<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Dodol dan Pressure Cooker

Jun 16, 2016

Dodol dan Pressure Cooker

Assalamualaikum

Kalau dulu, nak masak dodol, pasti lebih 4 jam masa yang diambil untuk mengacau (biasanya buat time nak raya). Dah le tengah puasa, berdiri pulak depan api sambil mengacau. Bila dodol masak, orang pun terlepek...(tapi tangan sado lah...huhu)
Harapnya dengan menggunakan pressure cooker ni, kerja-kerja membuat dodol akan menjadi lebih mudah.



Sebenarnya dah lama saya teringin nak buat ekperimen memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker. Alhamdulillah, tercapai juga hajat.

Oleh kerana bilangan ahli keluarga saya tidak ramai dan semuanya 'berperut kecil"...hihi...jadi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Nama pun eksperimen kannn....
Resipi ini saya ambil di blog mamajue.com

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula merah (saya rasa, kalau dapat gula kabung lagi bagus, sebab Mak Mertua saya guna gula kabung untuk buat dodol)
  • 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan 2 sudu sahaja, sebab dah manis...buahaha)
  • 1 cawan santan (saya guna 1 kotak santan segera, tambahkan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan santan)
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi (ni saya saja campur walau tak ada dalam resipi sebenar, saja nak tengok apa jadi. Lain kali Mak nak tambah durian pulak....ngeee)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali daun pandan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  • Tapis bahan yang telah dikisar
  • Tuang kesemua bahan ke dalam periuk (tutup periuk)
  • Tekan function 'stim'. Biarkan dalam 3 ke 4 minit.
  • Buka periuk dan terus kacau....perlukan stamina untuk kacau laju-laju supaya hasilnya tidak berketul-ketul. Masaknya juga sangat cepat ( #kecepatan ). Kalau ikut masa yang saya ambil tadi, lebih kurang 15 ke 20 minit.
  • Bila dodol sudah likat dan pejal (kira macam rupa dodol yang korang selalu jumpa...), boleh lah dimasukkan ke dalam bekas.
  • Biarkan sejuk... (tak boleh makan masa panas-panas, sebab Mak pose...haha)

Nota: ini percubaan kali pertama, nanti lepas di rasa dan melalui 'QA' punya proses, bolehlah diperbaiki mana yang kurang.

Sekian. Selamat mencuba

Wassalam.






Label:

11 Ulasan:

Di 6/16/2016 09:11:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Ohm jadi boleh ya buat dodol pakai Blender ?

 
Di 6/16/2016 09:57:00 PTG, Blogger paridah berkata...

boleh cuba ni xyah penat2 godeh2 dlm kuali.

 
Di 6/17/2016 10:40:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Membuat dodol memang membutuhkan waktu lama untuk hasil jadinya, panas dan keringan sudah menyatu :D

 
Di 6/17/2016 01:22:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Cepat betul masak guna pressure cooker ni ye FS.....Nak beli jugaklah hihi....mcm best jer.
Mak tak suka sangat dodol, tapi Pak mertua suka hihi

 
Di 6/17/2016 01:56:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

UTK KUANTITI YG SIKIT MMG LAA BOLEH SESGT PAKAI PERIUK NI ;-)

 
Di 6/17/2016 04:12:00 PTG, Blogger Qaseh Vee berkata...

baru nak suruh letak durian ... mcm nak cuba guna rice cooker lak . mana tahu boleh ... apa kata lepas ni fida cuba buat wajik lak ...

 
Di 6/18/2016 10:17:00 PG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Bisa dicoba resipinya
Apalagi menjelang raya
Tepat untuk sajian menggoda
Rasa dodol yang warna gula..

 
Di 6/20/2016 06:11:00 PTG, Blogger nohas berkata...

senang mcm ni, takyah kacau berjam-jam, berpanas depan api..lepas ni buat lempok durian..huhu..adik sy guna Noxxa, sedap dodolnya..cantik berkilat..

 
Di 6/21/2016 02:13:00 PG, Anonymous Padin berkata...

Saya pernah mendaki Gunung Datuk, Rembau dengan berbekalkan
dodol untuk tenaga... :D

 
Di 6/22/2016 12:02:00 PTG, Blogger AtieYusof berkata...

wahh..senang nya nak buat ni Fidah..hihi... adik2 beradik suami baru rancang nak kacau dodol raya ni :)

 
Di 6/23/2016 07:11:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Oh... baru tau boleh mcm ni eh... mmg canggih mcm ni... :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama