November 22, 2016

Roti Manis

Assalamualaikum


Ini bukannya kisah Abang Bangla dan Adik Maniisss...tapi cerita pasal roti manis... :D

Sebenarnya dah lama teringin nak me-roti. Cuma hari Ahad lepas baru terlajak rajin. Alhamdulillah. Menjadi jugak walaupun rupanya belum begitu memberangsangkan. Maklum lah..baru-baru nak belajar. Skill menguli memang kena improve lagi supaya roti tu menjadi lebih licin dan gebu gebas.

Resipi roti ni saya ambik di blog www.sumarz.com

Macam biasa, saya suka tepek resipi kat sini..esok-esok kalau nak buat lagi, senang nak refer.

Bahan-bahan (basic):
  • Tepung high protein (3 1/4 cawan)
  • Susu pekat manis (2 sudu)
  • Butter (2 sudu)
  • Gula (4 sudu)
  • Telur  (1 biji)
  • Yis (1 paket @ 11 gram)
  • Air (resipi asal 1 cawan, tapi saya gunakan 3/4 cawan)
Bahan tambahan:
Sebiji telur (dipukul manja), chedar cheese dan gula untuk disapu dan ditabur atas roti.

Cara-cara:
  • Masukkan yis ke dalam air.
  • Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan-bahan kecuali air dan yis. Dah masuk semua, barulah tuangkan yis yang telah dimasukkan ke dalam air.
  • Uli dengan tenaga 4 kerat atau mesin penguli. Kalau guna bread maker, gunakan function 'dough'.
  • Setelah rata, rehatkan doh hingga kembang.
  • Lepas kembang (anggaran 2x ganda dari saiz asal), uli atau tumbuk2 doh tu untuk keluarkan angin.
  • Setelah itu, uli lah dengan penuh kasih sayang sehingga licin mengikut bentuk-bentuk yang disukai. Masukkan ke dalam dulang pembakar atau mana2 bekas yang sesuai. 
  • Tunggu dalam 40 minit atau saiz berubah dan menjadi kembang 2x ganda.
  • Sapukan telur dipermukaan roti dan tabur kan cheese dan gula sesedap rasa.
  • Lepas tu boleh lah dibakar degan suhu 150°c selama 15 ke 20 minit - ikut oven masing2 (api atas bawah).
  • Sedia untuk dihidangkan....gambar atas..versi terlebih garing..hihi

Selamat mencuba.




9 comments:

  1. Pandai fidah meroti.. menjadi jugak tu.. buat sendiri lg berbaloi kan.. nak belajar jg lah nti.. 😄

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi meroti nii. Asyik membeli jee. Hihi

    ReplyDelete
  3. hehee buat sendiri, boleh letak sesuka hati..
    yang makan pon senang hati.. :P

    ReplyDelete
  4. SEDAPNYA RAJIN FIDAH ULI ROTI

    ReplyDelete
  5. Bunda pun, tak pernah meroti...tak pandai...beli jer..

    ReplyDelete
  6. ada ada mkn sekali org yg beri siap dia kasi kuah karamel tu cicah dgn roti ni mmg sedap...keee tu roti sarang lebah? jap dah kompius ;-)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers