<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Selfishnya Dia

Februari 27, 2018

Selfishnya Dia

Assalamualaikum


Kes 1
Di dalam sebuah tren yang penuh sesak, kelihatan seorang pemuda sedang bersenang hati bersandar di sebuah tiang (dia tidak dapat tempat duduk). Sebenarnya ada ramai orang lagi tiada tempat duduk memandangkan tren ini penuh dengan 'muatan'. Biasanya, kebanyakan orang yang berdiri akan mencari tiang atau apa saja tempat untuk berpegang supaya tidak terjatuh ketika tren bergerak.  Oleh kerana pemuda ini telah bersandar dan 'menguasai' tiang tersebut, ianya telah menyebabkan penumpang lain yang berada berdekatan (dengan tiang itu) tiada tempat untuk berpegang.  Pemuda itu kelihatannya amat sibuk bermain handphone dan berada dalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sikapnya yang begitu selfish, telah ditegur oleh seorang penumpang lain tetapi tidak diendahkan.  Kerana sikapnya yang begitu tamak dan selfish juga telah menyebabkan seorang kakak berbangsa India hampir terjatuh.


Kes 2
Di suatu pagi yang damai, ada seorang wanita sarat mengandung menaiki tren. Kerana tren itu juga sarat dengan penumpang, wanita hamil tersebut terpaksa berdiri. Walaupun di dalam tren atau coach yang sama juga ada ramai wanita Islam (di lihat dari cara berpakaian yang menutup aurat dan gaya tudung dari pelbagai jenama terkenal), tidak ada seorang pun yang mahu bangun dari tempat duduk dan memberikan tempat duduknya kepada wanita hamil tersebut. Kebanyakkannya tidur (atau buat-buat tidur) atau bersembang sesama sendiri.

Dua kisah di atas adalah perkara yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Dalam dunia ini, memang ada ramai orang yang begitu selfish dan hidup hanya mementingkan diri sendiri.

Saya kongsikan kisah di atas sebagai pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri sebab saya pun bukannya baik sangat...huhu. Tapi kalau dah berlaku sepan mata, memang geram juga kan...Sabar aje lah.

Bendanya simple aje, tapi kalaulah kita hidup saling tolong menolong dan tidak mementingkan diri sendiri, mesti hidup lebih aman dan membahagiakan.

Tu aje cerita pagi ni.
Sekian. Wassalam.

#jommuhasabahdiri
#jangantamak
#dontbeselfish



Label:

12 Ulasan:

Di 2/27/2018 10:00:00 PG, Blogger nohas berkata...

syukran..kesedaran sivik itu penting..peringatan utk diri sendiri..

 
Di 2/27/2018 11:00:00 PG, Anonymous Padin berkata...

sensitiviti masih rendah.. bila kita tegur mula nak melenting dan cuba menegakkan benang yang basah huhuuu

 
Di 2/27/2018 04:18:00 PTG, Blogger Hans Hanis berkata...

yes
memang ramai yang selfish sekarang
bila buat baik dikata poyo atau menunjuk pula
hehehe
tu lah

 
Di 2/27/2018 07:22:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

setuju dgn komen hans

 
Di 2/27/2018 07:23:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

p/s sis kasi alamat x lengkap kt posmen. td parcel dipulangkn pd sy.. nnt br alamat br ya

 
Di 2/27/2018 08:03:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Alamak..sorry Anies.
Dh bg info kat your blog.

Thanks and really sorry for that

 
Di 2/27/2018 08:05:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Ya..hidup harus prihatin dan tolong menolong

 
Di 2/27/2018 08:05:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Tu satu lagi masalah org kita. Kalau tolong di katanya acah2 best..huhu

 
Di 2/27/2018 08:06:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul. Sensitivity dan peka pada persekitaran tu penting.

 
Di 2/27/2018 08:07:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Perlu kesedaran sivik pada semua individu.

 
Di 2/27/2018 09:40:00 PTG, Blogger paridah berkata...

KESIAN MENGANIAYA YG LAIN DGN SIKAP BURUK TU...

 
Di 2/28/2018 11:20:00 PG, Blogger I am LZ berkata...

Kecewa betul dengan manusia yang bersikap selfish..
Kalau berlaku depan mata rasa geram yang amat sangat..
Elok juga WB kongsi di sini, semoga membuka mata hati mereka yang bersikap sedemikian..

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama