Mac 04, 2018

Merbah Eco Resort, Benut, Pontian

Assalamualaikum


Minggu ni saya dan keluarga berpeluang ke Merbah Eco Resort. Resort ini terletak di Benut, Pontian, Johor.
Gambar di atas adalah gambar pintu masuk ke resort.

Di sini kami berpeluang menikmati suasa kampung yang aman damai. Tempatnya cantik, udara pun nyaman.
Gambar atas adalah pemandangan swimming pool di waktu malam.

Antara kemudahan yang disediakan di bilik (deluxe) termasuk penghawa dingin, tv, peti sejuk dan lain-lain.


Kebetulan hujan dari petang masih tidak berhenti, jadi malam kami ditemani dengan alunan rintik hujan dan bunyi cengkerik. Best tau duduk dalam suasana macam ni.

Ni pulak pemandangan waktu petang berdekatan dengan Cafe Merbah Eco Resort. Sangat hijau dan sejuk mata memandang.

Gambar di atas diambil masa hujan waktu petang. 
Bukan selalu dapat menikmati suasa permai desa sambil melihat titis-titis hujan dari jendela...cewahh

Promosi siket...ni adalah essential oils yang selalu saya bawa ke mana-mana. 

Gambar atas adalah makanan breakfast kami.
Nasi lemak dia memang meletops letops sedap, dibungkus dengan daun pisang pulak tu.
Kena pulak dengan kopi o....pergghhhhh
p/s : epok-epok (baca: karipap) dilupa jangan. Akak orang Johor..panggil epok-epok.

Selain dari sarapan pagi, Cafe di Merbah Eco Resort ini juga ada menyediakan makan tengah hari dan malam. 
Tempahan untuk makanan harus dibuat lebih awal dan bayaran adalah berasingan dengan harga bilik.

Hello....Good Morning Benut
Ini adalah view masa sarapan pagi tadi.

Pemandangan kolam renang di waktu siang. Biasalah anak-anak suka sangat kalau dapat jumpa kolam. Mak diaorang duduk tepi kolam ajelah, sambil tulis blog dan upload gambar-gambar dari handphone cap ayam.

Selain dari kolam renang, di sini juga ada kolam pancing ikan.

Ok. Itu saja catatan kali ini.
Kalau nak cari di mana Merbah Eco Resort, Benut, boleh google atau cari info di laman facebooknya.

Sekian. Wassalam.









8 ulasan:

  1. nampak cantik tempatnya
    seronoknya dah berada dekat sini :)

    BalasPadam
  2. menarik..suasana kampung..

    BalasPadam
  3. Akak tau tempat ini tapi tak pernah singgah pun.Tak sangka cantek sangat suasana nya.

    BalasPadam
  4. damai sggh... kalu sy ni mgkn x nk blk kot hahaha

    BalasPadam
  5. Saya lebih suka resort yg moden FS.... Dah jemu dah duduk kampung hihihihi....
    Tapi mereka yg tak biasa suasana kampung mmg suka suasana tu. Aman damai je kan

    BalasPadam
  6. boleh honeymoon sini nih..eh, berangan awal sangat.hahaha

    BalasPadam
  7. Baru tau ada tempat ni kat Benut.. menarik. Suasana tenang, tempat pun cantik dan selesa... best :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut