<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Surgery : Antara Tangan Dan Jantung

Disember 22, 2016

Surgery : Antara Tangan Dan Jantung

Assalamualaikum


Hari ini masuk hari ke 8 saya dan Afiq berada di hospital. Hari ni saya nak bercerita tentang tangan dan jantung.

Tangan dan jantung...kedua-duanya anggota badan yang amat penting bagi kita.

Kalau denyut jantung berhenti, kita akan mati.
Kalau tangan tak ada, pasti hidup rasa tak sempurna.

Jadi apa kaitannya dengan entri kali ni?
Tak ada apa. Cuma Doktor pesan, kedudukan tangan Afiq mesti sentiasa berada lebih tinggi dari kedudukan jantung. Tak kiralah masa berjalan, berdiri, duduk, baring atau tidur. Itu adalah salah satu cara untuk luka pembedahan ditangan Afiq cepat kering dan sembuh. In shaa Allah.

Itulah antara tugasan saya sekarang...untuk memastikan kedudukan tangannya sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sempat juga berbincang dengan Doktor yang baru saja habis melawat petang tadi tentang penjagaan Afiq selepas keluar hospital. Banyak juga yang perlu dijaga. Kerana itu juga Afiq tidak boleh dihantar ke nurseri selagi tangannya belum betul-betul pulih.
Dan kerana itu juga saya harus menyambung cuti untuk menjaga Afiq serta membawanya ke rawatan susulan.

Alhamdulillah. Doktor kata, esok dah boleh keluar hospital. Next appointment adalah hari Selasa depan dan nampaknya saya harus membawa Afiq ke hospital dahulu sebelum singgah ke office untuk memohon cuti.

Moga anak saya Afiq diberikan kesembuhan dan segala urusan keluarga kami dipermudahkan.

Minumlah susu untuk kesihatan serta tulang dan gigi yang kuat :)


Sekian. Wassalam.
pic : Google





Label:

10 Ulasan:

Di 12/24/2016 11:54:00 PG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

semoga diberi kesihatan
yg lebih baik dari semlm
amin

 
Di 12/25/2016 01:24:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin
Thanks Lin

 
Di 12/27/2016 04:38:00 PTG, Blogger Nur Zahirah & Hafizan Lutfi berkata...

semoga diberi kesembuhan yang cepat

 
Di 12/29/2016 01:16:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin. Thanks Zahirah

 
Di 12/30/2016 11:10:00 PG, Blogger dear anies berkata...

jangka masa baik / pulih sepenuhnya ada dlm tempoh sethn ke kak?

 
Di 12/31/2016 06:46:00 PG, Blogger mrhanafi berkata...

selain itu...si ibu wajib juga menggunakan kuasa bayangan positif untuk anak supaya proses penyembuhan lebih cepat

 
Di 1/01/2017 03:39:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

In shaa Alllah... moga segalanya lancar dan segera diberi kesemuhan sepenuhnya... aamiin

 
Di 1/01/2017 09:21:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tak tau lagi Anies..lepas ni kena proceed dgn fisio. Hope cepatlah ok nya.
Thanks Anies

 
Di 1/01/2017 09:22:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tu lah..hope dia cepat2 baik. Kesian sbb nak pegi sekolah.
Thanks HB

 
Di 1/01/2017 09:22:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..aamiin
Thanks Khir. Hope cepat2 baik

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama