Mac 11, 2018

Supermom

Assalamualaikum
Semalam Akak dapat green light dari Cik Abang nak pergi ke kedai/butik Ariani.
Sebenarnya dah bertahun tak menjejakkan kaki ke kedai ni.
Pergi kali ni pun sebab nak cuci mata (ada sale sebenarnya) dan nak rasmikan kedai Ariani baru kat Bangunan Ostia Bangi :)


Memang best pergi shopping barang orang perempuan ni sorang-sorang walaupun ada banyak dugaan.... :D
Boleh jadi rambang mata dibuatnya. Sales girl nya pulak ramah tamah..."yang ni cantik Kak..yang ni cantik Kak"...eerrmmm. Nasib baiklah iman ni kuat jugak la semalam.
Kalau pergi dengan Cik Abang dan anak-anak, selalunya dia orang cepat boring bila tengok barang-barang perempuan nih. Kesian pulak kalau dia orang lama menunggu. Kalau orang perempuan (kebanyakkannya lah) pergi shopping, semua benda nak dibelek...betul tak?
Lagi satu, kalau pergi ramai-ramai, nanti dia orang tau pulak total kos perbelanjaan Akak...haha.

Sebenarnya pergi Ariani tu untuk 'menyinggah' aje sebab pagi semalam Akak pergi tengok forum tentang 'Supermom' di kawasan yang berdekatan...Kaum ibulah katakan...

Credit: source
Memang menarik forum ni.
Alhamdulillah..bertambah lagi ilmu terutamanya untuk menggunakan young living essential oil pada anak-anak.

Part yang lagi best sebab dapat banyak hadiah.
Akak dapat door gift berupa deodorant (yang dibuat dari essential oil).

Bertambah wangi la lepas ni.. :)
Dapat juga hadiah sebab menang kuiz dan yang paling best dapat lucky draw...
Alhamdulillah. Rezeki semua tu..
Terima kasih organizer


Tersenyum lebar bila balik semalam. Selain dari bawak ilmu (cewah) dan hadiah, dapat juga bawak balik tudung...hihi.

Ok. Tu aje nak cerita.
Sekian. Wassalam.



7 ulasan:

  1. Alhamdulillah, dpt ilmu & hadiah2..

    Bdr Baru Bangi tmpt shopping pakaian muslimah..rambang mata kt Bangi Sentral..

    BalasPadam
  2. seronok lah dapat hadiah
    wahhh mesti sakan shopping dkt ariani nih

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.
    Banyak dapat rezeki.

    BalasPadam
  4. sekali-sekala wanita juga perlu masa untuk diri sendiri. bagus suami akak sebab sporting

    BalasPadam
  5. kalau mampu apalah salahnya..beli sahaja lah.

    BalasPadam
  6. Terapi diri orang panggil ni... hehehehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut