Disember 20, 2016

Surgery : Tentang Makan

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari ke 6 saya dan Afiq berada di hospital...macam dah tak nampak dunia luar.
Mujur juga ada surat khabar dan media sosial yang lain. Dapat juga tahu serba sedikit perkembangan dunia.

Hari ni rutin menjaga Afiq berjalan seperti biasa. Macam yang pernah saya tuliskan dulu, kalau duduk di ward hospital, aktiviti memang terhad...



Tapi bila dekat sini memang banyak sungguh aktiviti makan. Biasanya yang sakit tak selera nak makan, jadi yang menjagalah kena habiskan makanan...hihi

Makan sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam. Itu belum lagi makanan selingan. Kejap-kejap makan biskut, makan roti, makan coklat atau makan kuih....errmm...terasa beratnya.
Kalau tak makan nanti lapar pulak, kalau makan nanti bertambah-tambah montoknya..ehem

Lagi pun Mak ni jenis sayang nak biar makanan terbuang. Afiq pun bukannya makan banyak sangat...nak tak nak, Mama dia lah yang kena habiskan..iissshhkkk



Kadang-kadang rasa nak buat senaman areobic aje kat ward ni sambil pasang video yang telah di download kat handphone. Tapi takut kantoi pulak dengan nurse atau doktor.

Ni pulak, cerita hari Sabtu lepas. Mr Hubby dan Adham (anak sulung saya) ada duduk sekali kat sini. Pagi-pagi Sabtu tu, sementara Mr Hubby dan Adham menjaga Afiq di ward, saya keluar ke restoran berhampiran untuk membeli sarapan.
Biasalah, bila dah lapar, semuanya nampak sedap. Punyalah banyak beli makanan. Ada nasi lemak, ayam goreng, sambal sotong, telur goreng, karipap, pulut panggang, kuih koci, donut dan macam-macam lagi. Tu belum lagi teh tarik bungkus....huhu. Kira tangan kiri dan kanan memang penuh plastik :)

Sampai kat kaunter, tiba-tiba dengar ada orang cakap kat cashier.."Dik, bayar yang tu sekali tau"..sambil orang itu menunjuk ke arah saya.
"Alamak..ni Doktor (Surgeon) yang operate tangan Afiq semalam" bisik hati saya. Punyalah malu sebab beli makanan untuk 3 orang, tapi kuantitinya macam nak makan 12 orang...huhu...addehh
Mungkin dalam hati Doktor tu cakap "Besarnya tangki orang ni"...haha.
Tak pun, mungkin dia cakap " Mak aii..makan macam gergasi. Ada harapan perempuan ni kena buat liposuction..." adduh :(

Nota: Doktor (Surgeon) berkenaan juga adalah seorang pakar dalam bidang liposuction, tummy tuck dan yang sewaktu dengannya.

Nasib baik Mak cepat-cepat keluarkan duit dan segera membayar harga makanan tersebut. Total harganya boleh tahan jugak.
"Tak pe lah Doktor, banyak ni. Anyway, thanks"... dan saya segera kembali ke ward.



Itu cerita pagi. Petang pulak Mr Hubby suruh Adham jaga Afiq dan ajak saya pergi berdating sambil makan malam di restoran yang berdekatan hospital.
Eerrmmm..makan lagi. Tapi sedap jugak makanan kat area ni. Rasa nak pergi makan lagi....haha :D

Apa-apa pun, orang kata rezeki jangan ditolak dan tak elok jika makanan dibazirkan...
Jadi apa lagi, makan saja lah. Balik nanti boleh sambung zumba :)

Orang kata, minum kopi banyak-banyak sangat pun tak baik untuk kesihatan. Jadi, hari ni saya minum green tea:)


Sekian. Moga anak saya, Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan saya serta keluarga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

Wassalam.













10 ulasan:

  1. Semoga Afiq cepat sembuh. Takper kalu orang menjaganya sehat dan montok...kan senang nak jaga orang sakit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...terima kasih Bunda. :)
      Sorry lama dah tak bw ke sana

      Padam
  2. Afiq semakin sihat n mamanya tentulah perlu lbh siht utk jaga afiq kan fidah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak..yang menjaga kena lebih sihat dan bertenaga...hihi
      Sorry Kak PI..tak boleh nak komen kat blog sana. Kotak komennya tak keluar :(

      Padam
  3. moga cepat sembuh. wahh berselera ye makan tuh.

    BalasPadam
  4. banyak tu makannanya ;-) mcm nk berkelah pula ye

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut