<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Give And No Take?

Februari 23, 2018

Give And No Take?

Assalamualaikum

Hari ini saya tolong awak, esok awak mesti tolong saya.
Kalau hari ini saya memberi, esok giliran awak pula membalasnya.
Ibarat satu dibalas satu, dua dibalas dua.
Benarkah hidup ini penuh dengan perhitungan?


Tidak dinafikan di dalam dunia ini ada banyak manusia tamak dan 'memberi' menjadi satu agenda untuk menjaga kepentingan diri.
Keihlasan dan ketulusan seperti sudah lama terpinggir... :(

Namun, disebalik kelicikan manusia untuk meraih seberapa banyak pulangan atau keuntungan ketika dia memberi, ada banyak kisah yang membuktikan bahawa apabila kita memberi secara ikhlas, kita akan menerima balasan yang baik.
Tidak kiralah 'pemberian' itu dalam bentuk wang, masa, perhatian mahu pun doa, In shaa Allah, segala pemberian akan dibalas dengan kebaikan walaupun tidak dapat diukur dengan wang ringgit.

Memberi juga merupakan satu cara kita menyatakan rasa syukur kepada Allah kerana masih ada kesempatan untuk memberi. Berilah seberapa banyak yang kita mampu kerana orang yang masih hidup saja boleh memberi. Tidak rugi memberi asalkan ianya menjurus ke arah kebaikan dan tidak membawa kemudaratan.

Tapi memang menjadi lumrah, apabila memberi, kita selalu mengharapkan balasan daripada manusia terutamanya orang-orang yang pernah kita tolong. Hakikatnya, pemberian manusia adalah sangat terbatas dan kadangkala mengecewakan.
Oleh itu, andai tidak mahu kecewa dengan balasan manusia, didiklah hati supaya memberi dengan ikhlas. Berilah dengan ketulusan. Berilah tanpa syarat.
Moga setiap kebaikan dibalas dengan kebaikan. Sandarkan segalanya pada Allah kerana ketika Allah yang 'memberi', ianya adalah suatu limpahan kurnia yang maha luas, tidak terhitung dan tiada sempadan.
Wallahualam.

Sekian. Wassalam.

Credit: sumber
Gambar: google








Label:

4 Ulasan:

Di 2/23/2018 09:45:00 PG, Blogger nohas berkata...

syukran..ikhlas itu ibarat semut hitam diatas batu hitam diwaktu malam yg kelam..tangan diatas lebih baik dari tangan yg dibawah..

 
Di 2/23/2018 05:44:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

in sya allah
akan lebih berikhlas

 
Di 2/27/2018 02:55:00 PG, Blogger Hans Hanis berkata...

senang cerita kita tolong orang tetapi doakan kalau satu hari kita susah ada orang lain yang bantu kita
itu lebih baik dan seronok menolong :)

 
Di 2/28/2018 11:33:00 PG, Blogger I am LZ berkata...

Kalau LZ, bila memberi tak perlu mengharap balasan lebih kepada keikhlasan sebab bukan balasan dicari tapi keredhaan Illahi.. Pahala adalah segala-galanya..
Nice sharing WB..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama