari itu"....Tak cukup discuss dari pagi sampai malam, kena pergi outstation la pulak. Kesian ya. Banyak betul kerja....eerrmmm..betul ke kerja?
  • Dia yang contact I dulu. Ini alasan selamat buat sang suami. "I tak buat apa pun. Dia yang contact i dulu". Tidak dinafikan banyak juga perempuan di luar sana yang nak try suami orang, tapi kalau tidak dilayan, tak menjadi juga. Betul tak?
  • "Atau You Sebenarnya Yang Curang?". Ini teknik reverse psikologi. Di tuduhya si isteri pulak yang cuba berlaku curang demi menutup kasalahan sendiri. Si isteri mungkin akan rasa bersalah kerana menuduh suami yang bukan-bukan dan pastinya akan mendiamkan diri kerana tidak mahu memulakan pergaduhan. Kesian ya. Lelaki yang berseronok-seronok di luar, perempuan juga yang dipersalahkan :(
  • Awaklah pilihan saya dunia dan akhirat. Ni pukul mati punya jawapan. Apa lagi nak dikata kalau sudah terkantoi secara terang terangan. Terpaksalah mengaku dan sanggup bersumpah setia dengan si isteri sampai mati. Isteri dipujuk rayu dan dijanjikan bulan dan bintang. Dan ketika ini jugalah gambar-gambar bersama isteri yang ala2 till jannah keluar di semua media sosial :D



Semoga keluarga kita beroleh kebahagiaan...aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google
Rujukan: blog oh bulan.








Label:

12 Ulasan:

Di 1/23/2018 02:45:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

Mungkin di pihak isteri juga perlu lakukan sesuatu agar tidak terjadinya perbuatan main kayu tiga ni... mcm yg kita tau nafsu lelaki ni ada 9... akalnya 1...

 
Di 1/23/2018 04:25:00 PTG, Blogger paridah berkata...

BANYAK BETUL AKAL NAFSU LELAKI YA ANIES HEH..HEH..

 
Di 1/24/2018 01:57:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Ya..kedua dua pihak ada peranan masing2

 
Di 1/24/2018 01:58:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Kadang-kadang akal yg 9 belum tentu boleh mangawal nafsu yang satu :(

 
Di 1/24/2018 04:28:00 PTG, Blogger nohas berkata...

macam2 alasan, kreatif depa ni..ada yg pandai makan, pandai simpan, bila dah meninggal, baru muncul no.2, no. 3 dgn anak berderet..sian first wife, nak marah, suami dh mati, redho je lahh..

 
Di 1/24/2018 04:50:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Banyak kes macam tu. Kesian kat 1st wife yg setia... :(

 
Di 1/24/2018 11:09:00 PTG, Blogger Warisan Petani berkata...

Semoga bukan daripada golongan kita.

 
Di 1/25/2018 07:46:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Aamiin. Semoga kita, keluarga dan seluruh keturunan kita tidak termasuk dalam golongan ini.

 
Di 1/30/2018 06:27:00 PTG, Blogger Siti Yang Menaip berkata...

alasan adik angkat tu kalo zaman 2018 ni dok kasi lagi memang ternyata IQ rendah hewhew.. semoga tak bertemu orang cemni. doa yang baik2 saja yuk =D

 
Di 2/03/2018 07:20:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Doa yang baik2 aje. Moga dijauhkan dari perkara2 yg macam ni...aamiin

 
Di 2/03/2018 11:05:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Saya suami yg setia.. IQ pun tinggi :D.. alhamdulillah, cukuplah dgn kurniaan, kepercayaan dan kebebasan yg ada.

 
Di 2/16/2018 08:38:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Moga keluarga Bro Khir bahagia hingga ke jannah...aamiin

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama